Luahan hati aku di laman FB. |
2 3 hari lepas, aku dikejutkan dengan
panggilan telefon dari mamat yang tak bertamadun, yang dipanggil manusia
insurans hantu. Kenapa aku panggil insurans hantu? Sebab kita tak tahu
kewujudan dan kesahihan insurans tu. Ada ke Maxis buat plan perlindungan
insurans? Masalahnye, bukan setakat telefon je dia cover, malah sampai
ke insurans nyawa bagai. Mak aiiii, pandai betul kau nak menipu. Ceh.
Bukan
sekali dua aku terkena. Da banyak kali. Apa yang aku perasan, kebocoran
maklumat ni pasti terjadi lepas aku buat permohonan bank untuk beli
kereta, kad kredit, atau apa-apa sahaja permohonan pinjaman. Nampaknya
macam pihak tak bertanggungjawab tu ada kaitan dengan pihak bank. Dah la
merepek entah apa-apa, lepas tu, memang sangatttttt kurang ajar. Ada ke
macam tu?
Dah la beria-ia dia nak bercakap dengan aku. memang aku agak berkasar dengan dia, sebab yang aku marah, dia cakap no telefon aku didaftar atas nama orang lain. Aikkkk?? Aku pakai no telefon yang sama dah lebih dari 7 tahun. Masakan boleh bertukar? Kemudian, lepas tu, bermulalah taktik kotor manusia hantu ni. Dia mula menerangkan kemudahan dan kelebihan insurans perlindungan Maxis ni. Kau ingat aku nak percaya? Sebab semua perlindungan insurans ni, sama saja.
Aku pun mula la cakap, aku minta maaf, aku sibuk. Iye la, walaupun jam dah pukul 5.30ptg, tapi aku ada 10 job urgent hari tu, yang memang aku kena siapkan. Sementelah pulak, aku memang selalu balik pukul 8.00 mlm keatas. Itu dah termasuk dalam waktu puncak aku bekerja. Tapi, mamat kurang ajar ni memang la kurang ajar. Dia ajuknye aku, ckp aku ckp mcm Perdana menteri. hello??????? Aku dah cukup bersopan santun kot masa tu! Dah la kepala aku serabut, pulak kau telefon utk serabutkan kepala hotak aku! Memang sangattttttt kurang ajar. Aku memang bersimpati dengan mak bapak die, dapat anak macam tu. Setiap orang perlu tahu adab bila berhadapan dengan orang yang tak dikenali, lebih-lebih pulak orang yang kau nak jual barang! Bila aku tanya nama, mintak no ic, tak nak pulak kau bagi? Tahu takut? Lepas tu, memang aku letak terus. Malas nk layan mangkuk jamban tu. Huh~
Yang kelakarnya, bila aku post di FB, rupanya nombor yang sama pun ada digunakan untuk menelefon mangsa-mangsa lain, yang terdiri dari kawan-kawan aku. Ek? ada yang call, cakap dari Celcom. Ek? Kata tadi Maxis? Sejak bila Maxis dgn Celcom Axiata bergabung? Hahahaha..sudah nampak ada penipuan di situ. Hmmm, kemungkinan lepas ni, aku nk ikut je nasihat kawan-kawan aku yang dah terkena, letak je telefon atas meja, biarkan diorang bercakap sendiri. Hahaha...
No comments:
Post a Comment