Korang ada tak nama timangan? Maksudnya nama timangan yang sangat jauh dari nama asal, dan hampir semua orang panggil nama samaran tu?
Orang dulu-dulu, suka bagi nama timangan yang sangat berbeza dengan nama sebenar. Sebagai contoh, arwah abah aku bernama Abd Rahman, tapi semua ahli keluarga dan jiran-jiran aku panggil arwah abah aku Samad, sampai ade jugak jiran aku yang ingatkan nama arwah abah aku tu Abd Samad. Huhu. Macam juga jiran aku. Nama sebenar dia Adenan, tapi nama timangan dia, Mala.
Apa sebabnya atuk nenek kita suka bagi nama timangan ni?
Aku tak tahu. Mungkin sebab nak nampak mesra. Selain tu, dari apa yang aku dengar dari mulut arwah nenek aku, nama timangan ni diberi disebabkan keserasian nama asal dengan anak tu masa kecik. Contohnya: Masa lahir, bayi ni diberi nama Abu. Tapi, dia asyik sakit je masa kecik, selalu sangat sakit. Akhirnya, mak ayah mereka akan cakap yang nama dia tak sesuai. Maka, akan diberi nama timangan lain, iaitu Ali. Jika apabila dah ditukar kepada nama Ali dan budak itu tak ada sakit-sakit lagi, maka nama Ali tu akan terus kekal melekat sebagai nama panggilan, manakala nama Abu tu hanya akan diguna pakai untuk benda-benda yang formal sahaja.
Memang unik orang-orang tua ni. Pelbagai cara yang mereka lakukan pada masa dulu untuk memastikan anak-anak mereka itu terus sihat dengan kekurangan pelajaran yang formal. Ada diantara ibu bapa sekarang yang masih mengekalkan budaya seperti ini, macam kawan aku yang bernama Khalidah, tapi mempunyai nama timangan Ayu.
Namun, apa yang menjadi masalahnya apabila kita pergi mencari tuan punya badan di kawasan rumah mereka. Tadi, aku ditugaskan untuk pergi ke rumah kawan arwah abah aku untuk menghantar kad jemputan perkahwinan akak aku kepada mereka. Apa yang aku tahu, nama panggilan kawan arwah abah aku adalah Sahak. Maka, aku pun bertanya kepada orang disana-sini, " Mana rumah Pak Cik Sahak Teksii?" Berkeliaran la aku di sekeliling taman perumahan tu. Keluar masuk lorong sana sini. Akhirnya, aku jumpa juga rumah kawan arwah abah aku tu, setelah berpuluh kali memandu di jalan yang sama. Rupa-rupanya, nama sebenar pak cik tu adalah Ishak, dan orang kawasan perumahan tu hanya mengenalinya dengan nama Ishak. Punya la penat aku luangkan masa sampai lebih dari sejam berpusing-pusing kat kawasan perumahan tu.Adeiiii..
Kalau difikirkan, memang kreatif atuk nenek kita ni. Nampak macam unik bila nama panggilan/ timangan tu digunakan dengan meluas di kalangan ahli keluarga & sahabat yang rapat. Namun, akan jadi pening kepala bila sampai satu masa, kita terpaksa mencari tuan empunya nama. Kita akan berdepan dengan dua pilihan, sama ada yang kita tahu tu nama timangan yang hanya orang terdekat je yang tahu, atau yang kita tahu tu nama betul yang hanya kita je yang tahu. Hahaha. Apa-apa pun, sediakan payung sebelum hujan. Tanya-tanya la dahulu nama sebenar atau nama timangan orang yang kita nak cari tu dengan orang yang berkenaan. Kalau tak, memang menangis sebab tak jumpa orang yang dicari.
* Hanya arwah abah je yang tahu nama betul kawan-kawan dia..*
No comments:
Post a Comment