Malaysia kini gah dengan pasaraya, kedai, deretan gerai, dan juga pusat membeli belah. Namun ada satu yang menjadi masalah, iaitu kurang tempat meletak kenderaan. Deretan kedai 3 tingkat sebanyak 30 lot hanya menawarkan tempat meletak kereta sebanyak 100 lot. Apa? Haa.. kereta pekerja dan pemilik kedai sahaja dah penuh kat kawasan tu. kenderaan pelanggan? Pandai-pandai la nak parking kat tepi jalan ke, atas divider jalan ke, atas rumput ke. Silap-silap hari bulan? Dapat surat cinta dari polis atau JPJ atau majlis perbandaran, atas kesalahan lalu lintas. Best tak? Best sangat, sampai nak kapak je kereta polis tu.
Ni la masalahnya. Tempat letak kereta yg sangat terhad. Kadang-kadang, terpaksa pusing-pusing kat kawasan yang sama selama lebih dari setengah jam, semata-mata untuk cari tempat letak kereta yang kosong. Pulak, kena menapak jauh, sampai bau perfume pun dah berubah jadi bau badan. Best tak? Mestilah tak. Ini la masalah di Malaysia..
Pada hemat aku, adalah best sekiranya pemerintah menitik beratkan masalah tempat letak kereta ni. Kalau ada carpark pun, kadar yg dikenakan sangat tinggi. Aku pernah kena, sejam RM3.00. Mak aih, mahal benar. Nak kata tempat tu bertutup, bertuah je. Ada la plak kereta aku kena tembak dengan sang beburung atas pokok. Ceh..
Apa kata, pemerintah membina tempat letak kereta bertingkat, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah kereta yang menghalang lalulintas, dan juga masalah kereta yang disagat body nya. Buat yang elok sikit, ade kemudahan lift untuk warga emas dan orang kurang upaya (padahal, tak warga emas pun malas nak menapak naik tangga). Rakyat takkan merungut sekiranya mereka tahu kereta mereka itu selamat, antaranya dari disagat ataupun disaman. Lega la hati bila nak berurusan di kawasan tu.
Jika tidak pun, sediakan satu kawasan lapang, yang sememangnya boleh digunakan untuk parking kereta. Ini tidak, asal ada kawasan lapang je, naik bangunan, naik kedai. Carpark tak juga dibuat. Ada pulak orang yang mengapak kereta pemaju nanti.
No comments:
Post a Comment