Pasal bola, orang boleh bergaduh. Pasal bola, sedara mara boleh bergaduh. Pasal bola, bakal suami isteri pun boleh bergaduh..
Ish ish ish...
Aku tak faham dengan manusia yang macam ni. Ok la, aku ni org Johor Darul Ta'zim, a.k.a JDT. Aku bangga jadi anak Johor. Aku membesar & lahir kat Johor, bersekolah di Johor, bergraduasi di Johor & bekerja di Johor. Segalanya di Johor. Pasal bola? Aku terus terang, aku tak tengok bola sangat. Aku layan Piala Dunia je. Aku peminat Formula One.
Apa yang aku faham tentang bola sekarang?
JDT tengah buat nama. Sebab TMJ banyak beli pemain luar, sebab TMJ banyak buat pembangunan bola sepak, sebab BOS antara fan yang paling supportive. Ada yang cakap Johor berlagak? Hmm.. apa yang aku nak cakap, tu semua bergantung pada perspektif orang. Kalu fikir positif, akan ada yang sokong. Kalu yang fikir negatif, mesti la JDT diktuk habis-habisan. Cuma satu je yang aku nak cakap, kalau orang nak kutuk, fikir la siapa yang dikutuk tu. Kalau korang nak kutuk, sila kutuk peminat bola fanatik, peminat JDT yg dok kutuk fan & kelab negeri lain, bukan orang Johor yang tak tengok bola. Tak payah la nak sibuk sindir-sindir. Tak payah la nak bising-bising, buat sakit telinga je. Kalau sekali tak pe juga, ni dah banyak kali. Sekali dua boleh la bersabar, kalau dah berpuluh kali? Mungkin ada yang nak makan kaki!
Yang aku marah, yang dikutuknya TMJ & rakyat Johor keseluruhannya. TMJ tak pernah mintak duit orang lain untuk beli pemain, dia tak pernah menyusahkan rakyat dia, yang rakyat negeri lain kecoh sangat tu, dah kenapa? Lagi satu, sila jangan menyumpah orang Johor tak tentu pasal, jangan mencarut orang Johor dengan perkataan puk!m@k semua tu, sedih tau dengar. Akhirnya, negeri yang di kutuk ni la yang akan bagi rezeki kat diorang, sebab diorang terhegeh-hegeh datang cari kerja kat sini. Aku bukan nak merendahkan mana-mana negeri atau pun orang lain, tapi kan kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir? Tak boleh ke buktikan yang kita ni orang yang bertamadun? Tak boleh ke buktikan yang mak ayah kita tak sia-sia hantar kita ke sekolah?
Aku malas nk cakap banyak. Jangan la pulak lepas ni ada peminat bola fanatik gilerrrr yang nak bom aku. Aku bukan peminat bola, sila jangan bom aku. Pandangan aku ni adalah dari pandangan rakyat Johor biasa yang tak menonton bola secara tegar. Aku da bosan denga diorang ni sibuk kutuk orang Johor. Aku dah bosan dengar diorang ni cakap orang Johor ni itu ini. Tak semua orang Johor macam tu, tak semua orang negeri lain macma ni. Sila la jangan jadi bodoh senget sangat.
* Sila jangan jadi manusia tak bertamadun*
No comments:
Post a Comment