Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Tuesday, February 2, 2016

Review: Ola Bola

Sumber: Google
Hari sabtu lepas, 30 Jan 2016, aku ada pergi tgk wayang dgn abg Fairuz. Asalnya, aku xda planning pun nak pergi tgk wayang. Tapi disebabkan tiket free adik aku utk bulan Januari masih ada berbaki 6 tiket, mcm rugi la plak nak burn mcm tu aje. Tanya abg Fairuz, nak tgk wayang tak? Abg Fairuz kata, kalu nk tgk Ola Bola, boleh la. Makanya, aku pun pergi la tgk Ola bola.

Utk cerita ni, aku terlepas opening dia, sbb aku sakit perut teramat, dan bertapa dlm toliet lebih dr 20min. Merana wei. Terus gegar lutut nak jalan, sbb masuk tandas cangkung. Hahaha.

Scene kat funfair tu memang sebijik buat suasana tahun 1980. Tapi, ada 1 spoil, sbb ade 2 org awek melayu pakai shawl butterfly. What?? Zaman tu, makcik-makcik pakai tudung bawal pin sampai bawah, kelepet tutup dahi, atau pakai tudung stail ikat belakang. Sungguh mengganggu konsentrasi aku. Huhuhu. Buat la homework sikit mcmane org tahun 1980-an pakai tudung. Huhu. Tak pasal2 dah ganggu setting filem.

Aku terhibur tgk cerita ni. Setiap watak ada peranan masing-masing. Rahman (Bront Palarae)  memang kelakar. Cara dia ulas bola, memang ada stail tersendiri, ayat ad-lib memang buat org ketawa. Cerita mcm ni memang takkan terlepas dari konsep kekeluargaan, dan pd aku, itu memang la sepatutnya diterapkan, lagi la pulak konsep kekeluargaan makin pupus dlm diri org Malaysia ni. 

Cerita ni buatkan kita rasa, kaum tu sebenarnya hanya tertulis atas surat beranak je, tp hubungan persahabatan tanpa mengira bangsa tu yg penting. Masa ni la nak menunjukkan rasa bersatu padu di bawah bendera Malaysia. Lagi pun, sejak dari dulu, memang dah terbukti sukan mampu menyatukan Malaysia. 

Tak rugi tengok cerita ni. Usaha tangga kejayaan tau~


Saturday, February 8, 2014

Bola oh bola

Pasal bola, orang boleh bergaduh. Pasal bola, sedara mara boleh bergaduh. Pasal bola, bakal suami isteri pun boleh bergaduh..

Ish ish ish...

Aku tak faham dengan manusia yang macam ni. Ok la, aku ni org Johor Darul Ta'zim, a.k.a JDT. Aku bangga jadi anak Johor. Aku  membesar & lahir kat Johor, bersekolah di Johor, bergraduasi di Johor & bekerja di Johor. Segalanya di Johor. Pasal bola? Aku terus terang, aku tak tengok bola sangat. Aku layan Piala Dunia je. Aku peminat Formula One. 

Apa yang aku faham tentang bola sekarang? 

JDT tengah buat nama. Sebab TMJ banyak beli pemain luar, sebab TMJ banyak buat pembangunan bola sepak, sebab BOS antara fan yang paling supportive. Ada yang cakap Johor berlagak? Hmm.. apa yang aku nak cakap, tu semua bergantung pada perspektif orang. Kalu fikir positif, akan ada yang sokong. Kalu yang fikir negatif, mesti la JDT diktuk habis-habisan. Cuma satu je yang aku nak cakap, kalau orang nak kutuk, fikir la siapa yang dikutuk tu. Kalau korang nak kutuk, sila kutuk peminat bola fanatik, peminat JDT yg dok kutuk fan & kelab negeri lain, bukan orang Johor yang tak tengok bola. Tak payah la nak sibuk sindir-sindir. Tak payah la nak bising-bising, buat sakit telinga je. Kalau sekali tak pe juga, ni dah banyak kali. Sekali dua boleh la bersabar, kalau dah berpuluh kali? Mungkin ada yang nak makan kaki!

Yang aku marah, yang dikutuknya TMJ & rakyat Johor keseluruhannya. TMJ tak pernah mintak duit orang lain untuk beli pemain, dia tak pernah menyusahkan rakyat dia, yang rakyat negeri lain kecoh sangat tu, dah kenapa? Lagi satu, sila jangan menyumpah orang Johor tak tentu pasal, jangan mencarut orang Johor dengan perkataan puk!m@k semua tu, sedih tau dengar. Akhirnya, negeri yang di kutuk ni la yang akan bagi rezeki kat diorang, sebab diorang terhegeh-hegeh datang cari kerja kat sini. Aku bukan nak merendahkan mana-mana negeri atau pun orang lain, tapi kan kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir? Tak boleh ke buktikan yang kita ni orang yang bertamadun? Tak boleh ke buktikan yang mak ayah kita tak sia-sia hantar kita ke sekolah?

Aku malas nk cakap banyak. Jangan la pulak lepas ni ada peminat bola fanatik gilerrrr yang nak bom aku. Aku bukan peminat bola, sila jangan bom aku. Pandangan aku ni adalah dari pandangan rakyat Johor biasa yang tak menonton bola secara tegar. Aku da bosan denga diorang ni sibuk kutuk orang Johor. Aku dah bosan dengar diorang ni cakap orang Johor ni itu ini. Tak semua orang Johor macam tu, tak semua orang negeri lain macma ni. Sila la jangan jadi bodoh senget sangat. 

* Sila jangan jadi manusia tak bertamadun*