Pernah tak jumpa rakyat biasa, yang berketurunan Raja/Tengku dipanggil Yang Mulia (YM) di pangkal nama mereka?
Dulu masa sekolah, aku ada seorang ustaz, nama dia Ustaz Raja Zakir. Dia selalu kena baca doa masa majlis rasmi. Dan bila nama dia dipanggil, mesti ada pangilan Yang Mulia. Bila dalam surat menyurat atau apa-apa yang ada tercetak namanya, nama dia mesti ada YM. Pada tanggapan aku pada masa tu, " Owh, Ustaz Raja Zakir ni kerabat Kelantan kot. Mesti kerabat dekat ni"
Kot.
Beberapa tahun kemudian,
Abang Fairuz sibuk mencanangkan YM kat depan nama dia. Hahaha. Aku fikir dia kelepet je. Masakan dia yang berketurunan Raja dari Kerajaan Melayu-Riau tu masih boleh dipakai sampai dia perlu digelar YM?
Aku pun menggatalkan diri untuk meng'google' Dewan Bahasa dan Pustaka di sini
Soalan: Salam..ingin bertanya tentang penggunaan istilah YM (Yang Mulia) bagi nama yang bermula dengan Raja, Tengku atau Tuan di Jabatan KerajaanJawapan: Gelaran untuk Raja dan Tengku ialah Yang Mulia, contohnya Yang Mulia Raja Azman atau Yang Mulia Tengku Ahmad. Gelaran tuan digunakan untuk memanggil seseorang dalam majlis rasmi/surat-menyurat rasmi bagi individu yang tidak mendapat sebarang gelaran daripada istana, seperti "Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan..." atau "Merujuk surat tuan...".
Soalan: Dalam di dalam surat rasmi jika orang yang menandatangani surat itu mempunyai nama Raja,perlukah gelaran YM diletakan sebelum nama tersebut? contoh YM Raja Abu Raja Ali atau hanya perlu ditulis nama sahaja Terima kasihJawapan: Kata sapaan untuk Raja dan Tengku ialah Yang Mulia, contohnya Yang Mulia Raja Azman atau Yang Mulia Tengku Ahmad. Dalam surat rasmi, kata sapaan tesebut perlu ditulis.
Ohhhhhhh.. baru la aku faham. Selama ni aku fikir Abg Fairuz dok kelepet aku je dengan gelaran YM dia tu. Rupanya, tak kira la dari keturunan raja mana sekalipun, waima keturunan Sultan Melaka atau Raja Nusantara, selagi ada Tengku/ Raja/ Ku/ Ungku, maka pangkal nama mereka perlu diletakkan gelaran YM ( Yang Mulia). Ohhhhh..
* Lepas ni kena buat appointment nak g dating dgn YM*
Macam kenal je nama ni
ReplyDelete