Saturday, November 6, 2021

Review jujur: Lacte Omnia Pro Rechargeable breast pump

Lacte Omnia Pro Rechargeable

Hari tu aku ada post pasal jalan-jalan cari breastpump kan? Ni la pam yang aku beli. Lacte Omnia Pro Rechargeable. Mudah sikit nak guna, tak perlu nak cari powerbank atau nak plug point bila nak guna. Cuma perlu charge, dan pakai. 

Untuk tahap ketahanan bateri, biasa aku guna vacuum level 5, speed level 3, jadual 3 kali pam sehari selama 15-20min, bateri tu boleh tahan selama 5 hari, baru kena charge semula. Agak tahan la, tak perlu selalu charge. Cuma satu je, pastikan jangan pam tu pakai sampai bateri drain habis, sebab lepas tu nanti tak boleh nak on. kena hantar servis, dan pihak service center pam ni akan kena reset semula bateri. Kalau bateri tu dah tinggal satu bar, terus je la cas. 

Dari segi bunyi motor pam, agak senyap. Aku letak atas meja pun, tak adalah satu opis boleh dengar bunyi pam aku. Orang tak sedar pun aku tengah pam susu. Kalau tak sebelum ni, mesti ada yang tegur masa aku pam susu, 'bunyi apa tu?'. Pam ni ada lock screen, jadi bila tengah pam tu, tak payah risau tertekan touch screen tu. Touch screen dia agak sensitif ye. Tertekan sikit, nanti terus tertukar setting. Jadi biasanya lepas je aku hidupkan pam ni, aku akan terus lock touch screen dia.

Pam ni agak mudah la, saiz kecil & ringan. Kalau aku pam sambil pakai windbreaker, pam ni boleh masuk dalam poket windbreaker aku. Pam ni ada 3 mode, mode massage selama 2 minit, lepas tu akan auto pergi mode express. Pam ni akan auto off lepas 30 minit digunakan, jadi kepada siapa nak buat power pumping tu, mudah la kan. Pam ni juga ada mode yg boleh kita guna kalau kena bengkak susu, dimana mode ni level vacuumnya tinggi, sebab nak clearkan block yg ada dalam breast tu. Aku pernah cuba guna mode ni, agak mudah la. Untuk pam ni, kita boleh setting level vacuum & speed yang kita nak guna, ikut keselesaan kita sendiri. Untuk setting (level vacuum & level speed), yang ni akan ikut setting terakhir yang kita set. Maksudnya, bila kita nak gunakan semula, semua setting adalah berdasarkan setting terakhir yang kita guna semasa pam susu, termasuklah setting mode massage & express. 

Secara jujurnya, aku bagi bintang 4.5 dari 5. Setakat aku dah guna 3 jenis pam susu (Autumnz Passion, Real Bubbee & Lacte Omnia), setakat ini, yang ni terbaik. Mungkin sebab aku tak pernah lagi guna yang lagi mahal (Spectra & Cilmire), tapi yang ni, berbaloi la dengan harga. 

No comments:

Post a Comment