Showing posts with label fb. Show all posts
Showing posts with label fb. Show all posts

Thursday, September 29, 2016

FB vs Blog

Antara FB dgn blog, mana aku lagi suka?

Hmmmm...

Dua-dua aku suka.

1. Blog
Tempat aku luahkan byk benda. selagi aku boleh tulis, aku tulis. Panjang berjela pun, ade aku kesah? Sbb tak ramai yg baca blog aku ni, jadinya memang kadang-kadang sampai berperanggan. Ape aku nk tulis, aku tulis.

2. FB
Lebih kepada nk update aktiviti terbaru je. Benda utk sesi luahan memang jarang sgt, melainkan luahan hati ringkas. Kekeke. Bukan ape, sbb bila kt FB tu, malas bebeno aku nk menaip panjang-panjang. Mcm takde feel. Lg satu, sbb nnt org menyampah nak baca. Hahaha

Oleh itu, kiranya ape yg aku tulis kt FB, takkan sama dgn ape yg aku tulis kt blog.

Friday, March 11, 2016

Musim game kembali

Aku tak tahu, mana silapnya. Tetiba aku kembali melayan game FB. Hahahaha.Tapi, aku tak main kat tab aku, tapi aku main kt komputer, sbb lebih mudah. Kalau pakai tab, nnt bateri tab aku cepat betul habis. Takkan nak cas 2 kali sehari kan? huhuhu. Sungguh tak kuat bateri tab aku itu. (Tapi tak boleh nk ckp lebih, sbb tab tu Abg Fairuz yg bagi. Hahaha. Nnt die amik semula, naya aku).

Criminal Case. Game cari barang tersembunyi. Ipar-ipar aku terer main game ni. Aku main bila aku bosan je. Huhu

Candy Crush Soda. Lagi menarik dr Candy Crush Saga, sbb lg senang nk kumpul markah. Hahaha.
Papa Pear Saga. Game ni diperkenalkan oleh keluarga mertua aku. Hahaha. Mak mertua aku terer main game ni, smpai dah habis level dah.

Baby Adopter. Tgk umur anak aku tu? Dah 6 tahun lebih da. Bermakna, dah 6 tahun lebih aku main game ni..
Candy Crush Saga. Ni aku tgh tunggu tiket, Nak tunggu siapa bermurah hati nk bg aku tiket. Huhuhu. Antara game yg plg lama aku main ( utk game kt tab)




Tuesday, July 14, 2015

Khabar angin fuhhh fuhhhhh~

Dari mana datang khabar angin?

Bila orang sekeliling menyebarkan cerita berdasarkan andaian dan pendapat mereka semata-mata, tanpa bertanya perkara sebenar kepada mereka yang terlibat.

Sekarang ni, semakin banyak kahbar angin yang tersebar. Lepas satu, satu. Orang buat andaian sebdiri, lepas tu sebar dalam FB. Lepas tu, kawan die share post tu, pastu kawan kepada kawan dia pun share, pastu kawan kepada kawan kepada kawan die pun share. Makanya cerita ' yg nampak macam betul tapi sebenarnya tak' tu pun tersebar. 

Selalunya cerita ni ada yang elok, ada yang mengaibkan, ada yang mengundang kesedihan. Macam yg terjadi pd aku, kisah kematian arwah abah. Perkara yg sebenar, arwah abah meninggal dalam tidur disebabkan sakit jantung. Cerita yg tersebar? Arwah abah meninggal jatuh dalam bilik air la, arwah abah meninggal kat hospital la, dan amcam-macam lagi. Dari siapa berita ni? Wallahualam. Aku pun tak tahu.

Contoh lain, baru-baru ni viral kisah budak hilang ketika pulang dari sekolah. Yang ditulis dalam FB oleh mereka yg suka membuat andaian sendiri adalah, kerana budak ni didera oleh ibu asuhan. Maka tersebarlah berita ini seluruh Malaysia, sedangkan ibu asuhan ini sangat sayangkan budak ini seperti anak sendiri. Bila disiasat, rupa-rupanya budak ni dibuli di sekolah. Dia melarikan diri kerana ketakutan. Si ibu asuhan ni merasa sedih atas tuduhan rakyat malaysia keatas dirinya. Tengok? Apa yg telah berlaku di sini?

Makanya, sebelum nak sebarkan apa-apa berita, selidiklah dahulu dari mana sumbernya. Bukan main share. Jika kita share, maka kita juga harus bertanggujawab atas kesannya.

Friday, January 2, 2015

Terasa hati

Terasa hati bila tgk kawan2 sibuk tulis kat FB, mereka rata-rata dah bertukar status. Post gamba suami, gamba perut mengandung, gamba anak. Bila post pasal tahun baru, masing-masing semua sibuk tulis pasal resolusi nk dapat suami, nak dapat anak tercapai. Betul org tua selalu cakap, jgn tunjuk apa yang kita ada, sbb ada org yg akan terasa hati. Bukan terasa hati sebab cemburu, sebab aku tak pernah cemburu dengan rezeki orang lain, sbb aku percaya setiap orang ada rezeki masing-masing. Tapi aku cuma rasa sedih, sebab rezeki aku tak semudah diorang. Bila orang baca luahan hati aku, pasti akan ada yang cakap 

" Ni FB aku, suka hati aku la nak letak apa."
" Ish, tak reti bersyukur dengan apa yang ko dah ada."
Ye, tu FB kau, memang suka hati kau la nak letak pasal ape pun, Tapi kalau dah dalam satu hari, 24 jam, ko tulis 24 post pasal suami dengan anak kau, didarab plak dengan beratus kawan FB yg sama mcm perangai kau, maunye tak penuh newsfeed aku dgn posting korang pasal suami dgn anak korang tu je? Dari orang yg nk buat tak tahu, nk buat relaks, akhirnya terus jadi sedih. Bila pulak perjalanan hidup die penuh liku sana sini, perjalanan jodoh die penuh dengan halangan, ko tak fikir org tu nk terus rasa gembira? Mestilah dia akan mula 'menangisi nasib diri'. Sebab tu kadang-kadang ada org yang terus amik keputusan utk tutup FB dia, sbb rasa terlalu memperbodohkan diri. Huuuuuu.. Sedih tak dengar? Orang yang dah selamat segalanya tu tak la sedih, sebab dah tengah gembira kan? Ade kau kesah orang sedih ke tak? Hanya orang yg senasib je faham perasaan ni. Bila umur makin meningkat, bila kawan-kawan rata-rata dah ada anak paling minimum sorang, bila kawan baik semua dah berumahtangga, mula la kau rasa keseorangan. Nak mengadu masalah pun tak ada kawan, sebab kawan kau tengah terlalu gembira berkepit dengan keluarga sendiri sampai mesej kau yang sebaris pun die tak mampu nak balas. Hmmm.. 

* Ok, aku dah mula rasa sedih. Berilah aku peluang nak bermuhasabah diri dan menangisi nasib diri kejap*

Thursday, October 30, 2014

Anak angkat

Aku ada anak angkat, umur dia dah nak masuk 5 tahun. Nama dia Ahmad Farish. 

Ini Ahmad Farish..


Hahahahaha.. nampak sangat aku macam takde kerja, kan?

Akak aku smpai pelik aku boleh layan game ni sampai dah 5 tahun. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh main game ni sampai 5 tahun. Aku bela anak virtual ni dr die pakai pampers, sampai die da pakai baju. Kadang-kadang, sampai aku terbawak dalam mimpi. Aku mimpi aku dapat baby bila aku try game ni kat FB. Hahahaha.. Parah la aku macam ni.

* Orang lain layan anak sendiri, aku layan anak aku yg ni*

Friday, May 23, 2014

Barang berjenama

Kepada peniaga online barangan berjenama:

Harap maaf,
Sila jangan tag nama saya di dalam facebook.
Saya seorang yg kedekut (tgk post ini, ini dan ini)
Saya tak suka beli barangan berjenama, dan saya tak pernah berangan nak memilikinya walau satu pun.
Sebab?
Sebab saya tak minat, sebab saya tak suka.
Harga beg sama macam belanja saya selama 2 minggu.
Makanya, saya tidak suka duit belanja makan saya diganggu dengan benda yg bukan saya suka.
Saya lebih suka belanjakan duit saya utk membeli makanan.

Sekian,
Harap maklum.