Showing posts with label pump on the go. Show all posts
Showing posts with label pump on the go. Show all posts

Thursday, November 11, 2021

Pam susu tak boleh on, kena hantar servis

 Kalau dari tajuk, benda ni adalah benda yang menyeramkan bagi ibu menyusu yang bekerja. Pam rosak la dalam erti kata lainnya. Boleh panik dibuatnya. Mana taknya, dengan pam susu tu la kita ni boleh buat stock susu anak. Bukan tak boleh nak perah manual, tapi aku sebagai ibu yang bekerja, agak tak convenient untuk aku tinggalkan meja kerja selama 20 minit. Selalunya aku memaang pam susu kat meja kerja je, sambil pam, sambil tangan buat kerja. 

Hari tu agak huru hara, dari datang opis aku pergi production. Aku tak perasan masa aku guna pam tu. bateri tinggal 1 bar. Tengah pam, tetiba pam stop. Suction tak ada. Aku dah mula panik, sebab tu adalah sesi pertama aku, pukul 10.00pg. Tak sampai 5 minit pun. Alamak, macam mana ni? Aku pun cas la pam tu sampai full, jam pun dah pukul 12, tapi tetap tak boleh on. Ah, sudah.. Aku dah mula tak selesa sebab susu tak pam lagi.

Tak boleh hidup 😭

Nasib baik hari tu aku kerja half day je,s sebab nak balik Melaka. Sampai je rumah, terus aku guna milk collecotr. ALhamdulillah, lega sikit walaupun tak la kosong 100% macam guna pam susu. Aku cuba lagi on pam, tetap tak boleh. Akhirnya aku putuskan nak singgah kedai Pump On the Go masa perjalanan nak balik Melaka nanti. 

Penyelamat

Bila kat kedai, pekerja tu tanya la apa masalah. Sebab pam aku tu baru beli dalam 3 bulan je, jadi masih dalam warranty. Jadi, aku kena la hantar pam aku tu untuk servis. Sebenarnya kita ada pilihan, sama ada kita nak hantar sendiri atau kita nak mintak pihak kedai yang hantarkan. Tapi kalau pihak kedai yang hantarkan, agak lambat sikit la, sebab dia akan kumpul pam-pam lain, dah dihantar sekaligus. Untuk ni, aku perlu bayar RM10 untuk cas penghantaran. 

Untuk claim warranty, benda yang penting adalah resit beli & kad warranty. Isi siap-siap semua. Lepas tu nanti kena isi borang. Selain tu, dalam masa aku tak ada pam ni, Pump On The Go akan bagi pinjam pam dia. Disbabkan aku pernah pakai Autumnz Passion, jadi dia akan pinjamkan pam ni pada aku selama pam Lacte aku kat pusat servis. Aku kena bayar deposit RM50, dan akan dipulangkan bila aku pulangkan pam pinjam ni semula. 



Aku hantar pam tu, 21/10/2021, dan 29/10/2021, aku dapat panggilan pam aku dah siap. Masa aku ambil pam tu, pekerja kedai ada pesan, pastikan jangan sampai bateri betul-betul flat, kalau tak terpaksa hantar servis, dan kena reset semula bateri. Huhu. My Bad. Kelam kabut sangat. 

Ni Service form yg dikeluarkan pengedar Pam Lacte Omnia Pro. Lepas ni kalau rosak lagi, boleh call no yang tertera, atau boleh hantar ke alamat tu.

Jadi sekarang ni, aku memang akan pastikan aku cas pam ikut yang disarankan, bila satu bar terus pam. Seram pulak bila mikir yang aku tak ada spare pam. Pengajarannya, pastikan ada la simpan satu pam spare, yg brand real bubbe rm35 satu tu pun cukup lah, asalkan boleh guna waktu terdesak. Jauh lagi perjalanan BF aku kali ni, baru 4 bulan, ada lagi berbaki setahun 8 bulan lagi. Semoga aku berjaya!

Sunday, July 25, 2021

Jalan-jalan cari breastpump


Pam susu, atan breastpump, memang agak penting bagi ibu yang menyusu dan bekerja. Sebab apa? Sebab dengan pam tu la kita mampu nak perah susu untuk bekalan Anak. Ada cara lain selain dari guna pam, iaitu marmet tau bahasa pasarnya adalah 'perah manual pakai tangan', hanya orang yang pro je yang mampu nak guna kaedah ni. Sejujurnya, aku masih lagi merangkak kalau nak guna kaedah ni. 

Sebelum ni, aku ada share tentang pam susu Real Bubble. Pam susu ni memang murah, tapi agak tak tahan lama untuk iÅŸbu yang bekerja macam aku. Memang kena la dengan harga dia. Purata jumlah kekerapan pam dalam sehari aku adalah 4 kali tak termasuk power pumping. Jadi bila dalam keadaan macam ni, pam tu tak dapat bertahan lama. Dalam masa 2 tahun aku susukan Aminah, 4 pam aku beli. Masalahnya lebih kurang je, sama ada port usb tercabut dr board pam susu atau sememangnya pam tu nak rosak terus.

Memandangkan aku ada rezeki lebih sikit bila nak bersalin tu, aku pejamkan mata je beli pam susu yang elok sikit, yang boleh tahan lama sikit. Tak ada lah aku risau pam akan rosak dalam waktu tak dijangka. PIlihan aku waktu ni sama ada nak beli online atau pergi ke kedai fizikal. Setelah tambah tolak bahagi darab, termasuk survey harga, akhirnya aku ambil keputusan untuk beli di kedai fizikal terus. Senang sebab aku terus boleh buat pilihan kat situ.

2/7/2021, hari jumaat, aku pergi 'lari' sekejap ke kedai Pump On the Go kat Uda Business Center waktu lunch hour. Nasib baik hari jumaat memang rehat 2 jam, dan jugak aku WFH. Jadi agak mudah untuk aku pergi ke kedai tu, lagi pun memang kedai ni dekat je dengan rumah, dalam 5 minit perjalanan dengan kereta. Kedai ni kat tingkat 2, jadi untuk ibu mengandung yang sarat, agak mencabar la untuk panjat tangga tu. Bila sampai dalam kedai, berhenti kejap, bukak mask dan tarik nafas panjang-panjang. Almaklumlah, semput membawa perut. Haha. 

Dalam kedai ni memang ada display pam yang kita boleh tengok, boleh pegang, boleh dengar bunyi pam tu kuat ke tidak, gegar kuat ke tidak. Pun ada display handsfree milk funnel, so kita boleh tengok mana yg besar, mana yg kecik, mana yg senang nak pakai, mana yg susah. Jadi kita boleh terus pilih kat situ. Pada aku kalau ikutkan pengalaman sebelum ni, adalah lagi baik kalau kita dapat pergi ke kedai fizikal, dan yg ada display pam. Sekurangnya kita tahu mana pam yang kita rasa sesuai dengan kehendak kita. Akhirnya setelah tengok sendiri saiz, tanya pendapat seller, akhirnya aku pilih Lacte Omnia Pro Rechargeable. Ini yang kena dengan pilihan aku, dah aku berpuas hati dengan saiz dan bunyinya. Tak ada la nanti officemate yang tegur handphone siapa yang vibrate atau ada yang bertanya mana datang bunyi mesin rumput. 

Dan yang penting, bila beli pam, kena la ada satu mindset yg kita sebolehnya nak susukan anak tu sampai 2 tahun. Oleh itu, jangan lupa untuk cari dan gali ilmu yang berkaitan dengan dunia penyusuan. Tak susah pun nak cari ilmu tu. Sekarang semuanya berada dihujung jari. Kalau boleh layan socmed, maksudnya reti la tu nak cari info kt internet. 

Nanti aku sambung next post utk review pam ye :)