Showing posts with label MEja komputer. Show all posts
Showing posts with label MEja komputer. Show all posts

Wednesday, July 15, 2020

Meja Komputer Lazada

rentetan kisah pasal evolusi meja komputer aku waktu dalam fasa PKP (kat sini), kali ni aku nak cerita pasal meja yang aku beli kat Lazada. Meja ni aku tergerak nak beli masa tengah sale 07.07. Aku memang tak teringat pun pasal hari tu ada jualan murah (kononnya0, tapi sebab akak opis aku bercerita dia baru lepas belikan sangkar kucing dan beg laptop suami dia, baru aku teringat, eh ada baiknya aku beli meja komputer 😀

Dah agak lama aku survey meja komputer, cuma belum tergerak hati nak beli. Dek kerana mindset 07.07 tu jalan murah, aku pun terjebak lah sama 😆. Pandaikan orang yang buat sale ni? Tau kelemahan manusia bila dikatakan ada jualan murah. 😂

Ni la meja komputer yang aku berkenan


07.07.2020 order, 08.07.2020 dah sampai rumah. Terperanjat aku. Punya la cepat. padahal masa aku beli tu, dah pukul 1.00 tengahari. Dah la barang dari Bagan Serai. Hari yang sama dia post, esoknya terus sampai JB. Waktu aku kat opis tu, mak aku mesej, tanya barang besar apa yang aku beli. 😁

Saiz gedabak macam ni 😂

Sampai je rumah, terus aku cari meja aku ni. Memang dari awal aku nak pasang sendiri. Excited dibuatnya.

Keadaan bila bukak plastik hitam dan kotak

Bila aku bukak kotak, gabus macam dah pecah-pecah sikit. Iye lah,perjalanan naik pos laju dari Bagan Serai sampai JB, aku takkan demand lebih-lebih la. Meja aku sampai tanpa cacat cela pun aku dah bersyukur yang amat 👍

Benda pertama yang aku cari lepas bukak kotak, selain dari tengok fizikal barang, adalah instruction. Aku bukanlah tokey kilang meja ni,jadi aku tak tau macam mana nak pasang kalau tak ada instruction ni. Kemain banyak lagi bahagian yang nak kena sambung. 



Satu masalah instruction ni, bahagian tu semua ada nombor. Tapi kan, dekat fizikal, satu nombor pun tak ada. jadi apa yang aku kena buat, berpandukan dari gambat instruction tu, aku susun setiap bahagian yang nak kena pasang. Kena tengok betul-betul kat gambar tu, bahagian mana untuk bahagian mana. Setiap bahagian tu ada beza, kena tengok betul-betul jangan sampai salah pasang. 

Kena asingkan setiap bahagian ikut instruction


Skru pun dapat sebemban macam ni

Kena asingkan satu-satu, lepas tu kena buat kumpulan macam dalam instruction 

Dah siap asing semua, kena la pasang satu-satu ikut instruction tu. Bahagian ni agak tricky sikit, sebab kena dari awal asingkan ikut bahagian yang betul. Kalau salah, memang sampai ke sudah la takkan siap benda tu. Lagi satu, kena pastikan setiap bahagian yang kita pasang tu, adalah disambungkan dengan skru yang betul. Ada skru nampak macam sama, tapi tak serupa. 

Setelah berpenat lelah, berpeluh-peluh nak pasang, ditambah tangan melecet sebab salah posisi pegang skrudriver ( ini pun boleh ke? 😅), siap pasang laci terbalik, pasang meja dia terbalik (semestinya kena bukak semula semuanya. Fuhhh😓), akhirnya siap jugak semuanya.

Tadaaaaaa. Dah siap

Nampak lain kan dari gambar yang awal tu? Aku pun agak terkejut kenapa dapat lain. Tapi setelah aku baca seula review dalam Lazada tu, memang semua bentuk adalah macam apa yang aku dapat ni. Haha. Ok lah tu. Aku terima je la. Kalau nak pulang semula, maunya aku menangis nak bukak semua semula. 

Setakat ni, aku berpuas hati dengan meja ni. Nampak kukuh walaupun agak ringan. Lagipun aku setakat guna untuk letak yang macam dalam gambar tu je, tak ada benda berat pun. Jadi aku tak berapa risau la benda tu akan runtuh. Dan aku berharap jugak anak aku tak bergayut kat meja atau rak kat sebelah tu. Hahaha. 





Wednesday, July 8, 2020

Kisah meja komputer kerja PKP

Kisah meja komputer aku. Sebenarnya, sebelum ni aku tak ada meja komputer dalam bilik. Satunya, sebab aku rasa macam dah sempit bilik ni. Lagi satu, sebab macam tak ada keperluan. Aku memang jarang online menggunakan laptop kat rumah, melainkan sebab terpaksa. 😅 Selalunya aku akan guna handphone, hatta nak update blog sekalipun ( acah macam blogger la sangat. 😏)

Tapi sejak bermulanya MCO, maka aku pun mula la perlu bekerja dari rumah (Work From Home , WFH, bukan WTH). Maknanya, bila aku tak ada meja komputer, menjadi satu masalah untuk aku. Nak guna meja makan, tak sesuai. Nak buat kerja kt ruang tamu, tak boleh sebab anak-anak sedara aku ada dan akan kacau aku. Makanya aku hanya boleh buat kerja kalau dalam bilik je. Huhu.



Ni lah meja komputer pertama aku masa MCO. Lepas je habis waktu bekerja, pinggang aku akan rasa sakit tahap nak patah. Mana taknya, langsung tak ergonomik. Duduk bersila, badan membongkok. Kalau tak pun, aku akan meniarap sambil tongkat badan pakai siku. Memang langsung tak boleh nak fokus buat kerja, sebab selalu tergolek nak betulkan pinngang. Kalau lepas tergolek, boleh faham la aku buat apa lepas tu. 

Lepas tu aku upgrade sikit, guna meja kat ruang tamu. Kat situ ada meja makan. Tapi memang berisiko tinggi, sebab anak dan anak sedara aku suka main kat ruang tamu tu. Pantang laptop aku kena tinggal, lepas tu aku jadi tarzan sebab laptop aku dah kena kacau. Haha. Memang tak boleh jadi la aku nak buat kerja.

Tinggalkan kejap untuk ambil air kat dapur je ni, dah ada assistant 😅
.
Tahap ke 3, aku upgrade tempat letak tuala/sejadah aku jadi meja. Ada kayu pintu gobok yang dah rosak, aku guna untuk jadikan 'meja'. Bergoyang-goyag macam tak stabil, jadi aku ikat la tapak tempat letak sejadah tu ke tingkap. 

Warna brown tempat letak laptop tu, pintu gobok yang dah tak guna. Kakinya tu tempat letak sejadah. Asalkan boleh guna 😆


Makin lama, aku rasa makin serabut. Bilik nampak tak kemas dan rasa komputer aku tak selamat. Pulak lepas abg Fairuz bg docking utk laptop da tak ada tempat nak letak, terus aku rasa nak cari meja komputer yang proper sikit. 

07.07.2020, hari Sale. Aku bukak Lazada, dan teringat nak beli meja komputer. Mujur ada yang aku berkenan, terus aku beli. Hahaha. Memang aku puas hati dengan meja tu. Walaupun macam agak ringan la untuk sebuah meja komputer, tapi secara keseluruhannya aku bagi 5bintang dari 5 bintang.😉😁. Nanti next entry (disini) aku akan cerita lebih detail pasal meja baru aku ni.