Cerita hibah keluarga kecil aku.
Aku dah lama nak cari hibah untuk diri sendiri dan suami. Bukan sebab apa, sebab sedar diri ada hutang, dan terfikir untuk masa depan anak-anak, in case ada apa-apa terjadi kat diri aku. Family aku dan suami pun bukanlah dari orang senang, semuanya masih lagi merangkak untuk mencari harta sendiri. Sekurangnya dengan ada hibah ni, dapat lah juga tampung perbelanjaan anak-anak aku nanti.
Sebelum ni, selalu juga ada kawan-kawan aku yang promote hibah, tapi tak secara direct. Promote melalui socmed je. Tapi pada aku masa tu, aku masih belum lagi terbuka hati nak ambil, lagi pulak waktu tu komitmen bulanan sendiri pun agak tinggi, jadi kalau nak ambil hibah pun, ada berkemungkinan duit makan harian pun boleh sangkut.
Dengan sebab ada PKP, ada dapat duit penangguhan bayaran hutang bank, dengan itu aku ambil peluang untuk selesaikan segala hutang aku, termasuklah hutang AKPK (aku ada cerita di sini). Bila dah selesai semua hutang, baru nampak ada sinar nak cari hibah.
Mungkin dah tertulis rezeki akak yg pernah guide aku masa intern kt MMHE dulu, dia approach aku secara personal lepas aku memang dah bersedia nak ambil hibah, almaklumlah dah mula ada duit lebih untuk simpanan. Kami berbincang, dan akhirnya sepakat nak ambil hibah untuk pasangan suami isteri, kiranya kalau apa-apa berlaku pada salah seorang pasangan, hibah untuk pasangan yang masih hidup akan berjalan tanpa bayaran dikira free lah senang kata.
Jadi isteri ni, selalunya dia akan berpandangan jauh. Walaupun suami aku cakap dia tak berapa mampu untuk bayar hibah tu secara bulanan, atas kesedaran aku sendiri, aku terus setuju untuk bayarkan hibah dia. Haha. Ala, bukan kemana pun duit tu nanti, ke anak-anak juga. Aku anggap je itu duit simpanan aku untuk masa depan anak aku.
Jumlah bulanan yang aku perlu bayar pun tak tinggi mana, kurang dari RM300 untuk perlindungan sehingga berumur 70 tahun. Sekali lagi aku tegaskan, aku anggap duit aku keluar ni sebagai simpanan untuk anak-anak. Itu sahaja niatnya.
Hibah ni bagus, tapi mungkin ada segelintir agen yang menggunakan kaedah 'fear mongering' untuk tarik pelanggan dia. Pada aku, cara tu adalah tak berkesan, lagi pula ada agen yang gunakan isu semasa semata-mata nak melariskan isnurans dia. Matlamat takkan sesekali menghalalkan cara. Cara paling mudah dan berkesan, adalah dengan beri kesedaran kepada pelanggan, beri penerangan yang secukupnya, sentiasa bersedia dengan soalan-soalan pelik yang bakal diajukan, dan sentiasa proaktif.
Kita beli hibah ni bukan sebab takut mati, sebab mati itu pasti. Tapi lebih kepada nak sediakan payung sebelum hujan untuk anak-anak waktu kita tiada nanti. Waalaupun tak banyak, namun cukuplah untuk tampung perbelanjaan anak-anak.
No comments:
Post a Comment