Setelah berminggu sibuk tertimbus dengan kerja opis hingga aku tak mampu nak hidup dengan normal, akhirnya aku mampu menarik nafas lega (tarik nafas dalam-dalam,hembus keluar ikut mulut, bukan punggung ye. Nanti kena hempuk pulak.) Tangan aku ni dah berminggu gatal nak menulis, tapi baru hari ni mampu nak menghilangkan kudis kegatalan aku kat atas papan kekunci. Tetibe aku nak cakap pasal shopping, atau membeli belah. Kenapa ye? Mungkin sebab aku sibuk tengok kawan-kawan aku post kat Twitter dan Facebook pasal diorang pergi membeli-belah hampir setiap hari.
Berbelanja a.k.a shopping sangat sinonim dgn wanita. Tanya sahaja wanita mana yang tak suka shopping? Tak kira la sama ada shopping baju, kasut, beg, mahupun makanan (Yang bab makanan,aku la tu.hehehe.). Mungkin bagi sesetengah orang, bershopping bukan sahaja membuang masa, malah tenaga dan juga duit. Namun,sebagai gantinya, penggemar shopping akan mendapat kepuasan. Ya, kepuasan memiliki apa yang mereka kehendaki. Cuma, kesannya ialah melompong di akhir bulan akibat duit dalam akaun dah kering kontang, kemarau macam kat Afrika.
Bila kita (a.k.a wanita hantu shopping) keluar terbang bebas sambil menebarkan sayap menuju ke shopping kompleks pilihan, sudah pasti didalam kepala telah memilih-milih apakah barang yang nak di beli, walaupun hanya dalam kesamaran. Namun, pilihan yang sebenar-benarnya hanya akan dilakukan apabila sang puteri dah berdepan dengan barang idaman hati. Itu lah sebabnya mengapa wanita-wanita ni cepat rambang mata, sebab pilihan yang utama itu dah ditetapkan dari awal. Bila nampak lawa je, nak beli. Asal nampak comel je, nak beli. Akhirnya, tanpa disedari, wang yang mengalir keluar tu bagaikan mata air, laju dan laju. Lagi satu, disebabkan wanita mudah rambang mata, maka pilihan yang dibuat akan mengambil masa yang agak lama. Banyak aspek dan faktor yang akan diambil kira, termasuklah warna, saiz, jenis, kekemasan, kesesuaian, dan juga pandangan orang yang berdekatan (mungkinkah teman shopping?), sehingga si teman shopping akan menjadi bosan tahap gaban.
Tidak hairan jika kita pergi ke shopping compleks, kebanyakkan kedai akan menjual barang yang berkaitan dengan wanita. Jika kita melangkah masuk ke kedai kasut, 80% dari kasut-kassut disitu merupakan kasut wanita. Tidak lupa juga kedai alat kosmetik, kedai pakaian, kedai tudung, dan bermacam-macam kedai yang menjadi tumpuan wanita. Oleh itu, boleh dikatakan wanita merupakan penyumbang kepada ekonomi negara, dimana kebanyakkan wang habis dilaburkan ke shopping kompleks. Mengapa wanita menjadi sasaran utama? Sebab wanita dilahirkan mempunyai perasaan halus, perasaan mudah untuk tertarik dan terpesona. Jika ditanya wanita yang paling kedekut kat dunia pun, jika ternampak sesuatu yang berkenan di hati di pasar raya, rasanya tembok besar cina pun mampu diharunginya. Walau sepandai mana pun wanita menguruskan kewangannya, pasti akan ada sedikit dari duitnya akan dilaburkan untuk membeli belah.
Wahai wanita-wanita sekelian, tidak salah untuk berbelanja dan bershopping, asalkan jangan merana diri sebab dah habis duit belanja. Kadang-kadang, barang yang dibeli itu sebenarnya satu kehendak, bukan keperluan. Memang benar shopping boleh dijadikan terapi, tapi lepas tu kita mungkin akan memerlukan terapi untuk menenangkan minda lepas tengok duit belanja yang dah kering kontang.

No comments:
Post a Comment