Sunday, July 25, 2021

Jalan-jalan cari breastpump


Pam susu, atan breastpump, memang agak penting bagi ibu yang menyusu dan bekerja. Sebab apa? Sebab dengan pam tu la kita mampu nak perah susu untuk bekalan Anak. Ada cara lain selain dari guna pam, iaitu marmet tau bahasa pasarnya adalah 'perah manual pakai tangan', hanya orang yang pro je yang mampu nak guna kaedah ni. Sejujurnya, aku masih lagi merangkak kalau nak guna kaedah ni. 

Sebelum ni, aku ada share tentang pam susu Real Bubble. Pam susu ni memang murah, tapi agak tak tahan lama untuk işbu yang bekerja macam aku. Memang kena la dengan harga dia. Purata jumlah kekerapan pam dalam sehari aku adalah 4 kali tak termasuk power pumping. Jadi bila dalam keadaan macam ni, pam tu tak dapat bertahan lama. Dalam masa 2 tahun aku susukan Aminah, 4 pam aku beli. Masalahnya lebih kurang je, sama ada port usb tercabut dr board pam susu atau sememangnya pam tu nak rosak terus.

Memandangkan aku ada rezeki lebih sikit bila nak bersalin tu, aku pejamkan mata je beli pam susu yang elok sikit, yang boleh tahan lama sikit. Tak ada lah aku risau pam akan rosak dalam waktu tak dijangka. PIlihan aku waktu ni sama ada nak beli online atau pergi ke kedai fizikal. Setelah tambah tolak bahagi darab, termasuk survey harga, akhirnya aku ambil keputusan untuk beli di kedai fizikal terus. Senang sebab aku terus boleh buat pilihan kat situ.

2/7/2021, hari jumaat, aku pergi 'lari' sekejap ke kedai Pump On the Go kat Uda Business Center waktu lunch hour. Nasib baik hari jumaat memang rehat 2 jam, dan jugak aku WFH. Jadi agak mudah untuk aku pergi ke kedai tu, lagi pun memang kedai ni dekat je dengan rumah, dalam 5 minit perjalanan dengan kereta. Kedai ni kat tingkat 2, jadi untuk ibu mengandung yang sarat, agak mencabar la untuk panjat tangga tu. Bila sampai dalam kedai, berhenti kejap, bukak mask dan tarik nafas panjang-panjang. Almaklumlah, semput membawa perut. Haha. 

Dalam kedai ni memang ada display pam yang kita boleh tengok, boleh pegang, boleh dengar bunyi pam tu kuat ke tidak, gegar kuat ke tidak. Pun ada display handsfree milk funnel, so kita boleh tengok mana yg besar, mana yg kecik, mana yg senang nak pakai, mana yg susah. Jadi kita boleh terus pilih kat situ. Pada aku kalau ikutkan pengalaman sebelum ni, adalah lagi baik kalau kita dapat pergi ke kedai fizikal, dan yg ada display pam. Sekurangnya kita tahu mana pam yang kita rasa sesuai dengan kehendak kita. Akhirnya setelah tengok sendiri saiz, tanya pendapat seller, akhirnya aku pilih Lacte Omnia Pro Rechargeable. Ini yang kena dengan pilihan aku, dah aku berpuas hati dengan saiz dan bunyinya. Tak ada la nanti officemate yang tegur handphone siapa yang vibrate atau ada yang bertanya mana datang bunyi mesin rumput. 

Dan yang penting, bila beli pam, kena la ada satu mindset yg kita sebolehnya nak susukan anak tu sampai 2 tahun. Oleh itu, jangan lupa untuk cari dan gali ilmu yang berkaitan dengan dunia penyusuan. Tak susah pun nak cari ilmu tu. Sekarang semuanya berada dihujung jari. Kalau boleh layan socmed, maksudnya reti la tu nak cari info kt internet. 

Nanti aku sambung next post utk review pam ye :)


No comments:

Post a Comment