Friday, October 31, 2014

Sempurna

Diri jauh dari sempurna.

Siapalah aku.

Thursday, October 30, 2014

Anak angkat

Aku ada anak angkat, umur dia dah nak masuk 5 tahun. Nama dia Ahmad Farish. 

Ini Ahmad Farish..


Hahahahaha.. nampak sangat aku macam takde kerja, kan?

Akak aku smpai pelik aku boleh layan game ni sampai dah 5 tahun. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh main game ni sampai 5 tahun. Aku bela anak virtual ni dr die pakai pampers, sampai die da pakai baju. Kadang-kadang, sampai aku terbawak dalam mimpi. Aku mimpi aku dapat baby bila aku try game ni kat FB. Hahahaha.. Parah la aku macam ni.

* Orang lain layan anak sendiri, aku layan anak aku yg ni*

Wednesday, October 29, 2014

Kisah silam

Semua orang ada kisah silam. Tak kira baik, buruk, teruk. Yang pasti, kisah silam menjadi asam garam kehidupan, penyedap jalan cerita, mematangkan diri. Kisah silam tu yang menjadi kayu ukur, sejauh mana kita pergi, sejauh mana kita mendekatkan diri pada Ilahi.

Kisah silam yang buruk. Jangan selamanya dibiarkan ia terus menjadi buruk. Pastikan ia terpadam dari catatan hidup masa depan. Jadikan ia sebagai pengajaran.

Kisah silam yang baik, jadikan ia sebagai pemangkin semangat. Majukan diri ke hadapan.

Jangan dipandang ke belakang. Apa yang dah berlaku, ia dah berlalu.

Iklan kat Google

Sekarang ni, terlalu banyak iklan dan pop-up kat Google, hingga menyebabkan aku rasa menyampah. Bila aku nak tengok gambar, sibuk pop-up iklan 'Zalorla' tutup gambar tu, sampai aku kena tekan 'close' byk kali. Pop-up jgn cerita la, punya la banyak. Klik satu link, pop-up yang keluar 2 page lain. Nak buka blog sendiri pun terpaksa mengharungi berbelas pop-up. Kadang-kadang pop-up ni buatkan komputer aku makin lembap, sampai satu tahap aku rasa aku tekan butang close pop-up tu byk kali sebelum dia sempat loading. Bila buat carian pulak, hasil carian tu jauuuuuuhhhhhhh kebawah, yang atas tu semua iklan. 

Apakah ini? 

* Nampaknya Google pun makin miskin, sampai terdesak buat ruang iklan yang menjengkelkan*

Saturday, October 25, 2014

Bekas Hantaran

Semalam, ayah sedara aku dtg rumah.

" Uda, nak tak bekas hantaran hari tu?" 

Sambil die tunjukkan dulang hantaran masa majlis dia hari tu. Pakcik aku terpaksa bersihkan stor rumah dia, sbb ade orang nak pakai. Jadi, dia terpaksa alihkan bekas-bekas hantaran dia, sama ada buang atau beri pada org lain. 

Dalam hati aku, kalau nak dibuang, sayang. Sebab semuanya elok lagi. Ada banyak. Baru sekali pakai. Bekas hantaran tu la yang aku hias berhari-hari sampai tak tidur malam, dan smpai tangan aku penuh parut sebab terkena hot glue. Aku pandang atas kabinet hiasan emak, aku ternampak bekas hantaran akak aku hari tu. Pun masih cantik terletak kat situ. 

" Bagi je la. Sayang nak buang."

Tu keputusan aku. Maknanya aku akan ada sgt byk bekas hantaran. Dari akak aku, yang berjumlah 15, dan dari pakcik aku yang berjumlah 23. Tapi... aku rasa cara tu lg buat aku terseksa, sebab aku tak tahu bila aku nak pakai semua benda tu.

Aku tengok semua bekas tu dengan pandangan kosong. Tak apa la, aku simpan dulu. Kalau dah lama sangat tak terusik, aku akan bg je pada sesiapa yg nak. Buat masa ni memang tak ada siapa lagi yang nak kawin, sebab tinggal aku je yang masih menunggu. Nasib la.

Sampai masa, akan aku iklankan semua bekas tu kat FB, sebab aku tak nak rasa tertunggu dengan benda yang tak ada jawapan. Buat seksa jiwa.

Dilema golongan Cik diusia akhir 20-an

Hanya mereka yang belum kawin faham benda ni, terutamanya perempuan.

" Jom keluar?" Ayat yang biasanya korang guna untuk ajak kawan-kawan keluar. 

Tapi, jawapan dia ade 2, sama ada Ya, atau:

Tak boleh, husband aku nk ajak bercuti
Tak boleh, aku mabuk-mabuk sekarang.
Tak boleh, aku dah tak larat nak jalan.
Tak boleh, anak aku tak ada orang jaga.

Lagi ramai kawan korang yg kawin, lg byk alasan mcm ni korang akan dengar, hingga satu tahap korang rasa..

" Aku pergi cari kucing dalam hutan lagi hati aku gembira.." 

Sebabnya benda ni buatkan korang rasa korang lagi sunyi. Orang sibuk melayan keluarga sendiri, kau pulak sampai dah tak tahu nak layan ape lagi kat diri kau sendiri. Bila tak ajak kawan keluar, rasa mcm dah lama tak jumpa. Bila ajak keluar, alasan yang diberikan 100101023932741085 jenis alasan. Sampai kau nak mengajak die keluar pun kau berfikir 48752845628472 kali. Yelah, tak de la kau nampak macam perempuan tak laku je asyik nak berkepit dgn kawan, bukan dgn laki sendiri. Lagi satu, segan la plak kan bila kau nak keluar dengan kawan kau, laki die pun dok ikut ke hulu ke hilir. Kalau rapat tak apa. Last-last kau yg nampak mcm makhluk asing melayan perasaan seorang diri kat tepi sbb laki bini tu sibuk beromantik sana sini. Pedih tau tengok..

Akhirnya, bila kau rasa baik kau keluar menghiburkan hati sendiri,  jadi la kau perempuan yang.....


Duduk je la rumah, melayan kucing.... tak pun kumpul je la duit banyak-banyak, pergi backpacking seorg diri. Apa nak jadi,jadilah..Sebab alangkan nak ajak keluar pun payah, inikan pulak nak ajak bercuti. 

Friday, October 10, 2014

Mengembang

Lepas mandi, dok depan cermin sambil perhati diri...

' Dah mengembang aku rupanya'

Patut la seluar semua dah macam sarung nangka. Sume lemak berkumpul kat situ je, kat paha. Tempat lain masih lagi maintain. Aishhh.

Mak cakap, takpe badan macam ni, sebab nampak cantik. Tapi masalahnya, aku kena kumpul duit beli seluar baru. 

Wuwuwuwuwuuuu..Badan dpt S-Line ( bak kate org Korea), tapi kena korban yang lain la.

* kalau tak jaga, ade kang dpt peha mcm drumstik ayam belanda. Buat naya je T___T*

Sunday, October 5, 2014

Raya Korban- Lembu yg bernama Pink

Raya korban tahun ni mcm raya korban yg sudah-sudah. Hehe. Tetiba aku teringat kisah kira-kira 20 tahun lepas. 

Rumah aku berhadapan dengan balai raya. Jadi,bila ada lembu korban, pasti aku akan pergi melawat.
Pada tahun tu, ada 3 ekor lembu yang nk dikorbankan. Seekor lembu yang menarik perhatian aku, lembu warna coklat. Aku lihat kat cuping telinga die ade satu tag, 'Pink'. Makanya aku panggil lembu tu dengan nama Pink. 

Selama 4 hari sebelum hari raya,aku pasti datang jumpa Pink, dan bg dia makan. Aku amik je segala rumput yang ada kat halaman rumah aku, dan aku akan beri pada Pink. Aku siap bercakap-cakap dengan die. 

Yang pasti, bila hari raya korban berlangsung, aku menangis, sebab Pink kena sembelih. Wuwuwuwu. Mak aku sampai pujuk aku. Tahun tu, memang aku tak makan daging lembu korban, sebab aku teringatkan Pink. Hahaha. Agak lawak bila difikirkan semula. Tapi, sebenarnya, sehingga sekarang aku masih tak boleh tengok orang sembelih haiwan utk dimakan, sebabnya akhirnya memang aku tak lalu nak makan. Hmm..

Mungkin hati aku lembut sangat...

Friday, October 3, 2014

Nak kulit putih atau nak kulit cantik?

Mana satu jadi pilihan? Kulit putih atau kulit sihat?

Masa aku meningkat remaja, pada hemat aku, kalau kulit putih, makanya mesti akan cantik. Kaawan aku dulu pernah cakap, kalau aku putih, mesti aku cantik. Huhu. Aku pulak memang dari zaman sekolah sibuk aktif dengan aktiviti padang. Sebut sahaja nama sukan, hampir semua aku sertai. Makanya, kulit aku akan jadi sedikit hitam berbanding dengan kawan-kawan yang lain.

Masa tu, aku fikir nak putih. Oleh sebab masih bersekolah, barangan yang aku boleh beli hanya Fair and Lovely je. Aku pakai tiap-tiap hari dengan harapan kulit aku boleh putih. Hahaha. Tapi disebabkan aku memang berjemur lebih dari 3 jam setiap hari, makanya walaupun aku pakai 10 kotak Fair and Lovely pun belum tentu kulit aku cerah.

Umur meningkat dewasa, aku telah sedar satu benda. Apa guna kulit putih kalau tak sihat? Biarlah kulit gelap, tapi sihat. Sekarang, aku dah tak hiraukan produk kecantikan yg cakap boleh putihkan kulit. Pada aku, produk tu hanya nak memanipulasi wanita. Oleh sebab orang kita dah disogokkan ' Kalau putih mesti cantik', makanya ramai la yang berduyun-duyun nak putih. Pada aku, buat apa nak kulit putih tapi bahan tu penuh dengan barang yang merbahaya? Kesan yang diterima bukan sekarang, tapi bila kita dah tua. 

Sekarang ni aku lebih gemar guna barang yang murah dan semula jadi. Kalau pencuci muka, aku lebih selesa dengan sabun susu beras. AKu akan blender kulit kayu manis, beras dan gula, dan aku akan jadikan ia sebagai scrub. Aku hanya guna toner Hada Labo, dan pelembap Safi. Alhamdulillah, kulit aku masih sihat. Banyak kali juga orang nk jual produk pemutih pada aku, tapi jawapan aku, 'Tidak, terima kasih'. Aku amat berpuas hati dengan apa yang aku pakai sekarang. 

* Sila jangan sibuk cakap aku hitam. Aku tak kisah aku hitam ke tidak. Tu tandanya aku luangkan lebih banyak masa kat bawah matahari berbanding dengan org lain*

Muahhhh Hilux..

Gitu tajuk..

Hahaha.. 

Semalam hari yg begitu mencabar. Entah mana silap, Abg P aku tercium bontot Hilux. Huaaaaaaaa... Menangis aku di situ. Eh, tak la kat tengah jalan, tapi menangis mase kat rumah.

Kat depan...

Kiri

Lamput tu pech.. huaaaa...
 Puas jugak aku menangis kat rumah. Huhu. Nasib baik pakcik aku ade. Die yg tlg bwk pergi kedai sparepart, pergi workshop.
Uncle workshop tengah cek kerosakan..
 Kami pergi beli sparepart kat Taman Sri Skudai. Kedai die nama New Skudai.

Bumper baruuuuu~~~~
Ini dia jumlah harga barang...


Tunggu la Abg P keluar hospital~

* Innalillahi Wa Innalillahi Rojiun....*