Wednesday, December 25, 2013

Hujan dan banjir (Bahagian II)

Hari tu, aku ada post pasal banjir di sini.

Kali ni, rumah aku pula dinaiki banjir.

6 Disember 2013

Hujan lebat di opis. Selebat-lebatnya. Aku lihat hujan yang menderu turun sangat menggerun kan. Tiba-tiba, aku terima panggilan dari adik, 

" Uda, rumah banjir!"

Dalam keadaan hujan lebat, aku redah juga untuk pergi ke kereta. Aku bergegas memandu ke rumah. Dalam perjalanan pulang, pelbagai benda yang bermain di fikiran. 8 Disember 2013 nanti, emak saudara aku akan bernikah di rumah aku. Aku mula risau.

Sesampai sahaja di kawasan rumah, ini yang aku lihat:


Dah tak nampak mana satu jambatan, mana satu longkang, mana satu jalan raya.

Kesian ayam aku yang dalam sangkar tu..uhuk.. T______T
Air yg melimpah dari sungai sebelah

Sungai sebelah

Air dah mula menutupi laman rumah. Dengan berbaju kurung, aku berlari dari balairaya yg lebih tinggi (utk letak kereta) terus ke rumah. Aku dah mula terbayang ayam aku.. Aku terus alihkan ayam aku ke tempat yang lebih tinggi. Gigih aku tarik sangkar dia, takut hanyut dia, kesian. Kemiudian, aku masuk ke rumah.

Air naik kat dapur sahaja, paras buku lali

Bilik air yg dipenuhi air
Nasib baik la air hanya naik separas buku lali. Hanya kawasan dapur sahaja yg terlibat. kawasan lain semua masih kering dan terselamat. Rumah jiran aku dinaiki air hingga paras lutut. 

Rumah jiran aku

air yg naik di kawasan tepi dapur
Masa aku sampai. kelihatan emak saudara aku yg akan menikah pada hari ahadnya tu sedang menggunting lada kering untuk dikisar. Hmm.. nasib baik air tak naik lagi. Selepas sejam kemudian, air semakin surut, dan akhirnya aktiviti mengemas bermula.

Akhirnya, dua jam selepas aku tiba di rumah:

Licin dapur sudah dibersihkan
Berkilat lantai dapur setelah dicuci & dimop. Banjir ni diakibatkan oleh air pasang besar (yg pasti akan berlaku pada bulan 12) dan juga hujan yang turun lebat secara serentak. Bila hujan sudah berhenti dan air telah surut, keadaan pulih seperti biasa. Selepas itu, aku kembali ke opis seperti biasa..

Alhamdulillah, tiada apa yang rosak, tiada apa yang hilang. Ini dugaan Allah turunkan pada kami. Baru air nak hingga buku lali pun kami dah bimbang, inikan pula air yang naik hingga paras bumbung. Bagaimana la perasaan mangsa banjir itu semua.

Wednesday, December 18, 2013

JB-KL

Jarak jauh. KL-JB..

Tengok kawan-kawan pergi keluar berjalan-jalan tiap-tiap hujung minggu, pergi makan lepas balik kerja, keluar makan tengahari sama-sama. Hmm.. nak gak merasa..

Kalau nasib baik, dapat jumpa tiap-tiap hujung minggu. Kalau nasib kurang baik, jumpa lepas 2 bulan. Skype, whatsapp, sms, FB jadi penghubung.

Awak makan apa hari ni? Awak tengah buat apa? Sibuk hari ni? Banyak kerja ke? Nak pergi mana lepas ni? Sihat? Awak dah bangun?
- Itu soalan yang lazim diutarakan.

Orang cakap, jangan bercinta, terus je kawin. Tapi....... lagi senang cakap dari nak laksanakan. Banyak yang kena fikir, banyak yang kena diambil kira

 Aku pernah cakap:
" Kita long distance la dulu lepas kawin dalam 2-3 bulan, sampai saya dapat kerja"

Masalahnya, masa belum kawin pun da macam gini, kalu dah kawin? Entah-entah tiap-tiap hari merengek menangis.

Aku memang tabik kat kawan aku yang dah berkahwin jarak jauh lebih dar 3 tahun. Suami kat Jerman, isteri kat India. Jumpa? 6 bulan sekali. Kuat betul semangat diorang..

Apa yang boleh dibuat sekarang?

Berdoa, utk kesejahteraan dia, utk dipermudah segalanya, untuk kekal insyaallah hingga ke syurga bersama keluarga tercinta..

* Sabar ye, hati. Panjang jodoh, panjang umur, tak payah rindu-rindu lagi. Aku yang terbang terus tinggal kat sana*

Tuesday, December 17, 2013

Tunang ke nikah ni?

Selalu tak kita terkeliru:

" Eh, ni tunang ke nikah?"

Pada aku, sekarang ni majlis tunang dah macam majlis nikah, cuma tak ada tok kadi je. Siap dengan pelamin, jurugambar, khemah, goodies, dan macam-macam lagi. Dah jarang aku jumpa majlis macam dulu-dulu, bila tunang, bakal mak mertua masuk bilik sarung cincin je. Dah jarang sangat. Dalam 10 kawan aku tunang, sorang je yang macam ni.

Bila ramai yang dah buat macam ni, lama kelamaan ia akan jadi kebiasaan. Masing-masing bila nak bertunang, terpaksa keluar duit beribu-ribu untuk tunang. Ada je orang yang aku kenal sanggup berhutang untuk majlis tunang saja. Itu belum majlis kawin. Bila nak bertunang, terpaksa ada pelamin, ada khemah, ada jurugambar, ada hantaran mahal. Lama kelamaan, semuanya akan jadi kebiasaan. Mula la Mak Bedah, Mak Senah, Mak Joyah dan Mak Gayah mula membandingkan majlis tunang anak si polan dengan si polan. Anak orang ni majlis macam ni, orang tu majlis macam tu. Mula la berdentam-dentum telinga tuan rumah mendengar umpatan wartawan cap ayam hilang ekor ni. Bila ada mak ayah yang terpengaruh dengan wartawan tak berbayar ni, mula la mereka menyuarakan pendapat yang sama keada anak-anak hingga anak-anak yang memang nak buat simple, terus tak jadi simple. T________________T

Memang betul orang selalu cakap, ikut kemampuan. Kalu mampu setakat buat kenduri doa selamat, itu je la yang boleh dibuat, kan? Tapi, pada aku, persepsi masyarakat tentang bertunang perlu nampak grand adalah sgt tak betul Cuba kita amik contoh org barat, pertunangan mereka sangat simple, hanya perlu lelaki bagi/ sarung cincin ke jari perempuan, tadaaaaa. Da bertunang da. Yang mereka tumpukan adalah majlis perkahwinan mereka. Macam tu juga adat melayu dulu-dulu. Pihak lelaki datang dalam 10 orang, bakal mak mertua sarung cincin, tadaaaa.. da bertunang. Jamuan pun setakat untuk beberapa org saja. Sepatutnya, yg perlu dihebah adalah pernikahan, bukan pertunangan.

Oleh kerana semakin ramai yang merumitkan keadaan, maka semakin ramai yang tersepit. Persepsi ringkasnya majlis pertunangan tu dah berubah. Mesti kena ada ni, mesti kena ada itu. Kawan aku ada ni, kawan aku buat tu, mesti kena ada. Akhirnya, mereka sendiri pening kepala. Kalau orang dulu-dulu, yang dipeningkan kepala adalaha bagaimana nak sambut tetamu belah lelaki, cukupkah makanan dan sebagainya, yang mana lebih tertumpu kepada menyambut tetamu. Tapi kini, mereka pening kepala memikirkan pelamin, baju, goodies dan juga jurukamera. Tak ke itu dah menambah beban di kepala?

Terpulang kepada individu itu sendiri, nak yang ringkas dan mudah, atau pun nak yang susah dan memeningkan kepala. Terpulang kepada kemampuan masing-masing. Jika mereka rasa mampu dari segi tenaga dan kewangan, apa salahnya? Tapi jangan sesekali merasakan perkara-perkara remeh temeh tu sebagai perkara wajib yang memeningkan kepala, Apa yang penting, tujuan majlis pertunangan tu diadakan.

* Aku orang yang simple dan pemalas. Aku tak suka serabutkan kepala dengan benda yang tak perlu. Oleh itu, boleh diagak la majlis aku nanti macamane..*

Tuesday, December 10, 2013

Hati Kertas

Hati ni macam kertas
Kalau dah direnyuk,
Walau bersusah payah sekalipun kita cuba licinkan semula kertas tu,
Pasti takkan sama macam asal
Pasti ada kesan..
Jika dah berkali direnyuk,
Pasti kertas takkan dapat kembali ke bentuk asal
Renyuk semuanya

Hati ini macam kertas
Kalau dah dikoyak
Walaupun kita berjaya tampal cebisan demi cebisan,
Kesan koyak tu tetap nyata, takkan bercantum semula
Kalau dah berkali-kali dikoyak
Pasti kertas takkan dapat dicantum semula
Pasti ada cebisan yang akan tercicir, yang tertinggal
Walau dapat dicantum, pasti dia ia takkan sama seperti dahulu

Macam itu juga hati
Kalau dah berkali koyak,
Kalau dah berkali berdarah
Ia takkan kembali kepada asal
Perasaan tu takkan sama
Pasti ada yang tertinggal di sana sini
Walapun lukanya dah tak ada,
Tapi parutnya masih ada.
Jika luka yang lama ditoreh lagi dan lagi,
Pasti darah yang keluar mengalir takkan berhenti
Pada waktu itu
Jangan diminta diputarkan semula masa
Kerana hati itu sudah mati..

* Jagalah hati orang yang kita sayangi. Jangan sesekali koyakkannya. Walaupun pada kita benda tu simple saja, tapi pada hati orang lain, kita tak tahu. Jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang dah diberi, sebab pasti suatu hati nanti, rasa percaya itu akan lenyap begitu sahaja*

Thursday, December 5, 2013

Hujan dan banjir

Hujan dan banjir....

Hujan itu rahmat,
Banjir itu dugaan.
Jika bersabar,
Insyaallah, ada berkatnya,
Jika redha,
Insyaallah,
Ada rezeki yang akan muncul tak lama lagi.

Jangan pernah mengeluh.
Mungkin ia kifarah dalam  menghapuskan dosa-dosa kita.

Memang sukar, memang payah,
Namun, kita sebagai manusia tidak terdaya menghalangnya.
Panjatkan doa kepadaNya, agar segalanya akan pulih seperti sedia kala.
Jangan pernah putus asa, jangan pernah rasa tak rela.
Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Besar..
Rezeki itu rahsia yang tersimpan rapi,
Dugaan datang itu memang pasti..

Insyaallah, segalanya akan baik-baik sahaja..

* Alhamdulillah, rumah aku tak mengalami banjir, Hanya hujan yang kerap. Tapi, rumah sedara mara aku kat Kuantan & Endau semua ditenggelami air*

Wednesday, December 4, 2013

Dulu buruk, sekarang trendy

Cermin mata & braces.

Dulu, orang yang pakai cermin mata dipanggil nerd, org yang pakai pendakap gigi atau braces dipanggil gigi besi. Orang akan panggil si pemakai ni 'kurang menarik' berbanding orang normal biasa. Sampai ada kawan aku yang malu utk bercakap sebab dia pakai braces, dan kawan-kawan ejek dia tiap-tiap hari..

Kesian die..

Sekarang, pemakaian braces dan cermin mata dah jadi trend. Sampai ada jual braces palsu utk disangkut kat gigi! Aikk? Lagi satu, siap ada pulak anak muda remaja yang pakai cermin mata yang tak bercermin?? Lagi pelik dibuatnya. Semuanya atas alasan fesyen.. Ish ish ish.. Pelik la diorang ni. Kalau dah kena pakai cermin mata, dah rabun, sibuk pulak nk buat lasik (laser mata) utk hilangkan rabun.

* Tak faham dengan definisi fesyen budak remaja sekarang*

Tuesday, December 3, 2013

Nota kecil untuk hati

Sabar lah wahai hati..

Tabahlah kau disisi..

Janji-Nya itu pasti..

Jika tak esok, mungkin lain kali.

Jika tidak di sini, mungkin di syurgawi nanti..

Jika bukan sebagai permaisuri hati, mungkin sebagai bidadari..


Monday, December 2, 2013

Bagaikan Permata

Wanita yg bagaikan mutiara itu menjadi dambaan setiap insan.
Sukar di dapati,
Dijaga rapi di dasar laut oleh sang penjaga
Hanya yang layak sahaja yang akan mendapatnya..
Wanita ini menyimpan rasa hati tanpa ada yang tahu,
Wanita ini menjaga tingkah laku,
Wanita ini tahu apa yang perlu..

* Diri ini tak layak menjadi seperti wanita ini * 

Bilakah sampai masa itu?

Bilakah sampai masa itu?
Masih menunggu, menanti di sini.

Aku tahu..
Keputusan itu sukar untuk diambil.

Aku tahu,
Masih ada yang lebih baik diluar sana

Aku tahu,
Masa lampau masih lagi menghantui.

Aku tahu,
Hatinya masih berteka teki lagi.

Adakah diri ini juga perlu terus berteka-teki?
Adakah diri ini perlu terus menanti?

Diri ini masih lagi sabar menanti...

* Sabar menanti sejak dari dulu lagi*

Corak di atas kain

Anak yg lahir itu suci..
Ibu bapa yang melakarkan corak
Anak yang mewarnakan..
Tiada istilah, dimana tak tumpah kuah jika tak ke nasi, jika kuah dan nasi tidak pernah bertemu, tidak pernah serasi.
Jangan dipandang hina anak yang diluar ikatan,
Kerana mereka tidak tahu apa-apa.
Jangan dianggap diri itu bukan pendosa,
Kerana kita bukan kekasih Allah yang maksum sentiasa.

Anak itu suci bersih, kita yang melakarkan.
Jika bercorak bunga, maka bunga la yang terlakar.
Jika bercorak kotak, maka kotak la yang tercorak..

Sehingga satu masa, anak yang akan mula mewarnai kehidupan mereka.
Corak bunga dipenuhi warna-warna pilihan mereka.
Terpulang pada mereka, warna apa yang menjadi pilihan hati.
Warna-warna yang terpalit itu terletak di tangan mereka,
Jika ia suram, maka suramlah warnanya.
Jika ia terang, maka teranglah warnanya.

Corak dan warna
Bagaimana corak dan warna dipilih?
Berdasarkan apakah ia dilakar, ia dicoret?
Agama, pegangan hidup dan pendirian.

Tidak guna jika corak yang dilakar penuh dengan keindahan agama, tapi dipalit dengan warna-warna kemungkaran..
Sungguh hebat jika corak yang dilakar itu dengan kejahilan, namun ia diwarnakan dengan warna-warna hidayah yang turun dari ilahi..

Siapa kita untuk menghukum?

* Kita manusia biasa, takkan pernah lepas dari dosa. Jangan pernah menghukum orang lain, jangan pernah menghina orang lain, kerana penghinaan itu akan tercalit di dalam diri kita sendiri*


Saturday, November 30, 2013

Baju Pengapit

Kami semua sepakat,
Di kampung hai Pening Lalat,
Mengucapkan selamat Pengantin baru~
- Ahmad Albab-

Pening-pening lalat di kepala~

Orang lain yang nak kawin, aku yang pening kepala. Pening memikirkan nak buat baju pengapit stail macamana. Kain tak beli lagi, warna je yang dah ada. Puas aku korek idea yg ada dalam kepala. Terlebih vogue plak, nnt tenggelam pulak pengantin. Hmmm... Majlisnya 31 Januari 2014. Tiket flight dah beli, tapi bajunye yang tak dak lagi. Bila masa la aku nk memotong & menjahitnya. Pulak sekarang kerja kat opis mcm dah betimbun sebab nk kejar end-of-year punya delivery.. Jajajajajaja...Blur kejap..

Lagi satu, aku nak kena sediakan 3 pasang baju lagi, satu untuk majlis sepupu kat Kuantan pada 25 Januari 2014, (kuning mustard), dua pasang baju untuk majlis kakak aku sendiri ( 21-22 Februari 2014). Fenin daaa~

* Agak-agak, sempat ke idakk nk menyiapkannye?*

Thursday, November 28, 2013

Sakit kaki-kaki bengkak ~ Kesinambungannya

Akibat sakit kaki..

Dah tahan selama 2 hari..

Akhirnya~

Tadaaaaaa..
Berita gembira!!!
Terpaksa juga pergi klinik. Dapat MC sehari je.. Itu pun dah memadai..



Pil sebesar jari kelingking
Dapat pulak pil sebesar jari kelingking. Huhu.. susah payah aku nk telan. Siap lekat kat esofagus lg. Yang tak bestnye bila makan ubat ni, aku mamai sampai sekarang..

Itu la sebabnya aku tak suka makan ubat. Kesan ubat yang tertinggal dlm badan aku mudah buat aku mamai~

* kepala noneng lagi*

Naik

Ini adalah Malaysia..

Harga barang naik, harga minyak naik, tariff elektrik naik, kadar cukai naik, harga rumah naik, harga makanan naik.. Apa lagi yang naik? Selagi boleh naik, diorang akan naikkan..

Alasan? Nak selamatkan negara dari muflis..

Elaun menteri tak nak pulak turun..

Bila la dorang ni nak sedar, amanah yg diberi rakyat tu bukan senang-senang je nak diperkotak-katikkan. Rakyat dah beri mandat, pergunakan dengan akal fikiran. 

Cubalah pak menteri ni merasa hidup macam rakyat, tempuh jammed setiap hari, tunggu turn nak beli makanan, merasa duit tak cukup bila sampai hujung bulan..

Diorang takkan rasa, kecuali keluarkan statistik bodoh, yang mana budak tadika pun boleh gelak golek-golek tengok kajian diorang ni. Statistik dari hutan mana yang diiorang amik ni?

Hmmmm..

* Bak kata arwah abah aku, semuanya akan naik, hujan je yang turun..*

Tuesday, November 26, 2013

Belanjawan Disember

Sambil buat bajet untuk bulan hadapan..

Defisit???????

Pengsan~ T_________T

Rasanya dah tak tahu ceruk mana nak kurangkan perbelanjaan..

Kurangkan makan?

Kurangkan minyak kereta?

Penat da fikir..

Hujung tahun yang penuh dengan kejutan.

Secara tiba-tiba, pendahuluan untuk duit rumah terpaksa bayar RM1000..

Habis lari bajet bulan ni...
From: http://nostalgiaattack.deviantart.com/art/Dizzy-Cat-183869189
Tak tahu nak buat apa lagi~

Rasanya, kurang makan je jawapannya..

Itu kan yg org biasa buat bila tak ada duit?

Kekekeke..

* Terasa malu bila terpaksa meminta-minta dekat orang lain...*

Serabut- persiapan

Serabut..

Itu je yang mampu aku luahkan setakat ni. Dengan majlis kenduri kakak & emak saudara yang semakin hampir, dengan hantaran & baju tak siap lagi, dengan kerja di opis, dengan keadaan kesihatan sendiri, akhirnya aku rasa serabut..

Hmmmmmm..

Mohon-mohon agar badan aku sihat sentiasa, agar aku boleh siapkan segala persiapan diorg ni...

Sakit kaki- kaki bengkak

Hari ni dah 2 hari kaki aku sakit, dengan lebih tepat lagi, bengkak..

Huhu.. Bahana berjalan secara lupa diri hujung minggu lepas. Aku tak tahu sejak bila kaki aku ada masalah macam ni. Mungkin ni petanda aku nak kena tukar kasut baru. Kaki aku memang cepat cramp, lebih-lebih lagi bila kasut yang dipakai tu bertapak nipis, bermaksud kaki aku tak mendapat alas yang sesuai. ( Bila masa tak ada duit ni la kaki buat hal.. T____T ) Akhirnya, 2 hari jalan macam org tempang. memang sakit, terpaksa naik turun tangga kat opis. Allah je yang tahu. Masuk dalam production area, habis semua anak buah aku menegur, " Apasal kaki?" Penat aku nak menjawab. Ada yang ketawa, tak kurang jugak ada yg bagi cara nak kurangkan bengkak. Ramai gak yang suruh aku g klinik, termasuk la Fairuz. Tapi disebabkan aku ni penakut dengan ubat & klinik, sanggup aku tahan sakit (padan muka!)

Apa-apa pun, sakit kaki aku dah makin berkurang sejak aku sapu minyak panas dgn losyen susu kambing. Tak payah la aku nk kena pergi klinik..( Phewwww) Yang pasti, aku enjoy untuk hujung minggu lepas. Kekekeke.. jalan macam tak hengat dunia....

* Asal hati bahagia, kaki sakit pun tak ape~*

Wednesday, November 13, 2013

1988

1993, 5 tahun
Baru belajar mengenal huruf. Sibuk bermain bersama kawan-kawan. Main basikal, main teng-teng, main ceper, main masak-masak (dengan periuk yg betul, dan api yang betul). Hidup dipenuhi suka & gelak tawa.

2003, 15 tahun
Sedang sibuk membuat persiapan utk peperiksaan PMR. Menghadiri kelas tambahan, & tuisyen. Tidak lupa juga sibuk menjalani latihan kawat kaki & latihan bola baling. Hidup dipenuhi degan aktiviti luar & akademik.

2013, 25 tahun
Sibuk menguruskan tugas di tempat kerja. Kadangkala lewat pulang ke rumah. Mula menghadiri perkahwinan sahabat, selain menziarahi sahabat yang baru melahirkan anak.

Sungguh cepat masa berlalu. Terasa bagaikan semalam aku cuba menghidupkan api untuk memasak kentang dalam periuk bersama jiran aku di halaman rumah. Terasa bagai semalam aku berehat dengan kawan-kawan slepas penat menjalani latihan kawat kaki.

Ah, sesungguhnya aku masih merasa diri aku muda lagi...


Terasa diri mula tua bila ada anak kawan-kawan yagn sudah memanggil aku makcik.
Tak terbayang di fikiran mereka yang lahir pada tahun 1988 sudah mula berpangkat makcik/pakcik..

Ah, sungguh pantas masa berlalu....

Thursday, November 7, 2013

Sakit

Pernah tak sakitnya sampai menggigil jari jemari?
Pernah tak sakitnya hingga berbekas di hati?
Pernah tak sakitnya hingga menitis air mata di pipi?
Pernah tak sakitnya hingga bergema jeritan di hati?
Pernah tak sakitnya hingga sesak dada tidak terperi?

Pernah..

Sakit tak?
Sakit..teramat sakit..

Adakah dia terasa?
Tidak..

Bisakah hati bila nama lain meniti di bibirnya saat kisah masa hadapan sedang dibincang?
Bisa.

Lukakah hati bila mendengar berita bukan dari bibirnya sendiri?
Luka.

Jadi, kesetiaan ku letaknya di mana?
Tidak tahu.

Adakah aku masih di situ?
Tidak tahu.

Adakah dia akan datang mengubati?
Tidak tahu, dan tidak pernah.
Luka rajukku tidak akan disembuhkan, walaupun dia yang mengeluarkan belati
Belati yg berbentuk nama lain..
Hatiku berusaha untuk sembuh sendiri..

Hebatkah hati ku?
Hebat, sungguh hebat..

Hati ini

Hati ku yang satu ini....

Sakit..

Pedih..

Pilu..

Mengharap ada yg mengubati..

Mengharap ada yg memujuk..

Tapi,

Tiada..

Sepi...

Hati yang lain dia ubati,

Hati yg lain dia pujuk..

Tapi hati ini?

Tiada..

Hanya masa yang mengubati..

Hati Perempuan

Hati perempuan sukar terduga...

Namun ada suatu yg pasti.

Jika selalu disakiti, jangan diharap ruang kemaafan akan dibuka jika sudah berkali diberi.

Hati wanita itu bagaikan kerak nasi.

Pada mulanya lembut. Lama kelamaan, apabila semakin banyak haba memanaskannya, kelembutannya semakin hilang demi sedikit, hingga akhirnya ia menjadi keras.

Memang benar, kerak akan melembut bila direndamkan air. Namun, jika tidak kena cara, kerak itu kekal kerasnya.

Wanita memang penyabar. Sanggup bersabar dengan apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang disayangi. Namun bila setelah sekian lama hatinya disakiti tanpa ada yang menghargai, dia akan mengundurkan diri. Bukan kerana mengalah, tapi kerana tidak mahu terus memakan hati. Ketika itu, wanita pasti tidak akan berpaling lagi.

Jangan berharap perempuan akan terus setia bila mereka tidak dihargai..

Tuesday, November 5, 2013

Tak ade kerja

Pernah tak korang rasa bosan kat opis? Rasa bosan bukan sebab tertekan ke ape, tapi sebab tak ade kerja..Hahahaha.. Berat la mcm ni. Disebabkan barang dr customer baru sampai, tapi QC aku tak sempat cek barang sebab hari hujan, makanya tak ada la PO (Purchase Order) yang sampai ke meja aku. Hmmm.. habis segala facebook, email, twitter, blog zaman dahulu kala semua aku selongkar balik. (Nampak sangat memang tak ada kerja). Hahaha..

Siap boleh berskype bagai..Hahahaha..(Tp office hour aku dah habis ye)
Tapi, bila aku pandang yard aku td, berbelas pallet barang masuk.. Adeii.. alamatnye, mulai esok aku kembali menjadi wanita workaholic semula.. Huaaaaa.. T___________________T. Tak ape, tu semua rezeki aku tu. Hehehehe..

Bunga Rewang/ Kendarat

22 Feb 2014

Kakak aku kawin. Hmm..

Terfikir-fikir nak sponsor apa?

Bunga kendarat?

Haa...

Bagus gak tu..

Tp design apa aku nak buat?

Garu-garu kepala lagi~

Friday, November 1, 2013

Jalan-jalan makan angin~

Langkawi..

Haish.. bila la aku dapat bercuti lagi macam ni~

Kesian, budak bandar masuk sawah~

Pulau Dayang Bunting~ Huhuhuuu.. Aku masih belum masuk kategori kena mandi kat Tasik Dayang Bunting lg~

Langkawi SkyTower~ Terima kasih tripod...

Candid!

Friday, October 25, 2013

Manusia Berwajah Talam

Pernah jumpa talam atau pun dulang?

Tipu laa kalau tak pernah. Aku nak tanya sikit, zaman mana yang kau duduk sampai talam pun tak kenal?

Ini dia gambar talam:

Gambar dulang/talam ni aku rembat dari Google. Susah payah aku cari gambar ni, setelah yang dijumpai hanya gambar kuih talam dan gambar dulang hantaran.Ceh.

Talam dua muka
" Bermuka dua; mendua hati; munafik"
Atau dalam bahasa moden: Hipokrit


Semua orang tahu, manusia yang berwajah-wajah ini bahaya. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Bila berjumpa dengan si A, habis dikutuk si B. Dan bila dia jumpa si B, habis dikutuk si A. Dan begitulah seterusnya. Manusia yang berjenis ini mampu membuat negara menjadi huru hara. Mana tidaknya, sudah pasti si Talam ini akan memburukkan si mangsa dengan dahsyatnya, kerana dia mengetahui cerita dari kedua-dua belah pihak. Bila berhadapan dengan si mangsa, mulutnya manis mengalahkan gula, tapi bila di belakang mangsa, mulutnya lebih busuk dari longkang! Mat jawa panggil, backstabber~

* Sila berhati-hati dgn manusia spesies ini*

Bercuti...


Mood kerja dah tak ada..

Huhuuu..

Fikiran dah ke Langkawi da..

Heeeeee..


* Gamba cilok dr Google*

Thursday, October 24, 2013

Serabut


Serabut betul kepala..

Macamane serabutnya kain ni,  macam ni la serabutnya kepala aku. Hmm..

Baru bersemangat nk buat baju, bile diasak dengan soalan yang terlalu byk, soalan yang tak ada jawapan, terus terbengkalai semua projek.

" Bila? Kenapa?"

Huhu..

terus mood terbang melayang macam layang-layang..

Akhirnya,

Tersadai dr malam smpai pagi.

Akhirnya, kemas-kemas semua kain, simpan dlm beg..

Hmmmm..


Saturday, October 19, 2013

Batu belah batu bertangkup & FB


Hahahahaha..kalau la zaman ni ada FB, mesti mcm ni jadinye.

* Kredit: tgk sendiri kat gamba tu~

Friday, October 18, 2013

Tandas duduk

Thanks cik Gugle
Siapa selalu guna tandas duduk?

Kalau pergi tandas awam, aku selalunya akan pilih tandas duduk, sebab mudah. Aku malas nk toilet tentera jepun menyorok dalam semak tu, sebab selalunya bila berjalan-jalan, aku akan pakai seluar jeans, jadi, susah nak jaga, takut terbasah masa beristinjak. Tapi, masalah lain pula timbul sekarang.

1. Tandas duduk tak ada air
Aku tak faham pengurusan pusat membeli belah ni fikir macamana. Dia ingat toilet duduk tu orang yang buang air tak cuci je ke pakai? Pemikiran tahap barat sangat. Menyampah aku. Pulak tu, dari jumlah 10 tandas, 2 je tandas cangkung, yg lain sume tandas duduk yg tak ada pili. Pulak tu semua kena dok beratur panjang-panjang. Deyyyyyy, otak kat lutut ka??

2. Tandas duduk = tandas cangkung
Aku memang tak nafikan, memang ada orang yang tak reti pakai tandas duduk. Tak salah nak mencangkung atas tandas duduk tu. Tapi, tolonglah bukak kasut/ selipar tu. Tolonglah. Kalau dah ade tapak aksut korang tu, tolonglah cuci. Kesian org yang nak pakai lepas tu. Terpaksa cuci bekas tapak kasut korang, lepas tu kena gatal-gatal kat punggung. Aku memang pernah kena, memang sakit hati. Isshh.. Tolonglah jadi bertimbang rasa sikit. Fikirkan orang lain sebelum buat apa-apa. Kita duduk dalam masyarakat, bukan dalam hutan.

Bila cakap pasal tandas, yang pasti, bagaimana kita guna tandas awam, macam itu la juga kita perangai kita sendiri. Kotornya tandas awam tu, maka kotor la juga perangai kita.

Setahun sudah berlalu

Sudah setahun ia dalam simpanan..
Setahun sudah berlalu..

Moga dipermudahkan segalanya..

Insyaallah..

Tuesday, October 8, 2013

Foodporn vs camwhore

Aku suka upload gambar makanan, because i love to eat..ekekee~


Situasi pertama:
Bosan duduk dalam kereta..
Amik gamba diri sendiri dlm 10 aksi yang berbeza
Buat kolaj dlm photo editor
Update dlm FB..

Situasi kedua:
Makanan sampai, 
Amik gamba makanan 10 angle
Buat kolaj dlm foto editor
Update FB

Situasi ketiga:
Amik gamba diri sendiri setiap hari
Upload dlm FB setiap kali amik gamba sendiri..
* Bermaksud, kalu die upload gamba, asyik muka die je*

Situasi ke empat:
Amik gamba makanan
Upload dlm FB setiap kali gamba makanan diambil
* Bermaksud, kalu die upload gamba, asyik makanan je*

Mane satu pilihan korang?

Pada aku, aku pilih yg ade berkaitan makanan..

Pada pandangan aku, aku kurengg gemar dengan orang yg upload gamba sendiri setiap hari, atau upload gamba sendiri dlm pelbagai pose, lepas tu buat kolaj, tepek kat FB. Ye, memang ia bergantung pd pendapat kita sendiri, tp pd aku, hmm..kalu utk diri aku sendiri, aku malu utk buat macam tu. Huhu. Aku segan. * sebab tu aku tak jadi model, dan tak berangan langsung nak jadi model..hahahaha* Ade la juga gamba aku berposing, tp dlm banyak-banyak gamba aku tu, mungkin 5% je dari keseluruhannya. Sebab aku ada terjumpa, dalam album die, hampir 90% gambar dia berposing. Hmm.. *adik aku pun macam ni, dan aku memang sgtttttt tak gemar*

Pada aku, gambar makanan tu lebih elok dari gamba diri sendiri. Sebab, kita tak sedar, kadang-kadang ade orang kurang senang dengan tindakan kita tu ambil gambar diri sendiri. Bila upload kat FB gambar die berposing yang beribu-ribu tu, tetiba suami/tunang/pakwe si polan ni asyik meng'LIKE' je, tak rasa ke si polan tu terasa offended? Terasa merendah diri? Terasa hati? Harus lah terasa. Comel sangat ke perempuan tu? Cantik sangat ke perempuan tu? Aku tak cantik macam tu ke? Kenapa bila aku post gambar, dia tak like pun? Aku die tak puji pun? Haaa..macam tu sekali si polan tu akan berfikir. Maka, akan timbul la kecelaruan hati, ada ketidaksedapan hati. Dah terganggu dah keharmonian perhubungan tu. Tengok... benda yang mudah macam tu pun boleh buat topik. Pulak la lelaki ni jenis kaki like gambar perempuan lawa, maunye si polan ni makan hati je keje. Kesian....

Pada aku, aku lebih rela tengok 1000 gamba makanan dari tengok gambar orang berposing macam apa-apa..

BTW, aku suka post gamba yang random kat FB mahupun instagram.. bukan sahaja makanan, tapi ada kucing, fakta, kata-kata semangat, dan pelbagai lg..sebab aku jenis random..

Monday, September 30, 2013

Edit mengedit~

Gambar yang dah berumur lebih dari sebulan, baru je nak diedit hari ni..

Hahahahaha...

Kamikaze~

   
Farewell Kak Isma....
Legoland
Dan beberapa lagi batch gambar...

Huhuhuhuuuu

T_____T..

Sunday, September 29, 2013

Terbaik

Kadang-kadang, kita berusaha sedaya upaya untuk jadi yang terbaik untuk orang lain. Tapi akhirnya, kita juga yang diabaikan kerana tidak cukup baik untuk mereka...

Lebih baik berhenti jika terus tidak dihargai..

Saturday, September 28, 2013

Kosong

Kosong....

Kepala kosong, tak tahu nak buat kerja macamane. Hahahaha.. Alahai, nama pun Planning Engineer, bila kepala kosong, apa yang nak di plan kan?

Kata nak kumpul duit?

Cepat-cepat...

Sila kerja macam biasa..

Semangat tika hujan, turunlah kau!

Thursday, September 26, 2013

Peringatan untuk diri ku

Kadang-kadang, kita mengata orang lain sebab rasa tak puas hati..
Luahkan kat FB, twitter, semua tu
Tapi, kitaran hidup ni macam roda
Akan kembali semula kepada kita.
Tanpa kita sedar, kita akan buat apa yang kita tak suka oranga lain buat.
Tak ada manusia yang tak dibenci.
Rasulullah S.A.W yg maksum tu pun dibenci kafir quraisy, inikan pula kita manusia biasa yang terlalu byk dosa.
Berubahlah kearah yg lebih baik
Kerana meludah ke langit, pasti akan jatuh terkena muka sendiri,
Menepuk air didalam dulang, pasti terpercik ke muka sendiri.

Cermin diri sebelum sibuk menyelak keaiban orang lain.

Satu peringatan buat diriku sendiri...

Tuesday, September 24, 2013

Hello, nak beli insurans?

Luahan hati aku di laman FB.

2 3 hari lepas, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mamat yang tak bertamadun, yang dipanggil manusia insurans hantu. Kenapa aku panggil insurans hantu? Sebab kita tak tahu kewujudan dan kesahihan insurans tu. Ada ke Maxis buat plan perlindungan insurans? Masalahnye, bukan setakat telefon je dia cover, malah sampai ke insurans nyawa bagai. Mak aiiii, pandai betul kau nak menipu. Ceh.

Bukan sekali dua aku terkena. Da banyak kali. Apa yang aku perasan, kebocoran maklumat ni pasti terjadi lepas aku buat permohonan bank untuk beli kereta, kad kredit, atau apa-apa sahaja permohonan pinjaman. Nampaknya macam pihak tak bertanggungjawab tu ada kaitan dengan pihak bank. Dah la merepek entah apa-apa, lepas tu, memang sangatttttt kurang ajar. Ada ke macam tu? 

Dah la beria-ia dia nak bercakap dengan aku. memang aku agak berkasar dengan dia, sebab yang aku marah, dia cakap no telefon aku didaftar atas nama orang lain. Aikkkk?? Aku pakai no telefon yang sama dah lebih dari 7 tahun. Masakan boleh bertukar? Kemudian, lepas tu, bermulalah taktik kotor manusia hantu ni. Dia mula menerangkan kemudahan dan kelebihan insurans perlindungan Maxis ni. Kau ingat aku nak percaya? Sebab semua perlindungan insurans ni, sama saja.

Aku pun mula la cakap, aku minta maaf, aku sibuk. Iye la, walaupun jam dah pukul 5.30ptg, tapi aku ada 10 job urgent hari tu, yang memang aku kena siapkan. Sementelah pulak, aku memang selalu balik pukul 8.00 mlm keatas. Itu dah termasuk dalam waktu puncak aku bekerja. Tapi, mamat kurang ajar ni memang la kurang ajar. Dia ajuknye aku, ckp aku ckp mcm Perdana menteri. hello??????? Aku dah cukup bersopan santun kot masa tu! Dah la kepala aku serabut, pulak kau telefon utk serabutkan kepala hotak aku! Memang sangattttttt kurang ajar. Aku memang bersimpati dengan mak bapak die, dapat anak macam tu. Setiap orang perlu tahu adab bila berhadapan dengan orang yang tak dikenali, lebih-lebih pulak orang yang kau nak jual barang! Bila aku tanya nama, mintak no ic, tak nak pulak kau bagi? Tahu takut? Lepas tu, memang aku letak terus. Malas nk layan mangkuk jamban tu. Huh~

Yang kelakarnya, bila aku post di FB, rupanya nombor yang sama pun ada digunakan untuk menelefon mangsa-mangsa lain, yang terdiri dari kawan-kawan aku. Ek? ada yang call, cakap dari Celcom. Ek? Kata tadi Maxis? Sejak bila Maxis dgn Celcom Axiata bergabung? Hahahaha..sudah nampak ada penipuan di situ. Hmmm, kemungkinan lepas ni, aku nk ikut je nasihat kawan-kawan aku yang dah terkena, letak je telefon atas meja, biarkan diorang bercakap sendiri. Hahaha...


Saturday, September 21, 2013

Kapak kereta

Malaysia kini gah dengan pasaraya, kedai, deretan gerai, dan juga pusat membeli belah. Namun ada satu yang menjadi masalah, iaitu kurang tempat meletak kenderaan. Deretan kedai 3 tingkat sebanyak 30 lot hanya menawarkan tempat meletak kereta sebanyak 100 lot. Apa? Haa.. kereta pekerja dan pemilik kedai sahaja dah penuh kat kawasan tu. kenderaan pelanggan? Pandai-pandai la nak parking kat tepi jalan ke, atas divider jalan ke, atas rumput ke. Silap-silap hari bulan? Dapat surat cinta dari polis atau JPJ atau majlis perbandaran, atas kesalahan lalu lintas. Best tak? Best sangat, sampai nak kapak je kereta polis tu. 

Ni la masalahnya. Tempat letak kereta yg sangat terhad. Kadang-kadang, terpaksa pusing-pusing kat kawasan yang sama selama lebih dari setengah jam, semata-mata untuk cari tempat letak kereta yang kosong. Pulak, kena menapak jauh, sampai bau perfume pun dah berubah jadi bau badan. Best tak? Mestilah tak. Ini la masalah di Malaysia..

Pada hemat aku, adalah best sekiranya pemerintah menitik beratkan masalah tempat letak kereta ni. Kalau ada carpark pun, kadar yg dikenakan sangat tinggi. Aku pernah kena, sejam RM3.00. Mak aih, mahal benar. Nak kata tempat tu bertutup, bertuah je. Ada la plak kereta aku kena tembak dengan sang beburung atas pokok. Ceh..

Apa kata, pemerintah membina tempat letak kereta bertingkat, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah kereta yang menghalang lalulintas, dan juga masalah kereta yang disagat body nya. Buat yang elok sikit, ade  kemudahan lift untuk warga emas dan orang kurang upaya  (padahal, tak warga emas pun malas nak menapak naik tangga). Rakyat takkan merungut sekiranya mereka tahu kereta mereka itu selamat, antaranya dari disagat ataupun disaman. Lega la hati bila nak berurusan di kawasan tu.

Jika tidak pun, sediakan satu kawasan lapang, yang sememangnya boleh digunakan untuk parking kereta. Ini tidak, asal ada kawasan lapang je, naik bangunan, naik kedai. Carpark tak juga dibuat. Ada pulak orang yang mengapak kereta pemaju nanti.

Bukan gatal

Berkahwin cepat tu,bukan kerana gatal...
Tapi disebabkan diri tak semulia malaikat..
Dosa di bahu semakin memberat..
Yang mudah sudah kelihatan semakin rumit melarat..
Diri menjadi semakin terjerat..
Mahukan ia berlangsung dlm kemampuan..
Namun ia tetap kelihatan seperti desakan..
Semakin kuat walaupun bukan itu tujuan..

Sukarkah mereka untuk memahami?




Saturday, September 14, 2013

Melancong vs membeli belah

Melancong atau membeli-belah?
Melancong dan membeli belah?
Melancong untuk membeli-belah?

Untuk mereka yang dilahirkan tanpa 'sudu emas' ditangan, sudah semestinya aku hanya gemar melancong. Jangan disebut membeli belah dihadapan aku, sebab itu la benda yang paling aku tak gemar. Ya, seperti mana aku telah sebut dahulu (disini), aku dah merasa kepayahan hidup dari sejak aku lahir hingga sekarang. Alhamdulillah, aku tidah ada masalah 'kaki shopping' dan juga 'kaki barang berjenama'. Terima kasih emak & arwah abah kerana membesarkan aku dengan cara ini. Sekurang-kurangnya aku tahu nilai titk peluh sendiri.

Api itu panas (II)

Api itu panas...
Jika telah diberi ingatan, jangan nanti kau menyesal.
Jangan kau menangis di hadapan aku lagi,
Kerna tak pasti aku mahu tertawa atau bersimpati .

Api itu panas,

Jangan kau cari aku untuk menyembuhkan kesan lecurmu,
Kerana peringatanku untuk kau menjauhi api kau biarkan ia berlalu..

Wednesday, September 11, 2013

Saturday, September 7, 2013

Jangan Bermain Api

Api itu panas
Jangan bermain api, kelak terbakar diri
Melecur hati..
Jika sudah tahu kesudahannya, mengapa perlu diambil risiko?
Jangan sesekali menggadai diri
Kelak yang sakit diri sendiri
Walaupun sahabat mampu mengubat hati,
Namun yang merasa sakit dan perit itu dirimu sendiri..

Jangan diambil risiko yang penyudahnya sudah diketahui.
Jangan diharap ia menjadi realiti
Tinggalkan dia jauh dibelakang walaupun dirimu kini menyendiri
Kerana ia lebih baik dari akhirnya dirimu yang makan hati..

Saturday, August 31, 2013

Paranoid

Kenapa aku selalu rasa paranoid?
kenapa aku selalu takut dlm hubungan?

Kerana..

Sekeliling

Melihat kawan di sekeliling aku.

Bila mereka sedih, mereka cari aku.
Walaupun jam menunjukkan 4 pagi..
Bercerita kisah sedih mereka, minta pendapat.
Akhirnya anggapan aku tentang hubungan negatif sentiasa
Tiada kisah bahagia.
Bermain kayu 3, ditinggalkan tanpa kata..
Aku tak pernah merasai apa itu perhubungan.
Menjadi penasihat kepada kisah cinta sedih sahabat bertahun-tahun tanpa aku tahu apa ia sebenarnya.
Memberi nasihat mengikut logik minda, pandangan dan juga empati.
Aku cuba berada di tempat mereka.
Akhirnya, ia meninggalkan kesan yg mendalam di hati aku..
Kerana aku pun turut dapat merasa luka mereka.

Tapi, bila mereka sedang bahagia dlm hubungan, mereka tinggalkan aku..
Biarkan aku.
Bila aku ada masalah, mereka tiada masa untuk bertanya.
Kerana mereka sedang gembira di awan bahagia
Bila aku cuba bercerita kisah aku, mereka biarkan ia sepi..
Ini sahabat aku.
Mereka semua kini bahagia dlm hubungan..
Bertunang, berkahwin..

Selamat berbahagia sahabat sekelian..
Sahabatmu ini masih lagi merangkak mencari kebahagiaan..






Friday, August 30, 2013

Ini Aku

Aku yang memaksa
aku yang terlebih
aku yang terhegeh-hegeh
aku yang teremosi
aku yang tak bertimbang rasa
aku yang tak memikirkan perasaan orang lain
aku yang mementingkan diri sendiri
aku yang keras kepala
aku yang keras hati
aku yang bersalah...

Aku sedar kelemahan aku...

Tapi...

Ini aku..

Akhirnya, Menyerah

Menyerah, berserah 100% kepada takdir..

Bukannya aku menyerah kalah, cuma aku dah penat..

Penat, letih..

Hanya doa yg mampu mengiringi semuanya..

Moga dipermudahkan jalan hidup aku..

Aku biarkan semuanya berlalu sepi..

Tak mahu aku fikir lagi..

Akan aku ikut sahaja kemana arus bawa aku pergi..

aku dah penat menongkah arus, melawan ombak, andai aku seorang sahaja yang berusaha.

Biarkan..aku menyerah....

Wednesday, August 28, 2013

2 Tahun

Syarat dari emak: Kahwin dulu, baru pindah KL

Syarat dari dia : Kerja KL dulu, baru kahwin..

Kalau sampai 2 tahun tak dapat kerja?

Kalau sampai 2 tahun tak kahwin?

Jawapannya?

Aku duduk membujang kat JB sampai tua~

Entah la~

Monday, August 26, 2013

Letakkan noktah itu

Letakkan noktah itu..
Jika ragu, mengapa ditabur janji?
Jika tidak yakin, mengapa berkata manis?
Hati wanita umpama tisu, kata-kata lelaki umpama air..
Hancur tisu kerana air,
Hancur hati wanita kerana janji manis lelaki.
Jika berjanji, kotakan.
Jika berkata, buktikan.
Koyaknya kertas pasti tidak akan sama jika disambung semula
Bekasnya tetap ada..
Renyuknya tetap kelihatan..
Luluh, hancur..

** melihat sahabat sendiri yg luluh hati, bagai hati sendiri dirobek..**

Thursday, August 22, 2013

Akhir tahun, awal tahun..

Akhir tahun 2013, awal tahun 2014....

Waktu-waktu sibuk untuk aku.. Kawan baik kawin, sepupu kawin, emak sedara kawin. Wahhhh~
Kemain semua berkumpul tarikh dekat-dekat. Apsal? Kesian la kami ni.Hahaha..

Yang paling terasa? Majlis emak saudara aku, sebab rumah aku adalah tuan rumah. Kalau yang lain tu aku datang tolong gitu-gitu je.

Tarikh dah tetap, tempat dah tetap, makanan dah tetap, tinggal 2 3 perkara lagi. Banyak juga persediaan nak kena buat. Walaupun majlis kecil-kecilan je, tapi bukan mudah itu semua. Tinggal 6 bulan je sebelum majlis. Huhu.. 6 bulan tu bukannye singkat. Pejam celik dah sampai masa. Hahaha.. Masa ni la aku nak tunjukkan hasil titik peluh aku. Nak bereksperimen sana sini. Perancangan dah ada, tinggal nak melaksanakan je. Nak tunggu majlis sendiri? Entah bila la. Dah malas nak fikir ye.Sebab bayang pun tak tau rupa. Hahaha.

Harap-harap segalanya akan berjalan lancar... Amin...

Wednesday, August 21, 2013

Ikut hati mati, ikut rasa binasa

Ikut hati, mati..
Biarkan perasaan di hati itu mati..
Ikut rasa, binasa..
Biarkan rasa itu binasa..

Tuesday, August 20, 2013

Disebalik perancangan

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni makin dimurahkan rezeki. Semakin galak aku merakas-rakas lubang untuk kerja baru, semakin murah rezeki di tempat kerja sekarang. Baru-baru ni, aku dah ditempatkan ke pangkat yang baru. Pangkat baru, pengalaman kerja yang baru. Kemain bos aku dah bercerita perancangan utk aku, mungkin aku akan dihantar untuk ke Singapore selama 3 bulan tak lama lagi. Huhuhu. Best ke? Itu sudah semestinya pengalaman terbaru hidup aku. 

Sebelum ni, aku sendiri merancang. Mahu melebarkan sayap ke KL, cari angin baru, arah baru, fasa baru dalam hidup. Nk cuba sesuatu yang baru. Tapi, emak bagi syarat, hanya keluar dari JB bila dah berkahwin. Ek, macam tu? Maksudnya lepas kahwin baru boleh pindah? Hahaha..masa tu, tanpa fikir panjang, aku pun mula merancang sendiri. Targetnya adalah pada awal tahun depan. Kemain aku hantar resume sana sini dengan penuh semangat.  Namun, akhirnya perancangan hanya tinggal rancangan. Bila merancang tanpa hala tuju, memang takkan kemana. Pusing-pusing, akhirnya akan kembali semula ke tempat asal. Pening-pening kepala pun, akhirnya takkan ada yang berubah. Bila pula perancangan tu melibatkan byk pihak, takkan nak buat keputusan sendiri, iye tak? Akhirnya aku buat keputusan untuk batalkan saja rancangan aku tu. Buat masa ni, aku rasa yang penting adalah aku tumpukan sepenuh perhatian aku kepada kerja aku sekarang dan kumpul pengalaman. Yang lain? Aku tolak tepi. Aku dah malas da. Hahaha.. Welcome back the workaholic me! Kembali seperti masa dahulu. Kerja dan kerja. Ada baiknya aku mula merancang tentang kerja aku yang memang dah nampak hala tujunya ni. Hahaha. Tapi kalau ikut kata bos, dia nak aku kerja sekurang-kurangnya 5 tahun lagi. Gulp~ Hahaha. kerja aje la.

Mari sibukkan diri dengan kerja. Simpan cuti untuk bercuti bila dah penat kerja. Hahaha. Itu yang penting, kepuasan diri sendiri. Namun, sebaik-baik perancang adalah Allah Taala. Mungkin ini yang terbaik buat aku buat masa ni..

17 Ogos 2013~ Tahniah sahabat..

Tahniah sahabat-sahabat sekelian. Semoga bahagia hingga ke syurga

Liyana Kamaludin

Hamdan Isa

Salwa Nasir

Engku Hisham Engku Jaafar

Nurul Asyqiah

Noridah Selamat

Siti Zhafirah Zainal

Wanita, Novel dan Cliche

Cliche tentang seorang wanita.

Pernah terdengar rungutan tentang wanita? 

Mengapa wanita sukar difahami?
Mengapa hati wanita sukar diduga?
Mengapa wanita suka berubah emosi?

Mengapa wanita itu kompleks?

Mengapa??
Mengapaaaa????



Haaaa.. selalu aku terdengar soalan ni. Memang kami ni makhluk yang rumit. Hehehehe.. bukan sesuatu yang menjadi rahsia. Sehingga ada post-post di internet yang ditujukan khas buat wanita, tentang kerumitan yang dihadapai lelaki..

Maafkan kami...

Pernah terbaca novel cinta?

Di situ la datangnya imaginasi kami. Kalau dalam novel, hero itu sudah semestinya dikatakan hampir 'perfect', kacak, bergaya, romantik, blaa, blaaa, blaaa... Berbuih mulut kalau nak disenaraikan. Kalau merajuk, mesti hero pujuk. Bagi bunga la, bagi coklat la, bagi teddy bear la, romantic candle light dinner la, jalan-jalan la, kek laa, masakan istimewa la.. kemain lagi cair berguling-guling kalau baca. Dari situ la imaginasi kami dipupuk. Itu la penyebabnya kenapa standard wanita terhadap lelaki meningkat, lebih-lebih lagi kalau pembaca tu tak pernah bercinta.

Bila dah berhadapan dengan dunia sebenar, baru tahu langit tinggi ke rendah. Huhuhuu.. Kalau merajuk? Takdenya dia nak pujuk. Biarlah sampai makan hati pun, akhirnya kena pujuk diri sendiri. sakit hati tau. Coklat? Coklat cap Tango pun takda. Bunga? Bunga taik ayam pun belum tentu dapat. Teddy bear? Hmm..korek la teddy bear sendiri 10-20 tahun lepas, buat pujuk hati sendiri. Candle light dinner? Haaa, pergi cari lilin, pacak atas piring, makan la depan lilin tu. Kek? Pergi kedai, beli je kek span, makan sampai kenyang terbongkang. Kek harijadi pun tak ada, ini kan pulak kek nak pujuk-pujuk ni. Semua tu indah khabar dari rupa.

Akhirnya, itu la sebab kenapa wanita jadi lagi rumit. kami berharap apa yang kami baca, kami dapat alami pengalaman seperti itu. Walau sekali, pun nak merasa jugak. Adakah perasaan tu sama seperti apa yang akmi baca, sama seperti yang digambarkan penulis. Tapi, apa yang kami fikir, semua tu harapan je. macam entah apa-apa. Ada juga lelaki yang seperti digambarkan, macam kawan aku, dapat je semua tu, sampai kahwin pun dah ala-ala novel.  Tapi tak semua. Kalau bernasib baik, dapat la semua kejutan-kejutan ala-ala novel tu. Kalau tak berrnasib baik? Pergi kedai, beli la sendiri coklat, bunga, teddy bear, kek. Pujuk la hati sendiri. Drive la kereta sendiri sampai tepi mana-mana pantai, makan la coklat & kek  tu sampai habis, nangis la sampai puas, lepas tu balik la rumah macam tak ada ape-ape. 

Hahaha.. macam pernah buat je? Memang pun. Penat aku drive sampai Tanjung Balau. duduk tepi pantai sorang-sorang, makan sorang-sorang, bila dah petang, balik rumah macam tak ada apa-apa. Kalau difikirkan memang macam orang tak betul gak, tapi nak buat macamana? Nak pendam sorang-sorang, lagi sakit hati, lagi seksa. Baik pergi pujuk hati sendiri. Ini semua novel punya pasal. Hahaha.

Akhirnya, aku dah kurangkan novel tu. Memang dah kurang sikit la kalau masa sakit hati tu tak ada orang pujuk, tapi kadang-kadang mengharap la jugak, walaupun macam mengharap benda yang takkan jadi, iye tak? Hmm...


Tuesday, August 13, 2013

DIY: Febrezeeeeeee...

Musim perayaan ni, semestinya rumah kita akan sentiasa dikunjungi, iye tak? Hehe. Rumah mesti kena sentiasa berbau harum, wangi dan segar. Takkan la nak biarkan rumah berbau macam kandang kambing? Ada pulak nanti, 7 keturunan tetamu tu ingat bau 'harum' rumah kita. Ishhh..malu tu.

Febreze ni memang terkenal untuk hilangkan bau. Kan selalu keluar iklan febreze kat tv, bila mak lelaki nak datang, bersusah payah si isteri ni pergi sembur febreze satu rumah. Huhu. kalau tiap-tiap hari sembur? Pulak harga sebotol febreze tu bukannye murah sangat. Dengan sifat kedekut aku ni, makanya aku pun terkorek-korek kat internet, cara mudah untuk buat febreze ni. Hahahaha. Akhirnya aku jumpa link die~

Bahan-bahan dia:
1/8 cawan pelembut ( Aku pakai Downy Passion)
2 sudu kecik sodium bikarbonat
Air panas (jgn panas mcm nak buat air milo pulak. Huhu)
Botol


Downy Passion dgn Sodium bikarbonat
Botol febreze ni da berumur 6-7 tahun da. Hahahaha

Campur semua bahan dalam bekas, jgn lupa godeh-godeh sikit bagi larut..

Aku godeh pakai sudu je.. 

Masukkan elok-elok bancuhan febrezeeeee dalam botol. Kalau ada corong tu, pakai la corong. Tak de la membazir febrezeeee tu..Hehe..
Besarr corong aku pakai. ini pun boleh la, asal tak tumpah~

Tadaaaaaaaa!!!!!





Hahahha..mudah kan? Sekejap je dah siap. Boleh la sembur sana sembur sini. Tempat pertama aku cuba? Langsir ruang tamu. Huhuhuu.. Da macam dalam iklan. Pulak ada orang nak datang rumah malam ni, aku pun kemain la sembur macam pesta. Harum semerbak rumah..Kos? Setakat bikarbonat tu 2 sudu kecik, dgn pelembut 1/8 cawan, berapa posen sangat la harga die..Amat sesuai untuk orang yang kedekut macam aku..
hehehehehe..

Selamat mencuba~