Saturday, February 8, 2014

Cemburu

Sekejap orang post gambar kahwin, sekejap orang post gambar anak.

Terus terang, 

Aku cemburu. 

Aku tak pernah cemburu tengok orang kerja bagus, kereta besar, rumah mewah. Pada aku, ni semua rezeki masing-masing. Sama juga macam kawin & anak. Itu pun rezeki juga. Aku bukannya cemburu macam cemburu seorang adik tiri macam dalam drama melayu tu. Aku gembira tengok diorang bahagia. Cuma, aku terfikir, bila sampai masa aku? Aku pun nak merasa seperti diorang. Aku bukannya nak perkahwinan macam Putera William, Rozita Che Wan, atau Siti Nurhaliza. Aku nak majlis kecil yang bermakna, yang boleh sebabkan aku tersenyum sepanjang hari, sepanjang hayat. Bila setiap hari diorang asyik post gambar anak, gambar suami, status pasal anak & suami, sebabkan aku terfikir, aku pun nak merasa macam diorang. Tapi, masih belum ada rezeki. Masih banyak halangan. Hanya mampu berdoa sahaja. Kadang-kadang, rasa macam nak berputus asa, tapi kita tak tahu apa yang tersedia untuk kita, kan? 

Arghhh..dilema..

* Boleh tak mintak bakal mertua doakan aku cepat kawin masa dia pergi umrah nanti? Hahahaha. Gatal betul~*

No comments:

Post a Comment