Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Sunday, November 14, 2021

Bila nak menyusu badan...

Tengok dari tajuk, ini lah yang aku nak kongsi hari ni. Aku bukanlah pakar laktasi, cuma aku nak berkongsi dari pengalaman dan ilmu yang aku cedok selama hampir 6 tahun dalam dunia penyusuan ni. Banyak lagi yang aku nak kena belajar. Bila cakap pasal beri anak susu badan, ramai yang fikir, senang je. Selak baju, bagi je baby susu. Memang semudah tu, tapi tak juga semudah tu. Kat sini aku senaraikan benda yang kita kena ambil tahu untuk berjaya susukan anak selama 2 tahun;

1. Ilmu

Yang ni sangat penting. Semua benda yang yang kita buat. Hatta nak makan, minum, mandi, tidur, semua kena ada ilmu, cuma sama ada ilmu tu secara profesional atau secara pemerhatian. Untuk menyusu pun sama. Memang sejak azalinya sesiapa yang ada 'mammary gland' boleh hasilkan susu. Tapi, untuk menjayakan penyusuan 2 tahun tu yang nak kena gali ilmu. Aku sendiri pun rasa mcm banyak lagi yang aku tak tahu, dan aku sendiri masih lagi dlm proses belajar walaupun anak dah 3.

2. Konsep 'Demand & Supply'

Ini penting, kena faham konsep 'demand & supply', dimana semakin kerap kita bagi anak susu, semakin banyak susu yang dihasilkan. Ramai ibu yang mengadu, susu sikit masa baby baru lahir. Memang sikit, dan masa tu la kita kena kerapkan susu anak, sekurangnya ia akan hantar signal ke badan, yang kita perlu hasilkan lagi banyak susu untuk anak. 

3. Pam susu

Pam susu ni penting untuk mak yang bekerja. Untuk mak yang tak bekerja, agak tak penting sebab anak ada bersama sepanjang masa. Pastikan beli pam susu yang sesuai dengan kita, sebab setiap orang ada keperluan yang berbeza, takkan sama. Nak cari pam manual atau electric, pam handsfree atau corong biasa, pam double atau single, pam yang ada inbuilt battery atau kena cucuk power supply, pam yang mahal atau pam yang murah. Semua tu akan mainkan peranan masa nak membeli. Pastikan masa beli tu, kita dah tahu apa yang kriteria yang kita nak. 

4. Stok susu.

Ini berkait rapat dengan pam susu tadi. Bila kat opis, kita pam susu untuk hasilkan stok untuk anak masa kita kt pengasuh kan? Jadi kena tahu jenis-jenis peti ais dan jangkamasa susu perahan tu. Nak dapatkan stok susu bukan setakat guna pam, boleh juga guna silicone milk collector, dimana aku akan guna secara tandem masa menyusu. Aku dah guna konsep ni sejak dari dalam pantang, dan alhamdulillah stock susu boleh penuh satu freezer. Guna silicone milk collector secara tandem juga menghasilkan ilusi pada badan yang kita perlu hasilkan lebih susu, sebab sebelah baby dah minum, sebelah lagi susu masih keluar. Tapi perlu berjaya dengan kaedah ni, sebab boleh sebabkan berlakunya oversupply. 

5. Jangan stress

Ini sangat penting. Stress akan ganggu supply susu. Aku perasan benda ni. Kalau ada hari aku stress kat opis, susu aku akan kurang. Sebab apa dalam pantang susu lagi banyak dari bila dah kerja? sebab bila kerja, kita akan mula stress dengan kerja, stress dgn keadaan sekeliling, dan akan beri kesan pada badan. Kena ingat, lagi kita happy, lagi banyak suus yang terhasil. 

Setakat ni, itu je yang terlintas kat fikiran aku. Bagi ibu-ibu baru, aku nasihatkan cari ilmu penyusuan seawal dari kau dapat result positive kat test UPT, sebab ada tersangat banyak benda yang kita nak kena tahu. Kalau nak belajar bila dah bersalin, macam agak dah terlewat sebab waktu tu kita akan lagi banyak benda nak hadap, nak adapt diri dengan baby baru, badan masih sakit, dan semestinya kita akan mula stress bila ada orang luar suruh itu ini. Kalau dari awal kita dah gali ilmu, kita sekurangnya dah tahu apa nak buat, cuma sebelum ni kita belajar ilmu teori, tinggal ilmu praktikal je. Dekat FB ada 2 support group yang aku join, Happy Breastfeeding Malaysia & The Breastfeeding Advocates Network (TBAN). Boleh gali ilmu sebanyak mungkin kat sini, dan semestinya ianya percuma. 

Thursday, November 11, 2021

Pam susu tak boleh on, kena hantar servis

 Kalau dari tajuk, benda ni adalah benda yang menyeramkan bagi ibu menyusu yang bekerja. Pam rosak la dalam erti kata lainnya. Boleh panik dibuatnya. Mana taknya, dengan pam susu tu la kita ni boleh buat stock susu anak. Bukan tak boleh nak perah manual, tapi aku sebagai ibu yang bekerja, agak tak convenient untuk aku tinggalkan meja kerja selama 20 minit. Selalunya aku memaang pam susu kat meja kerja je, sambil pam, sambil tangan buat kerja. 

Hari tu agak huru hara, dari datang opis aku pergi production. Aku tak perasan masa aku guna pam tu. bateri tinggal 1 bar. Tengah pam, tetiba pam stop. Suction tak ada. Aku dah mula panik, sebab tu adalah sesi pertama aku, pukul 10.00pg. Tak sampai 5 minit pun. Alamak, macam mana ni? Aku pun cas la pam tu sampai full, jam pun dah pukul 12, tapi tetap tak boleh on. Ah, sudah.. Aku dah mula tak selesa sebab susu tak pam lagi.

Tak boleh hidup 😭

Nasib baik hari tu aku kerja half day je,s sebab nak balik Melaka. Sampai je rumah, terus aku guna milk collecotr. ALhamdulillah, lega sikit walaupun tak la kosong 100% macam guna pam susu. Aku cuba lagi on pam, tetap tak boleh. Akhirnya aku putuskan nak singgah kedai Pump On the Go masa perjalanan nak balik Melaka nanti. 

Penyelamat

Bila kat kedai, pekerja tu tanya la apa masalah. Sebab pam aku tu baru beli dalam 3 bulan je, jadi masih dalam warranty. Jadi, aku kena la hantar pam aku tu untuk servis. Sebenarnya kita ada pilihan, sama ada kita nak hantar sendiri atau kita nak mintak pihak kedai yang hantarkan. Tapi kalau pihak kedai yang hantarkan, agak lambat sikit la, sebab dia akan kumpul pam-pam lain, dah dihantar sekaligus. Untuk ni, aku perlu bayar RM10 untuk cas penghantaran. 

Untuk claim warranty, benda yang penting adalah resit beli & kad warranty. Isi siap-siap semua. Lepas tu nanti kena isi borang. Selain tu, dalam masa aku tak ada pam ni, Pump On The Go akan bagi pinjam pam dia. Disbabkan aku pernah pakai Autumnz Passion, jadi dia akan pinjamkan pam ni pada aku selama pam Lacte aku kat pusat servis. Aku kena bayar deposit RM50, dan akan dipulangkan bila aku pulangkan pam pinjam ni semula. 



Aku hantar pam tu, 21/10/2021, dan 29/10/2021, aku dapat panggilan pam aku dah siap. Masa aku ambil pam tu, pekerja kedai ada pesan, pastikan jangan sampai bateri betul-betul flat, kalau tak terpaksa hantar servis, dan kena reset semula bateri. Huhu. My Bad. Kelam kabut sangat. 

Ni Service form yg dikeluarkan pengedar Pam Lacte Omnia Pro. Lepas ni kalau rosak lagi, boleh call no yang tertera, atau boleh hantar ke alamat tu.

Jadi sekarang ni, aku memang akan pastikan aku cas pam ikut yang disarankan, bila satu bar terus pam. Seram pulak bila mikir yang aku tak ada spare pam. Pengajarannya, pastikan ada la simpan satu pam spare, yg brand real bubbe rm35 satu tu pun cukup lah, asalkan boleh guna waktu terdesak. Jauh lagi perjalanan BF aku kali ni, baru 4 bulan, ada lagi berbaki setahun 8 bulan lagi. Semoga aku berjaya!

Saturday, November 6, 2021

Review jujur: Lacte Omnia Pro Rechargeable breast pump

Lacte Omnia Pro Rechargeable

Hari tu aku ada post pasal jalan-jalan cari breastpump kan? Ni la pam yang aku beli. Lacte Omnia Pro Rechargeable. Mudah sikit nak guna, tak perlu nak cari powerbank atau nak plug point bila nak guna. Cuma perlu charge, dan pakai. 

Untuk tahap ketahanan bateri, biasa aku guna vacuum level 5, speed level 3, jadual 3 kali pam sehari selama 15-20min, bateri tu boleh tahan selama 5 hari, baru kena charge semula. Agak tahan la, tak perlu selalu charge. Cuma satu je, pastikan jangan pam tu pakai sampai bateri drain habis, sebab lepas tu nanti tak boleh nak on. kena hantar servis, dan pihak service center pam ni akan kena reset semula bateri. Kalau bateri tu dah tinggal satu bar, terus je la cas. 

Dari segi bunyi motor pam, agak senyap. Aku letak atas meja pun, tak adalah satu opis boleh dengar bunyi pam aku. Orang tak sedar pun aku tengah pam susu. Kalau tak sebelum ni, mesti ada yang tegur masa aku pam susu, 'bunyi apa tu?'. Pam ni ada lock screen, jadi bila tengah pam tu, tak payah risau tertekan touch screen tu. Touch screen dia agak sensitif ye. Tertekan sikit, nanti terus tertukar setting. Jadi biasanya lepas je aku hidupkan pam ni, aku akan terus lock touch screen dia.

Pam ni agak mudah la, saiz kecil & ringan. Kalau aku pam sambil pakai windbreaker, pam ni boleh masuk dalam poket windbreaker aku. Pam ni ada 3 mode, mode massage selama 2 minit, lepas tu akan auto pergi mode express. Pam ni akan auto off lepas 30 minit digunakan, jadi kepada siapa nak buat power pumping tu, mudah la kan. Pam ni juga ada mode yg boleh kita guna kalau kena bengkak susu, dimana mode ni level vacuumnya tinggi, sebab nak clearkan block yg ada dalam breast tu. Aku pernah cuba guna mode ni, agak mudah la. Untuk pam ni, kita boleh setting level vacuum & speed yang kita nak guna, ikut keselesaan kita sendiri. Untuk setting (level vacuum & level speed), yang ni akan ikut setting terakhir yang kita set. Maksudnya, bila kita nak gunakan semula, semua setting adalah berdasarkan setting terakhir yang kita guna semasa pam susu, termasuklah setting mode massage & express. 

Secara jujurnya, aku bagi bintang 4.5 dari 5. Setakat aku dah guna 3 jenis pam susu (Autumnz Passion, Real Bubbee & Lacte Omnia), setakat ini, yang ni terbaik. Mungkin sebab aku tak pernah lagi guna yang lagi mahal (Spectra & Cilmire), tapi yang ni, berbaloi la dengan harga. 

Sunday, July 25, 2021

Jalan-jalan cari breastpump


Pam susu, atan breastpump, memang agak penting bagi ibu yang menyusu dan bekerja. Sebab apa? Sebab dengan pam tu la kita mampu nak perah susu untuk bekalan Anak. Ada cara lain selain dari guna pam, iaitu marmet tau bahasa pasarnya adalah 'perah manual pakai tangan', hanya orang yang pro je yang mampu nak guna kaedah ni. Sejujurnya, aku masih lagi merangkak kalau nak guna kaedah ni. 

Sebelum ni, aku ada share tentang pam susu Real Bubble. Pam susu ni memang murah, tapi agak tak tahan lama untuk iÅŸbu yang bekerja macam aku. Memang kena la dengan harga dia. Purata jumlah kekerapan pam dalam sehari aku adalah 4 kali tak termasuk power pumping. Jadi bila dalam keadaan macam ni, pam tu tak dapat bertahan lama. Dalam masa 2 tahun aku susukan Aminah, 4 pam aku beli. Masalahnya lebih kurang je, sama ada port usb tercabut dr board pam susu atau sememangnya pam tu nak rosak terus.

Memandangkan aku ada rezeki lebih sikit bila nak bersalin tu, aku pejamkan mata je beli pam susu yang elok sikit, yang boleh tahan lama sikit. Tak ada lah aku risau pam akan rosak dalam waktu tak dijangka. PIlihan aku waktu ni sama ada nak beli online atau pergi ke kedai fizikal. Setelah tambah tolak bahagi darab, termasuk survey harga, akhirnya aku ambil keputusan untuk beli di kedai fizikal terus. Senang sebab aku terus boleh buat pilihan kat situ.

2/7/2021, hari jumaat, aku pergi 'lari' sekejap ke kedai Pump On the Go kat Uda Business Center waktu lunch hour. Nasib baik hari jumaat memang rehat 2 jam, dan jugak aku WFH. Jadi agak mudah untuk aku pergi ke kedai tu, lagi pun memang kedai ni dekat je dengan rumah, dalam 5 minit perjalanan dengan kereta. Kedai ni kat tingkat 2, jadi untuk ibu mengandung yang sarat, agak mencabar la untuk panjat tangga tu. Bila sampai dalam kedai, berhenti kejap, bukak mask dan tarik nafas panjang-panjang. Almaklumlah, semput membawa perut. Haha. 

Dalam kedai ni memang ada display pam yang kita boleh tengok, boleh pegang, boleh dengar bunyi pam tu kuat ke tidak, gegar kuat ke tidak. Pun ada display handsfree milk funnel, so kita boleh tengok mana yg besar, mana yg kecik, mana yg senang nak pakai, mana yg susah. Jadi kita boleh terus pilih kat situ. Pada aku kalau ikutkan pengalaman sebelum ni, adalah lagi baik kalau kita dapat pergi ke kedai fizikal, dan yg ada display pam. Sekurangnya kita tahu mana pam yang kita rasa sesuai dengan kehendak kita. Akhirnya setelah tengok sendiri saiz, tanya pendapat seller, akhirnya aku pilih Lacte Omnia Pro Rechargeable. Ini yang kena dengan pilihan aku, dah aku berpuas hati dengan saiz dan bunyinya. Tak ada la nanti officemate yang tegur handphone siapa yang vibrate atau ada yang bertanya mana datang bunyi mesin rumput. 

Dan yang penting, bila beli pam, kena la ada satu mindset yg kita sebolehnya nak susukan anak tu sampai 2 tahun. Oleh itu, jangan lupa untuk cari dan gali ilmu yang berkaitan dengan dunia penyusuan. Tak susah pun nak cari ilmu tu. Sekarang semuanya berada dihujung jari. Kalau boleh layan socmed, maksudnya reti la tu nak cari info kt internet. 

Nanti aku sambung next post utk review pam ye :)


Sunday, September 29, 2019

Blackmore: Pregnancy & Breastfeeding formula

Aku ni mak yg bekerja dan menyusu. Aku ni ada satu masalah, iaitu cepat penat. Lagi pulak sejak kerja yg makin tak menentu ni, aku jd lg cepat letih. Kesian kat anak-anak, sebab sampai je rumah, aku dah jd mengantuk, dan tak larat nak melayan diorg. Huhuhu. Lagi satu, aku ni menyusu. Sejak akhir-akhir ni, memang dah nampak la yg susu aku makin berkurang. Umur aminah pun dah 1 tahun 9 bulan, pulak kt opis aku dah semakin terlupa nk pam susu. Makin la susu aku tu berkurang. Huhu.

Baru-baru ni, akak aku beli supplement Blackmore ni. Dia ada suruh aku beli. Padahal sebelum ni memang aku beli. Aku makan dalam 5-6 bulan. Lepas tu, entah mcmana, aku terlupa nk makan, dan ada sebotol lg yg masih byk dan elok terbiar dlm kabinet aku. Aduh. 

Terus aku cari semula mana perginya botol tu. Nasib baik jumpa. Hahaha. 

Aku pun mula la makan semula. Sbb memang aku perasan, masa aku makan dulu, susu memang maintain pekat, dan badan tak cepat rasa letih. Aku memang nk tgk perubahan dlm diri aku. 

Bila aku dah makn dalam masa seminggu ni, Alhamdulillah memang rasa letih tu berkurang. Susu pun bertambah la sikit, iye la sebab aku yg culas nk pam kan? Takkan la susu tu nk mencurah. Hahaha. Yg tu aku kena la buat power pumping semula, kalau nk naikkan semula susu aku tu. Perubahan lain? kalau dulu pukul 9 pun dah nk rabak mata, sekarang ni tidur pukul 4pg, pukul 7.00 pagi tu elok je bangun, walaupun normal la ada mamai sikit. Bangun pagi pun dah mudah sikit, takde la aku kena merangkak utk bangun.

Bahan yg terkandung dlm supplement ni

Blackmore ni aku beli kt Guardian, harga RM52. Kadang-kadang ada promotion, kalau beli pack  berkembar, dapat la RM98.00 utk 2 botol. Satu botol ada 60 biji, boleh makan utk sebulan. Kalau nk beli supplement ni, pastikan dapatkan nasihat mereka yg berkenaan dulu ye. Mana tau ada benda yg kita tak boleh terlebih ambil, nnt akan membahayakan kesihatan.