Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Tuesday, September 9, 2025

Priority lane orang mengandung

Semalam dengan hari ni, sibuk orang memperkatakan tentang priority lane untuk ibu mengandung. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Benda ni mudah je. Ada berkaitan dengan empati. Memang ada orang yang akan cakap;

 'Engkau yang pilih untuk mengandung, dah kenapa aku nak mengalah dengan kau? Tu kan pilihan kau'

Betul. Kenyataan tu betul. Sama juga nanti kalau kau berkahwin, kau sendiri mengandung, atau isteri kau nanti mengandung, memang itu pun pilihan kau kan? Tapi kita sebagai manusia, ada satu sifat yang diberi nama empati, iaitu rasa memahami keadaan orang lain. Tapi apa yang aku perasaan, semakin lama semakin kurang perasaan empati dalam diri masyarakat kita. Sebab apa? Sebab semakin kurang hidup bergaul,hidup bermasyarakat, hidup hanya dalam kepompong sendiri, jadi tak tahu tentang orang lain. 

Emak-emak mengandung ni, tak la teringin sangat nak dapat layanan special. Dia pun segan juga. Tapi kalau ada empati, boleh fikir, kan? Trimester pertama, berhadapan dengan morning sickness, rasa badan tak selesa, badan lemah. Trimester kedua, keadaan semakin membaik, waktu ni ibu mengandung bertenaga sikit. Tapi bila masuk tirmester ke 3, dengan kandungan semakin membesar, segalanya terbatas. Tahu tak kalau ibu mengandung ni, bila dah sarat, benda paling malas dia nak buat adalah keluar berjalan? Dari dia bersusah payah pergi beratur kat mall untuk beli barang, baik dia rehat dekat rumah. Dari dia sibuk nak makan kat kedai, lagi baik dia duduk rumah je. Baring-baring, golek-golek, rehat-rehat. Tapi, keadaan kadang-kadang bukan mudah seperti yang disangkakan. 

Contohnya kalau berbelanja barang, ada ibu sarat yang PJJ, suami jauh, si ibu ni bekerja, hanya ada waktu hari hujung minggu untuk beli barang dapur. Nak suruh pergi speedmart? Kalau speedmart kat rumah aku ni, asal pergi je, rak kosong memanjang. Jadi nak tak nak, kena pergi supermarket. Ada yang cakap, ada supermarket bukak sampai pukul 12 malam. Kau expect emak mengandung yang nak keluar rumah pun tak larat, nak menahan mata pukul 11-12 malam? Pukul 7malam pun dah nak tertutup mata. Hmmm.

Disinilah gunanya empati. Kalau memang tempat tu tak ada priority lane, lepas tu emak mengandung ni mengeluh, apa yang kita boleh buat adalah senyap. Tak payah nak cakap apa-apa. Tak payah la cakap emak tu mengada lah, itu lah, ini lah, sebab keadaan setiap orang tu tak sama. Macam aku waktu mengandung, ada masa aku boleh lari 5km tanpa masalah, ada masa aku nak bangun dari kerusi pun minta ampun. Aku sendiri PJJ, ada masa kena keluar sendiri beli barang rumah. Apa option yang aku ada kalau dekat dapur barang semua dah habis? Kena la keluar rumah dan beli walaupun jalan macam penguin. Aku pun tak adalah demand priority lane, tapi kalau ada, alhamdulillah sebab dipermudah urusan. Kalau tak ada? Duduklah beratur tu sambil tahan perut mengeras ke, atau rasa nak terkencing, atau sakit pinggang,atau lenguh kaki, atau macam-macam lagi lah. 

Lagi satu orang persoal, kenapa kat kedai makan ada priority untuk ibu mengandung sedangkan dia ada ahli keluarga lain makan sekali? Dah tu kau nak dia makan sorang-sorang, lepas tu ahli keluarga lain makan kemudian? Lepas dia habis makan tu dia nak buat apa? Biarlah kalau kedai tu nak meraikan dia pun, emang hak dia. Bukannya sepanjang masa mak ni mengandung. Lagipun, lagi cepat dia habis makan, lagi cepat dia boleh balik, lagi cepat boleh rehat. Lega tau rasanya bila boleh luruskan kaki atas katil. 

Isu ni kecik je, tapi ada orang suka perbesarkan. Kalau lah orang ada empati, takkan ada cakap-cakap belakang lepas tu. Emak mengandung pun, tak boleh nak demand lebih seba mengandung tu memang pilihan kita pun. Jadi kalau ada orang sediakan priority lane, alhamdulillah bersyukur atas kemudahan. Kalau tak ada, terimalah seadanya. 

Saturday, April 11, 2020

Berbelanja di musim PKP

Musim PKP ni, bermakna kita semua terpaksa lakukan aktiviti rutin secara limited. Bukan senang, pulak kalau macam aku ni, memang orang yang terpaksa keluar belanja barang dapur & barang basah untuk seisi rumah aku ( 6 dewasa, 5 kanak-kanak), bukan boleh beli sikit-sikit. 

Untuk belanja barang dapur ni, aku akan pergi Kipmall Tampoi. Aku memang dari dulu kurang nak pakai troli yang disediakan kat Kipmall tu. Sebab apa? Selakunya susah nak dapat,sebab troli terhad, trolinya tayar gila, troli jem, troli kotor, eh macam-macam lagi la. Oleh itu, aku akan bawak je troli pasar aku sendiri, yang kecik comel tu. Biasanya aku pergi 2 trip. Trip pertama, aku akan masuk pasaraya Hwa Thai, beli bawang, kentang, semua barang kering. Lepas settle beli semua ni, aku akan hantar barang ke kereta, lepas tu 2nd trip, aku akan beli barang basah. Jadi, masa aku beli barang kering tu, tak ada lah kotor nnt. 

Tapi bila PKP ni, aku tak boleh buat mcm ni, sebab nak masuk kena beratur. Takkan aku nak beratur 2 kali kan? Lepas tu, pulak aku sampai lewat, dlm pukul 11.45pg, dan pasar basah tutup pukul 1.00ptg (aku baru tahu bila sampai Kipmall). Oh, semua pengunjung wajib pakai facemask kalau nak masuk. Kalau tak, tak dibenarkan masuk. Sebelum masuk ni, akan ada petugas yg cek suhu dan sembur hand sanitizer. 

Lepas je masuk dalam, aku terus pergi barang basah. Memang punyalah melilau sana sini, sepantas kilat. Beli apa yang nampak kat mata, asalkan cukup stok untuk seminggu. Lepas tu, aku terus pergi HwaThai. Aku tinggalkan troli kecik aku kat kaunter, terus masuk dalam. Pulak bakul Hwa Thai habis, nasib baik aku tergerak hati nak bawak shopping beg aku. Jadi, semua barang ni aku masukkan dlm beg shopping ni, mudah sikit. Sangkut beg kat bahu, boleh la aku berjalan sepantas kilat. Hahaha. 

Berpeluh dibuatnya. Satu beg kat bahu kiri, saatu beg bahu kanan, tangan kiri bimbit apa yang boleh ( aku bimbit pampers anak dgn beberapa barang), tangan kanan guna untuk ambiil barang.
Memang tak adanya aku take my own sweet time kan. Selalunya sempat la beli takoyaki, beli air la, beli jajan la. Tapi ni, tak ada. Aku pergi tuju tempat yg aku nak, lepas tu terus balik.

Barang yang dibeli
Sampai je rumah, aku terus mandi. Lepas tu, aku terus simpan barang untuk anak kt tempat yg memang aku takkan sentuh lebih dari 4 hari. Untuk barang yang lain, aku cuci dulu, lepas tu baru simpan. 

Nampak agak susah waktu ni. Langkah berjaga kena ambik. Semoga semua ni cepatlah berakhir. 

Friday, May 23, 2014

Barang berjenama

Kepada peniaga online barangan berjenama:

Harap maaf,
Sila jangan tag nama saya di dalam facebook.
Saya seorang yg kedekut (tgk post ini, ini dan ini)
Saya tak suka beli barangan berjenama, dan saya tak pernah berangan nak memilikinya walau satu pun.
Sebab?
Sebab saya tak minat, sebab saya tak suka.
Harga beg sama macam belanja saya selama 2 minggu.
Makanya, saya tidak suka duit belanja makan saya diganggu dengan benda yg bukan saya suka.
Saya lebih suka belanjakan duit saya utk membeli makanan.

Sekian,
Harap maklum.

Monday, January 13, 2014

Online shopping

Aku tak pernah beli barang online....

Eh, silap tu...

Aku jarang beli barang online. Setakat ni, hanya 2 benda je yang aku beli online:
1. Susu Vitamin C (Aku dah berhenti pakai, sebab jumpa sabun susu beras masa pergi Langkawi hari tu)
2. Baju dress labuh (Beli sebab kawan baik aku jual...kekekeke..)

Itu je yang pernah aku beli. Yang lain memang tak ada. Sebab? Hmm..kadang-kadang aku takut kena tipu. Sekarang ni macam ramai yang dah ditipu oleh peniaga online ni. Memang ada yang jujur, tapi untuk mencari tu, bukan kerjayang mudah. Lagi satu, beli online biasanya ada kaitan dengan saiz, warna dan jenis (aku ada masalah dengan saiz. Selalunya baju yang aku beli, jarang ada saiz yang standard. Biasanya aku kena fitting baju. Kadang-kadang saiz badan 35, kadang-kadang saiz badan 42) Kadang-kadang, dalam gambar nampak lain, tapi pada hakikatnya, benda tu lain..

Lagi satu, sejak akhir-akhir ni makin ramai kawan aku yang berniaga online. Memang bagus kalu mcm tu, boleh menaikkan ekonomi sendiri. Tapi yang tak bestnye, diorang tag gambar barang diorg kat wall aku. Hmmm.. privacy aku di facebook semakin dicerobohi dengan benda yang kadang-kadang aku sendiri tak pernah terfikir nak beli.

Mungkinkah sudah sampai masa aku set privacy setting kat FB aku?

* Takut kecik hati la plak diorg tu nnt. Tp dah byk sgt iklan, sampai aku sendiri rimas tgk wall sendiri* 

Sunday, December 2, 2012

Wanita dan shopping

Setelah berminggu sibuk tertimbus dengan kerja opis hingga aku tak mampu  nak hidup dengan normal, akhirnya aku mampu menarik nafas lega (tarik nafas dalam-dalam,hembus keluar ikut mulut, bukan punggung ye. Nanti kena hempuk pulak.) Tangan aku ni dah berminggu gatal nak menulis, tapi baru hari ni mampu nak  menghilangkan kudis kegatalan aku kat atas papan kekunci. Tetibe aku nak cakap pasal shopping, atau membeli belah. Kenapa ye? Mungkin sebab aku sibuk tengok kawan-kawan aku post kat Twitter dan Facebook pasal diorang pergi membeli-belah hampir setiap hari.
 
Berbelanja a.k.a shopping sangat sinonim dgn wanita. Tanya sahaja wanita mana yang tak suka shopping? Tak kira la sama ada shopping baju, kasut, beg, mahupun makanan (Yang bab makanan,aku la tu.hehehe.). Mungkin bagi sesetengah orang, bershopping bukan sahaja membuang masa, malah tenaga dan juga duit. Namun,sebagai gantinya, penggemar shopping akan mendapat kepuasan. Ya, kepuasan memiliki apa yang mereka kehendaki. Cuma, kesannya ialah melompong di akhir bulan akibat duit dalam akaun dah kering kontang, kemarau macam kat Afrika.
 
Bila kita (a.k.a wanita hantu shopping) keluar terbang bebas sambil menebarkan sayap menuju ke shopping kompleks pilihan, sudah pasti didalam kepala telah memilih-milih apakah barang yang nak di beli, walaupun hanya dalam kesamaran. Namun, pilihan yang sebenar-benarnya hanya akan dilakukan apabila sang puteri dah berdepan dengan barang idaman hati. Itu lah sebabnya mengapa wanita-wanita ni cepat rambang mata, sebab pilihan yang utama itu dah ditetapkan dari awal. Bila nampak lawa je, nak beli. Asal nampak comel je, nak beli. Akhirnya, tanpa disedari, wang yang mengalir keluar tu bagaikan mata air, laju dan laju. Lagi satu, disebabkan wanita mudah rambang mata, maka pilihan yang dibuat akan mengambil masa yang agak lama. Banyak aspek dan faktor yang akan diambil kira, termasuklah warna, saiz, jenis, kekemasan, kesesuaian, dan juga pandangan orang yang berdekatan (mungkinkah teman shopping?), sehingga si teman shopping akan menjadi bosan tahap gaban.

Tidak hairan jika kita pergi ke shopping compleks, kebanyakkan kedai akan menjual barang yang berkaitan dengan wanita. Jika kita melangkah masuk ke kedai kasut, 80% dari kasut-kassut disitu merupakan kasut wanita. Tidak lupa juga kedai alat kosmetik, kedai pakaian, kedai tudung, dan bermacam-macam kedai yang menjadi tumpuan wanita. Oleh itu, boleh dikatakan wanita merupakan penyumbang kepada ekonomi negara, dimana kebanyakkan wang habis dilaburkan ke shopping kompleks. Mengapa wanita menjadi sasaran utama? Sebab wanita dilahirkan mempunyai perasaan halus, perasaan mudah untuk tertarik dan terpesona. Jika ditanya wanita yang paling kedekut kat dunia pun, jika ternampak sesuatu yang berkenan di hati di pasar raya, rasanya tembok besar cina pun mampu diharunginya. Walau sepandai mana pun wanita menguruskan kewangannya, pasti akan ada sedikit dari duitnya akan dilaburkan untuk membeli belah.

Wahai wanita-wanita sekelian, tidak salah untuk berbelanja dan bershopping, asalkan jangan merana diri sebab dah habis duit belanja. Kadang-kadang, barang yang dibeli itu sebenarnya satu kehendak, bukan keperluan. Memang benar shopping boleh dijadikan terapi, tapi lepas tu kita mungkin akan memerlukan terapi untuk menenangkan minda lepas tengok duit belanja yang dah kering kontang.