Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Tuesday, September 9, 2025

Priority lane orang mengandung

Semalam dengan hari ni, sibuk orang memperkatakan tentang priority lane untuk ibu mengandung. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Benda ni mudah je. Ada berkaitan dengan empati. Memang ada orang yang akan cakap;

 'Engkau yang pilih untuk mengandung, dah kenapa aku nak mengalah dengan kau? Tu kan pilihan kau'

Betul. Kenyataan tu betul. Sama juga nanti kalau kau berkahwin, kau sendiri mengandung, atau isteri kau nanti mengandung, memang itu pun pilihan kau kan? Tapi kita sebagai manusia, ada satu sifat yang diberi nama empati, iaitu rasa memahami keadaan orang lain. Tapi apa yang aku perasaan, semakin lama semakin kurang perasaan empati dalam diri masyarakat kita. Sebab apa? Sebab semakin kurang hidup bergaul,hidup bermasyarakat, hidup hanya dalam kepompong sendiri, jadi tak tahu tentang orang lain. 

Emak-emak mengandung ni, tak la teringin sangat nak dapat layanan special. Dia pun segan juga. Tapi kalau ada empati, boleh fikir, kan? Trimester pertama, berhadapan dengan morning sickness, rasa badan tak selesa, badan lemah. Trimester kedua, keadaan semakin membaik, waktu ni ibu mengandung bertenaga sikit. Tapi bila masuk tirmester ke 3, dengan kandungan semakin membesar, segalanya terbatas. Tahu tak kalau ibu mengandung ni, bila dah sarat, benda paling malas dia nak buat adalah keluar berjalan? Dari dia bersusah payah pergi beratur kat mall untuk beli barang, baik dia rehat dekat rumah. Dari dia sibuk nak makan kat kedai, lagi baik dia duduk rumah je. Baring-baring, golek-golek, rehat-rehat. Tapi, keadaan kadang-kadang bukan mudah seperti yang disangkakan. 

Contohnya kalau berbelanja barang, ada ibu sarat yang PJJ, suami jauh, si ibu ni bekerja, hanya ada waktu hari hujung minggu untuk beli barang dapur. Nak suruh pergi speedmart? Kalau speedmart kat rumah aku ni, asal pergi je, rak kosong memanjang. Jadi nak tak nak, kena pergi supermarket. Ada yang cakap, ada supermarket bukak sampai pukul 12 malam. Kau expect emak mengandung yang nak keluar rumah pun tak larat, nak menahan mata pukul 11-12 malam? Pukul 7malam pun dah nak tertutup mata. Hmmm.

Disinilah gunanya empati. Kalau memang tempat tu tak ada priority lane, lepas tu emak mengandung ni mengeluh, apa yang kita boleh buat adalah senyap. Tak payah nak cakap apa-apa. Tak payah la cakap emak tu mengada lah, itu lah, ini lah, sebab keadaan setiap orang tu tak sama. Macam aku waktu mengandung, ada masa aku boleh lari 5km tanpa masalah, ada masa aku nak bangun dari kerusi pun minta ampun. Aku sendiri PJJ, ada masa kena keluar sendiri beli barang rumah. Apa option yang aku ada kalau dekat dapur barang semua dah habis? Kena la keluar rumah dan beli walaupun jalan macam penguin. Aku pun tak adalah demand priority lane, tapi kalau ada, alhamdulillah sebab dipermudah urusan. Kalau tak ada? Duduklah beratur tu sambil tahan perut mengeras ke, atau rasa nak terkencing, atau sakit pinggang,atau lenguh kaki, atau macam-macam lagi lah. 

Lagi satu orang persoal, kenapa kat kedai makan ada priority untuk ibu mengandung sedangkan dia ada ahli keluarga lain makan sekali? Dah tu kau nak dia makan sorang-sorang, lepas tu ahli keluarga lain makan kemudian? Lepas dia habis makan tu dia nak buat apa? Biarlah kalau kedai tu nak meraikan dia pun, emang hak dia. Bukannya sepanjang masa mak ni mengandung. Lagipun, lagi cepat dia habis makan, lagi cepat dia boleh balik, lagi cepat boleh rehat. Lega tau rasanya bila boleh luruskan kaki atas katil. 

Isu ni kecik je, tapi ada orang suka perbesarkan. Kalau lah orang ada empati, takkan ada cakap-cakap belakang lepas tu. Emak mengandung pun, tak boleh nak demand lebih seba mengandung tu memang pilihan kita pun. Jadi kalau ada orang sediakan priority lane, alhamdulillah bersyukur atas kemudahan. Kalau tak ada, terimalah seadanya. 

Saturday, July 24, 2021

Bersalin di fasa Pelan Pemulihan Negara

Block yg pasti akan dituju oleh ibu mengandung

Anak PKP ke? Semestinya. Haha. Pengalaman aku bersalin di musim PPN. Satu pengalaman baru untuk aku. Aku selamat bersalin anak ke 3 aku pd 14 July 2021. Patutnya EDD 05 Ogos 2021, tp apakan daya baby nak jugak keluar 37 minggu. Seperti anak-anak akau yang sebelum ni, aku bersalin di Hospital Sultanah Aminah, JB. 

Flow nya?

Bila nak bersalin, macam biasalah kena pergi ke Bilik Saringan Bersalin dulu. Sebelum naik ke tingkat 2 untuk saringan, kena saring Covid-19 dulu. Sebelum ni. ruangan bawah ni jd tempat ayah menunggu kelahiran, sekarang dah tak ada. Kawasan ni dah jd tempat saringan Covid-19. Bila masuk, guard yg bertugas akan suruh cek suhu, scan MySejahtera dan isi borang declaration Covid-19. Lepas tu boleh la terus menuju ke tempat saringan tu. Kat situ nurse akan ambil semua vital dan tanya sebab datang. Kemudian doktor akan ambil history taking. Kalau dulu, semua proses ni dibuat di tingkat 2. 


Tempat ambil vital, history taking dan tunggu swab test

Dah selesai history taking, kena la tunggu 15minit atau lebih sebelum buat Antigen Test. Tunggu sampai kena panggil. Lepas ambil swab, pun kena tunggu 20min untuk result keluar. Dah clear semua, baru naik tingkat 2.

Covid test kit. Lepas daftar, memang akan dapat sorang satu.

Tempat menunggu lepas swab test


Ruang menunggu result swab test

Bila dia buat mcm ni, satu yang aku perasan masa menunggu di bilik saringan tu semakin singkat. Kalau tak, maunya kena tunggu sampai 2 jam baru dapat dipanggil masuk cek CTG & cek jalan. Tapi sekarang, sebab semua dah dibuat kat bawah, bila sampai tu duduk sekejap, terus dipanggil. Untuk cek ctg dan cek jalan tu, semua normal la. 

Directory dlm lift. Nak pergi bilik saringan, naik aras 1

Ruang menunggu bilik saringan. Lengang. 

Rezeki kali ni, aku dapat masuk bilik 1st class tp dengan bayaran 3rd class. Yeayyyy. Aku dapat bilik berempat, siap ada aircond dan toilet. Agak best sebab tak perlu jalan dari hujung ke hujung utk pergi toilet, dan tak panas sangat, malah sejuk menggigil. Nasib baik aku memang bawak sweater. Haha. 

Toilet kat dalam, ada shower panas, bilik aircond

Bersalin kali ni, suami tak boleh teman. Duduk la sorang-sorang layan contraction. Tahan sakit sorang-sorang. Agak mencabar mental sebenarnya. Bila sakit kuat tu datang, aku cuma mampu hantar mesej ke suami aku je. Tapi yang kelakarnya, sepanjang dlm labour room sebelum bersalin tu, sempat la aku melayan whatsapp utk alih fokus aku, kurang sikit stress. 

Perjalanan menuju labour room ditemani nurse

Selesai bersalin, duduk semula la di katil yang sama. Kalau di 3rd class, sebelum bersalin katil lain, lepas bersalin akan ke katil lain.

Siap-siap kemas sebelum discharged

Setakat tu, ini je rasanya yang berbeza bersalin waktu PPN ni. Sakit bersalin, prosedur dlm labour room, prosedur discharge semua sama. Iye lah, duduk bilik kelas 1 tak menyebabkan sakit bersalin berkurangan. Haha. Yang penting, pastikan bersedia dari segi emosi, dan enjoy the process 😄


Saturday, September 14, 2019

Label buku merah

Buku merah ni penting tau~
Utk ibu mengandung, semua mesti kenal dgn buku ni. Buku ni ibarat nyawa. Kena bawak ke mana-mana, lagilah kalau kandungan tu dah sarat. Dalam buku  ni,segala maklumat pasal ibu & kandungan akan ditulis utk memudahkan para pakar perubatan utk beri apa-apa bantuan perubatan kelak. 

Ni buku merah masa aku mengandungkan Aminah. Memang cara aku, aku tak suka buku aku jd lunyai dan terlipat-lipat. Sungguh mata aku rimas. Itulah sebabnya aku sampul buku tu. 

Masa nak bersalinkan Sulaiman, buku merah dia memang lunyai habis. Mana taknya, satu hari, lebih dr 5 kali buku tu diselak sana sini utk doktor buat review. Sampai buku tu dah tercerai berai dah. JAdi, bila aku pregnantkan Aminah, datanglah idea aku utk buat label utk setiap maklumat yang penting. 

Penuh label. Hahaha.
LAbel ni aku buat utk memudahkan doktor & nurse utk buat rujukan. Senang. Dia tahu aku berapa kali buat scan, masa bila aku minum air gula, masa bila ada cek tiriod, masa bila ada ambil swab. Tak perlu dia tercari-cari. Jadi, boleh la kurangkan tahap kelunyaian buku ni. Hahaha. Masa review pun lg mudah, sbb doktor terus buka pd page yg aku dah label. Hehe.

Ni salah satu muka surat yg aku ada scan
Ni masa aku buat MGTT. Bukti. Hahaha
Ni masa follow up kt HSA
Mudahkan? Kadang-kadang ada org yg cakap benda ni leceh, tp terpulang pd individu tu sendiri. Benda ni mudahkan aku sebab kalau masa kt wad, tak perlu la doktor tanya aku 20kali utk soalan yg sama, sbb semua jawapan tu aku dah siap-siap tanda dalam buku tu. LAgi satu, rajin-rajinkan diri utk semak buku merah ni. Kita akan tahu detail pasal kandungan kita sendiri, dan kita pun akan lebih alert bila nk menjawab soalan doktor. Hehe.


Thursday, October 26, 2017

Jantina anak

Jantina anak. Ada org yg nak anak lelaki, ada org yg nk anak perempuan. Ada org yg tak kisah. Aku tergolong dlm golongan org yg tak kisah tu.

Aku tak boleh nk bangkang atau nk pertikai hak org lain. Tu pilihan masing-masing. Tapi, keadaan sekeliling mengajar aku utk bersyukur dgn apa sahaja yg telah dikurniakan, lebih-lebih lg peluang utk mengandung dan melahirkan. 

Mengandung dan melahirkan, bukan semua org berpeluang dan ada rezeki utk merasainya. Ada org yg bertahun kawin, tp masih menunggu cahaya mata. Ada org yg tak boleh mengandung dek kerana masalah kesihatan. Ada yg tak boleh mengandung kerana faktor persekitaran, seperti masih dalam perkahwinan jarak jauh, atau kontrak kerja.

Ada sesetengah org yg sedih dan kecewa bila anak yg dikandung tu, bukan berjantina seperti yg diiginkan. Mungkin dah ada anak perempuan, jadi kandungan seterusnya diidamkan lelaki, dan sebaliknya. Tapi sebagai manusia, jantina anak tu bukan berada di tangan kita. Kita bukannya beli anak dikedai. Walau sekuat mana usaha kita, semestinya Allah yg akan tentukan hasilnya. Apa yg kita buat, berusaha dan berdoa agar dipermudahkan urusan kita. Tapi, jika Allah tak makbulkan permintaan kita, mungkin ada hikmah disebaliknya yg kita tak tahu. 

Bersabarlah. Semuanya ada hikmahnya. 

** Asalkan anak dlm kandungan sihat. Berpeluang mengandung dan melahirkan itu pun satu peluang yg besar, rasanya diri ini terlalu kerdil utk demand jantina anak**


Thursday, July 20, 2017

Rasa tak selamat ketika mengandung


Sumber di sini


Aku rasa, perasaan tak selamat tu ada dalam setiap diri manusia. Tapi, ia bergantung pada sejauh mana tahap rasa yakin diri seseorang tu. Makin tinggi rasa yakin diri, makin rendah rasa tak selamat, dan begitulah sebaliknya. 

Aku rasa, perempuan yg mengandung ni, dibanjiri dgn pelbagai hormon yg nk menyokong kandungan. Tapi, bila hormon-hormon terlebih, bentuk badan yg berubah, sakit sana sini, tak selesa sana sini, akan buatkan emosi ibu-ibu ni makin terganggu. Iye la. sebelum ni kalau nampak burger ramly tepi jalan, buat tak kisah je. Tapi bila mengandung, bila datang teringin die, tak dapat burger pun boleh menangis macam budak kecik. Ish ish ish. 

Lagi satu, disebabkan bentuk badan berubah, kulit muka jadi kusam, malas nk berhias sbb mual/ dah tak larat nk bawak perut, makanya rasa keyakinan diri pada penampilan tu semakin menurun. Kita jadi semakin tak yakin dgn diri sendiri. Tgk org lain semua lawa je, tapi bila tgk diri sendiri? Macam serba tak kena. 

Ada ibu-ibu yg perasaan dia sgt sensitif. Alangkan sebelum mengandung pun dah memang kuat cemburu, inikan pulak bila tgh pregnant. Ditambah pulak keyakinan diri yg dah menipis tu. Bila ternampak ada perempuan lain yg lg cantik, lagi lawa yg tegur suami, mula la kepala fikir lain. Bila ternampak suami pandang perempuan lain yg lebih menarik, mula la berfikir lain macam. Dah la emosi mmg sedia tak stabil, ditambah keyakinan diri yg memang dah nipis, lepas tu mula la fikir yg bukan-bukan.

Waktu ni la suami perlu main peranan. Perlu pastikan isteri tak rasa terabai, jgn sibuk nk melayan org lain kt luar. Berilah perhatian kt isteri. Yg dikandung tu kan anak sendiri. Isteri dah tolong bawak perut sana sini, takkan tu pun tak boleh nk hargai? Bukan la mintak emas 2 tan, atau kereta ferrari sebiji, cukuplah sekadar perhatian dan kasih sayang dr suami. 

Kasih sayang dan perhatian tu, memang akan beri impak yg besar pd isteri dan anak dlm kandungan. Ibu yg selalu bersedih, anak nk membesar dlm perut pun terganggu. Jadi, kalau nak anak sihat, pastikan ibu pun sihat fizikal dan mental~

Friday, January 2, 2015

Terasa hati

Terasa hati bila tgk kawan2 sibuk tulis kat FB, mereka rata-rata dah bertukar status. Post gamba suami, gamba perut mengandung, gamba anak. Bila post pasal tahun baru, masing-masing semua sibuk tulis pasal resolusi nk dapat suami, nak dapat anak tercapai. Betul org tua selalu cakap, jgn tunjuk apa yang kita ada, sbb ada org yg akan terasa hati. Bukan terasa hati sebab cemburu, sebab aku tak pernah cemburu dengan rezeki orang lain, sbb aku percaya setiap orang ada rezeki masing-masing. Tapi aku cuma rasa sedih, sebab rezeki aku tak semudah diorang. Bila orang baca luahan hati aku, pasti akan ada yang cakap 

" Ni FB aku, suka hati aku la nak letak apa."
" Ish, tak reti bersyukur dengan apa yang ko dah ada."
Ye, tu FB kau, memang suka hati kau la nak letak pasal ape pun, Tapi kalau dah dalam satu hari, 24 jam, ko tulis 24 post pasal suami dengan anak kau, didarab plak dengan beratus kawan FB yg sama mcm perangai kau, maunye tak penuh newsfeed aku dgn posting korang pasal suami dgn anak korang tu je? Dari orang yg nk buat tak tahu, nk buat relaks, akhirnya terus jadi sedih. Bila pulak perjalanan hidup die penuh liku sana sini, perjalanan jodoh die penuh dengan halangan, ko tak fikir org tu nk terus rasa gembira? Mestilah dia akan mula 'menangisi nasib diri'. Sebab tu kadang-kadang ada org yang terus amik keputusan utk tutup FB dia, sbb rasa terlalu memperbodohkan diri. Huuuuuu.. Sedih tak dengar? Orang yang dah selamat segalanya tu tak la sedih, sebab dah tengah gembira kan? Ade kau kesah orang sedih ke tak? Hanya orang yg senasib je faham perasaan ni. Bila umur makin meningkat, bila kawan-kawan rata-rata dah ada anak paling minimum sorang, bila kawan baik semua dah berumahtangga, mula la kau rasa keseorangan. Nak mengadu masalah pun tak ada kawan, sebab kawan kau tengah terlalu gembira berkepit dengan keluarga sendiri sampai mesej kau yang sebaris pun die tak mampu nak balas. Hmmm.. 

* Ok, aku dah mula rasa sedih. Berilah aku peluang nak bermuhasabah diri dan menangisi nasib diri kejap*