Tuesday, April 20, 2021

Mesin tukar Syiling Tabung Haji


Sejak akhir tahun lepas, aku ada buat bisnes kecilan kat opis, iaitu bisnes jual makanan merapu (jajan). Mula-mula aku jual makanan ni sebenarnya untuk kumpul dana sempena CSR (Corporate Social Resposible) kilang aku, dimana kami akan berikan sedikit sumbangan untuk satu sekolah yang terpilih. Bila tempoh CSR tu dah berakhir, aku pun masih tetap teruskan juga la bisnes kecilan aku tu, sebab dah mendapat sambutan 😄 

Bekas syiling dari tin biskut hamper raya cina

Oleh itu, kalau dah melibatkan jualan jajan, mestilah akan ada byk duit syiling kan? Duit syiling ni, bukan senang nak tukar, melainkan kita pergi kedai yang memang kita dah biasa tukar. Selain dari tu, kita perlu cari bank yang ada sediakan mesin tukar duit syiling. Satu tempat yang memang aku suka untuk pergi tukar syiling adalah di Tabung Haji, Bandar Kaba, Melaka. 

Mula-mula aku pun tak tahu kewujudan mesin syiling kat tabung haji ni. Tapi alkisah kali pertama aku nak pergi tukar syiling kira-kira 2 tahun lepas, waktu tu aku bercuti kat Melaka (cuti lepas kilang aku kena tutup). Aku pun cari la bank mana yang ada tawarkan perkhidmatan tukar syiling ni. Kalau di Melaka, ada di Maybank Jalan Hang Tuah, dan Tabung Haji Bandar Kaba. Kalau pergi Maybank tu, waktu terdesak je sebab kat situ susah nak parking, dan mesin syiling tu nun jauh di hujung. Kalau tengah tukar syiling tu, satu Maybank boleh dengar dan semua nampak. Oleh kerana Tabung haji ni kurang sibuk dan lebih cepat, maka aku pergi ke sini. Mesin syiling pun betul-betul kat tepi pintu masuk. 

Cara nak tukar duit?

1. Berdiri depan mesin. Kat mesin tu, dia dah siap bagi cara bagaimana nak guna mesin tu. Mesin ni mudah je nak pakai sebenarnya. 

2. Masukkan duit dalam bakul. Masa ni boleh la kita cek lagi sekali, in case ada bendasing dalam tu, macam pin baju, atau paku, atau apa-apa benda selain dari duit syiling. Lepas tu, tekan butang A, masukkan duit sedikit demi sedikit. Pastikan jangan bagi duit tu berkumpul/ berlapis. Kalau tak, nnt duit yang berlapis tu akan keluar semula ikut lubang dispenser kat bawah (lupa nak ambil gambar lubang ni). Duit dari lubang dispenser ni, boleh dimasukkan semula dalam tempat kira duit ni. Ulang sampai rasa duit yang di reject tu, memang betul-betul reject. 


Mesin tengah kira duit

3. Bila mesin dah siap kira, akan keluar paparan skrin, jika nak masukkan duit lagi, boleh tekan butang  A, jika dah selesai, boleh tekan butang B. (Gambar kabur sebab tangan gegar ) Butang B ni adalah untuk kita dapatkan resit & baucer utk tunaikan duit ni. 

4. Bila dah dapat baucar, boleh ambil no giliran, dan tunggu sehingga no giliran dipanggil. Baucar ni ada tarikh luput ye. Pastikan kita tunaikan baucar ni dalam masa yang ditetapkan. Resit syiling adalah untuk simpanan kita, dan baucar wang syiling adalah untuk diberikan kepada pegawai bank di kaunter. Kalau ada akaun tabung haji, duit akan dimasukkan ke dalam akaun tabung haji secara serta merta. 

Duit cash tu, tambahan nak masukkan dalam bank

Oleh itu, selesai sudah proses tukar duit syiling. Senang dan mudah. 






No comments:

Post a Comment