Showing posts with label PKP. Show all posts
Showing posts with label PKP. Show all posts

Wednesday, July 8, 2020

Kisah meja komputer kerja PKP

Kisah meja komputer aku. Sebenarnya, sebelum ni aku tak ada meja komputer dalam bilik. Satunya, sebab aku rasa macam dah sempit bilik ni. Lagi satu, sebab macam tak ada keperluan. Aku memang jarang online menggunakan laptop kat rumah, melainkan sebab terpaksa. 😅 Selalunya aku akan guna handphone, hatta nak update blog sekalipun ( acah macam blogger la sangat. 😏)

Tapi sejak bermulanya MCO, maka aku pun mula la perlu bekerja dari rumah (Work From Home , WFH, bukan WTH). Maknanya, bila aku tak ada meja komputer, menjadi satu masalah untuk aku. Nak guna meja makan, tak sesuai. Nak buat kerja kt ruang tamu, tak boleh sebab anak-anak sedara aku ada dan akan kacau aku. Makanya aku hanya boleh buat kerja kalau dalam bilik je. Huhu.



Ni lah meja komputer pertama aku masa MCO. Lepas je habis waktu bekerja, pinggang aku akan rasa sakit tahap nak patah. Mana taknya, langsung tak ergonomik. Duduk bersila, badan membongkok. Kalau tak pun, aku akan meniarap sambil tongkat badan pakai siku. Memang langsung tak boleh nak fokus buat kerja, sebab selalu tergolek nak betulkan pinngang. Kalau lepas tergolek, boleh faham la aku buat apa lepas tu. 

Lepas tu aku upgrade sikit, guna meja kat ruang tamu. Kat situ ada meja makan. Tapi memang berisiko tinggi, sebab anak dan anak sedara aku suka main kat ruang tamu tu. Pantang laptop aku kena tinggal, lepas tu aku jadi tarzan sebab laptop aku dah kena kacau. Haha. Memang tak boleh jadi la aku nak buat kerja.

Tinggalkan kejap untuk ambil air kat dapur je ni, dah ada assistant 😅
.
Tahap ke 3, aku upgrade tempat letak tuala/sejadah aku jadi meja. Ada kayu pintu gobok yang dah rosak, aku guna untuk jadikan 'meja'. Bergoyang-goyag macam tak stabil, jadi aku ikat la tapak tempat letak sejadah tu ke tingkap. 

Warna brown tempat letak laptop tu, pintu gobok yang dah tak guna. Kakinya tu tempat letak sejadah. Asalkan boleh guna 😆


Makin lama, aku rasa makin serabut. Bilik nampak tak kemas dan rasa komputer aku tak selamat. Pulak lepas abg Fairuz bg docking utk laptop da tak ada tempat nak letak, terus aku rasa nak cari meja komputer yang proper sikit. 

07.07.2020, hari Sale. Aku bukak Lazada, dan teringat nak beli meja komputer. Mujur ada yang aku berkenan, terus aku beli. Hahaha. Memang aku puas hati dengan meja tu. Walaupun macam agak ringan la untuk sebuah meja komputer, tapi secara keseluruhannya aku bagi 5bintang dari 5 bintang.😉😁. Nanti next entry (disini) aku akan cerita lebih detail pasal meja baru aku ni.

Saturday, April 11, 2020

Berbelanja di musim PKP

Musim PKP ni, bermakna kita semua terpaksa lakukan aktiviti rutin secara limited. Bukan senang, pulak kalau macam aku ni, memang orang yang terpaksa keluar belanja barang dapur & barang basah untuk seisi rumah aku ( 6 dewasa, 5 kanak-kanak), bukan boleh beli sikit-sikit. 

Untuk belanja barang dapur ni, aku akan pergi Kipmall Tampoi. Aku memang dari dulu kurang nak pakai troli yang disediakan kat Kipmall tu. Sebab apa? Selakunya susah nak dapat,sebab troli terhad, trolinya tayar gila, troli jem, troli kotor, eh macam-macam lagi la. Oleh itu, aku akan bawak je troli pasar aku sendiri, yang kecik comel tu. Biasanya aku pergi 2 trip. Trip pertama, aku akan masuk pasaraya Hwa Thai, beli bawang, kentang, semua barang kering. Lepas settle beli semua ni, aku akan hantar barang ke kereta, lepas tu 2nd trip, aku akan beli barang basah. Jadi, masa aku beli barang kering tu, tak ada lah kotor nnt. 

Tapi bila PKP ni, aku tak boleh buat mcm ni, sebab nak masuk kena beratur. Takkan aku nak beratur 2 kali kan? Lepas tu, pulak aku sampai lewat, dlm pukul 11.45pg, dan pasar basah tutup pukul 1.00ptg (aku baru tahu bila sampai Kipmall). Oh, semua pengunjung wajib pakai facemask kalau nak masuk. Kalau tak, tak dibenarkan masuk. Sebelum masuk ni, akan ada petugas yg cek suhu dan sembur hand sanitizer. 

Lepas je masuk dalam, aku terus pergi barang basah. Memang punyalah melilau sana sini, sepantas kilat. Beli apa yang nampak kat mata, asalkan cukup stok untuk seminggu. Lepas tu, aku terus pergi HwaThai. Aku tinggalkan troli kecik aku kat kaunter, terus masuk dalam. Pulak bakul Hwa Thai habis, nasib baik aku tergerak hati nak bawak shopping beg aku. Jadi, semua barang ni aku masukkan dlm beg shopping ni, mudah sikit. Sangkut beg kat bahu, boleh la aku berjalan sepantas kilat. Hahaha. 

Berpeluh dibuatnya. Satu beg kat bahu kiri, saatu beg bahu kanan, tangan kiri bimbit apa yang boleh ( aku bimbit pampers anak dgn beberapa barang), tangan kanan guna untuk ambiil barang.
Memang tak adanya aku take my own sweet time kan. Selalunya sempat la beli takoyaki, beli air la, beli jajan la. Tapi ni, tak ada. Aku pergi tuju tempat yg aku nak, lepas tu terus balik.

Barang yang dibeli
Sampai je rumah, aku terus mandi. Lepas tu, aku terus simpan barang untuk anak kt tempat yg memang aku takkan sentuh lebih dari 4 hari. Untuk barang yang lain, aku cuci dulu, lepas tu baru simpan. 

Nampak agak susah waktu ni. Langkah berjaga kena ambik. Semoga semua ni cepatlah berakhir. 

Wednesday, April 8, 2020

PKP: Perintah Kawalan Perjalanan

Kes Covid-19 dah memasuki fasa yang agak membimbangkan. Kes semakin meningkat, kematian semakin meningkat. Jika tiada langkah pencegahan diambil, memang akan sebabkan pertambahan kes semakin tak terkawal. 

Jika kita lihat, kes di Itali semakin meningkat dan semakin tak terkawal. Sampaikan kerajaan di sana (eg: hospital) terpaksa memilih siapa yg mereka nak selamatkan. Teruk bukan? 

Bila kerajaan kita dah mula nampak trend yg membimbangkan seperti Itali di negara kita, satu langkah drastik yg dipanggil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) telah dilaksanakan. Waktu ni, semua orang dikehendaki dudukk je rumah. Hanya org yg tertakluk kepada industri yg berkeperluan ( perubatan, perbankan, makanan dan lain-lain) yang dibenarkan beroperasi. Sekatan jalan semakin dipertingkatkan.

Tapi yang aku pelik, kenapa ada segelintir rakyat malaysia yang tak faham tahap betapa kronik & kritikalnya Covid-19 ni? Depan rumah aku ni, boleh dikira jalan utama dalam kawasan kampung aku ni. Sepanjang masa kenderaan lalu lalang. Macam tak PKP aku tengoknya. Apa mereka ni masih tak faham ke maksud PKP?

Kalau keluar sebab keperluan, tak apa lah. Tapi yang bawak motor ambil angin petang-petang tu dah kenapa? Siap bawak anak makan angin. Eiiiiiii.. Aku yang angin menengoknya. Geram pun ada.

Aku memang agak geram dengan org yg langgar PKP ni. Kalau kes semakin meningkat, berapa lama lagi kita nk kena ada PKP ni? Sebulan? Dua bulan? Untuk orang bekerja kerajaan atau pun meraka yg boleh bekerja dari rumah, aku rasa tak ada masalah sebab kewangan tak terjejas. Tapi untuk orang yg bekerja hari? Yg kerjanya melibatkan keuntungan atas perbelanjaan orang lain? Memang sangat terasa. Perit betul kerja kais pagi makan pagi.

Aku bukan nak prejudis atau nak bersangka buruk. Tapi pada aku, orang yg langgar PKP tanpa sebab ni, jenis orang yang gaji tiap bulan masuk walau tak kerja, lepas tu anak beranak semua duduk satu rumah. Jadi bila terjadi benda mcm ni, seolah macam waktu cuti-cuti Malaysia la kan? Sebab tu tak boleh nk berfikir macam org yg terjejas PKP ni. Geram pulak bila org yg terjejas ni bersusah payah nk patuhi PKP, sebab taknak PKP ni bersambung, tapi geng-geng tenuk ni sedap-sedap je langgar, sbb rasa kebal.

Kenapa tak ada empati pada orang lain?

Apa mereka ni memang dah biasa hidup pentingkan diri sendiri? Jangan nak cakap sebab tak tahu, memang aku sental sorang-sorang. Kerajaan dah puas bagi penerangan, bagi announcement kat TV, radio, socmed. Dah puas PM tu bagi ucapan suruh duduk rumah, pun mantul gak tak faham. Ada yang aku baca, siap pergi membeli belah satu keluarga. Apa kau ni baru keluar gua??

Entahlah. Tak faham aku. Geram dan menyesal.

** Masih terperap kat rumah sambil bekerja. Tak mudahh, tapi diusahakan. Nak menangis pun ada. Pulak suami sorang-sorang kt KL tu, tak boleh nak balik.;(**