Sunday, July 25, 2021

Jalan-jalan cari breastpump


Pam susu, atan breastpump, memang agak penting bagi ibu yang menyusu dan bekerja. Sebab apa? Sebab dengan pam tu la kita mampu nak perah susu untuk bekalan Anak. Ada cara lain selain dari guna pam, iaitu marmet tau bahasa pasarnya adalah 'perah manual pakai tangan', hanya orang yang pro je yang mampu nak guna kaedah ni. Sejujurnya, aku masih lagi merangkak kalau nak guna kaedah ni. 

Sebelum ni, aku ada share tentang pam susu Real Bubble. Pam susu ni memang murah, tapi agak tak tahan lama untuk işbu yang bekerja macam aku. Memang kena la dengan harga dia. Purata jumlah kekerapan pam dalam sehari aku adalah 4 kali tak termasuk power pumping. Jadi bila dalam keadaan macam ni, pam tu tak dapat bertahan lama. Dalam masa 2 tahun aku susukan Aminah, 4 pam aku beli. Masalahnya lebih kurang je, sama ada port usb tercabut dr board pam susu atau sememangnya pam tu nak rosak terus.

Memandangkan aku ada rezeki lebih sikit bila nak bersalin tu, aku pejamkan mata je beli pam susu yang elok sikit, yang boleh tahan lama sikit. Tak ada lah aku risau pam akan rosak dalam waktu tak dijangka. PIlihan aku waktu ni sama ada nak beli online atau pergi ke kedai fizikal. Setelah tambah tolak bahagi darab, termasuk survey harga, akhirnya aku ambil keputusan untuk beli di kedai fizikal terus. Senang sebab aku terus boleh buat pilihan kat situ.

2/7/2021, hari jumaat, aku pergi 'lari' sekejap ke kedai Pump On the Go kat Uda Business Center waktu lunch hour. Nasib baik hari jumaat memang rehat 2 jam, dan jugak aku WFH. Jadi agak mudah untuk aku pergi ke kedai tu, lagi pun memang kedai ni dekat je dengan rumah, dalam 5 minit perjalanan dengan kereta. Kedai ni kat tingkat 2, jadi untuk ibu mengandung yang sarat, agak mencabar la untuk panjat tangga tu. Bila sampai dalam kedai, berhenti kejap, bukak mask dan tarik nafas panjang-panjang. Almaklumlah, semput membawa perut. Haha. 

Dalam kedai ni memang ada display pam yang kita boleh tengok, boleh pegang, boleh dengar bunyi pam tu kuat ke tidak, gegar kuat ke tidak. Pun ada display handsfree milk funnel, so kita boleh tengok mana yg besar, mana yg kecik, mana yg senang nak pakai, mana yg susah. Jadi kita boleh terus pilih kat situ. Pada aku kalau ikutkan pengalaman sebelum ni, adalah lagi baik kalau kita dapat pergi ke kedai fizikal, dan yg ada display pam. Sekurangnya kita tahu mana pam yang kita rasa sesuai dengan kehendak kita. Akhirnya setelah tengok sendiri saiz, tanya pendapat seller, akhirnya aku pilih Lacte Omnia Pro Rechargeable. Ini yang kena dengan pilihan aku, dah aku berpuas hati dengan saiz dan bunyinya. Tak ada la nanti officemate yang tegur handphone siapa yang vibrate atau ada yang bertanya mana datang bunyi mesin rumput. 

Dan yang penting, bila beli pam, kena la ada satu mindset yg kita sebolehnya nak susukan anak tu sampai 2 tahun. Oleh itu, jangan lupa untuk cari dan gali ilmu yang berkaitan dengan dunia penyusuan. Tak susah pun nak cari ilmu tu. Sekarang semuanya berada dihujung jari. Kalau boleh layan socmed, maksudnya reti la tu nak cari info kt internet. 

Nanti aku sambung next post utk review pam ye :)


Saturday, July 24, 2021

Bersalin di fasa Pelan Pemulihan Negara

Block yg pasti akan dituju oleh ibu mengandung

Anak PKP ke? Semestinya. Haha. Pengalaman aku bersalin di musim PPN. Satu pengalaman baru untuk aku. Aku selamat bersalin anak ke 3 aku pd 14 July 2021. Patutnya EDD 05 Ogos 2021, tp apakan daya baby nak jugak keluar 37 minggu. Seperti anak-anak akau yang sebelum ni, aku bersalin di Hospital Sultanah Aminah, JB. 

Flow nya?

Bila nak bersalin, macam biasalah kena pergi ke Bilik Saringan Bersalin dulu. Sebelum naik ke tingkat 2 untuk saringan, kena saring Covid-19 dulu. Sebelum ni. ruangan bawah ni jd tempat ayah menunggu kelahiran, sekarang dah tak ada. Kawasan ni dah jd tempat saringan Covid-19. Bila masuk, guard yg bertugas akan suruh cek suhu, scan MySejahtera dan isi borang declaration Covid-19. Lepas tu boleh la terus menuju ke tempat saringan tu. Kat situ nurse akan ambil semua vital dan tanya sebab datang. Kemudian doktor akan ambil history taking. Kalau dulu, semua proses ni dibuat di tingkat 2. 


Tempat ambil vital, history taking dan tunggu swab test

Dah selesai history taking, kena la tunggu 15minit atau lebih sebelum buat Antigen Test. Tunggu sampai kena panggil. Lepas ambil swab, pun kena tunggu 20min untuk result keluar. Dah clear semua, baru naik tingkat 2.

Covid test kit. Lepas daftar, memang akan dapat sorang satu.

Tempat menunggu lepas swab test


Ruang menunggu result swab test

Bila dia buat mcm ni, satu yang aku perasan masa menunggu di bilik saringan tu semakin singkat. Kalau tak, maunya kena tunggu sampai 2 jam baru dapat dipanggil masuk cek CTG & cek jalan. Tapi sekarang, sebab semua dah dibuat kat bawah, bila sampai tu duduk sekejap, terus dipanggil. Untuk cek ctg dan cek jalan tu, semua normal la. 

Directory dlm lift. Nak pergi bilik saringan, naik aras 1

Ruang menunggu bilik saringan. Lengang. 

Rezeki kali ni, aku dapat masuk bilik 1st class tp dengan bayaran 3rd class. Yeayyyy. Aku dapat bilik berempat, siap ada aircond dan toilet. Agak best sebab tak perlu jalan dari hujung ke hujung utk pergi toilet, dan tak panas sangat, malah sejuk menggigil. Nasib baik aku memang bawak sweater. Haha. 

Toilet kat dalam, ada shower panas, bilik aircond

Bersalin kali ni, suami tak boleh teman. Duduk la sorang-sorang layan contraction. Tahan sakit sorang-sorang. Agak mencabar mental sebenarnya. Bila sakit kuat tu datang, aku cuma mampu hantar mesej ke suami aku je. Tapi yang kelakarnya, sepanjang dlm labour room sebelum bersalin tu, sempat la aku melayan whatsapp utk alih fokus aku, kurang sikit stress. 

Perjalanan menuju labour room ditemani nurse

Selesai bersalin, duduk semula la di katil yang sama. Kalau di 3rd class, sebelum bersalin katil lain, lepas bersalin akan ke katil lain.

Siap-siap kemas sebelum discharged

Setakat tu, ini je rasanya yang berbeza bersalin waktu PPN ni. Sakit bersalin, prosedur dlm labour room, prosedur discharge semua sama. Iye lah, duduk bilik kelas 1 tak menyebabkan sakit bersalin berkurangan. Haha. Yang penting, pastikan bersedia dari segi emosi, dan enjoy the process 😄