Antara FB dgn blog, mana aku lagi suka?
Hmmmm...
Dua-dua aku suka.
1. Blog
Tempat aku luahkan byk benda. selagi aku boleh tulis, aku tulis. Panjang berjela pun, ade aku kesah? Sbb tak ramai yg baca blog aku ni, jadinya memang kadang-kadang sampai berperanggan. Ape aku nk tulis, aku tulis.
2. FB
Lebih kepada nk update aktiviti terbaru je. Benda utk sesi luahan memang jarang sgt, melainkan luahan hati ringkas. Kekeke. Bukan ape, sbb bila kt FB tu, malas bebeno aku nk menaip panjang-panjang. Mcm takde feel. Lg satu, sbb nnt org menyampah nak baca. Hahaha
Oleh itu, kiranya ape yg aku tulis kt FB, takkan sama dgn ape yg aku tulis kt blog.
Showing posts with label blog. Show all posts

Thursday, September 29, 2016
Wednesday, July 1, 2015
Gedung Ilmu yang tertimbus di sebalik timbunan buku
Membaca memang penting. kalau nak tambah ilmu pengetahuan, semestinya perlu membaca. Bak kata pepatah, 'Membaca itu jambatan ilmu'. Saiz jambatan tu semua bergantung kepada berapa banyak buku yang dibaca. Kalau setakat sehelai dua, alamatnya jambatan tu setakat panjang titi longkang je la. Tapi kalau buku yang dibaca tu berjuta-juta lemon, saiz jambatan tu mungkin akan melebihi panjang jambatan emas yang menghubungkan antara Melaka dan Gunung Ledang.
Aku memang suka membaca. Dari mula aku pandai membaca, sampai aku dah tak mampu nak membaca sekarang ni (bukan sebab rabun dekat macam nenek-nenek,tapi sebab kekangan masa yang mencengkam). Bukan setakat baca buku, baca artikel, blog, cerpen, sampai keratan surat khabar kat pembungkus nasi lemak pun aku baca. Minat membaca aku bermula di darjah dua. Aku mula lancar membaca ketika darjah dua. Terima kasih kepada sahabat baik aku, Saifullah Muzakir yang juga bakal doktor pakar neuron tak lama lagi, sebab nak berlawan dengan dia dulu, aku berusaha melancarkan pembacaan aku, dan dia juga banyak membantu aku. Cewahh.
Membaca ni banyak membuka minda aku. Bila kita membaca bahan bacaan yg berguna dan berfaedah, maka banyakla ilmu yang kita dapat. Ada kalanya aku ada juga baca komik, selalunya ketika fikiran aku agak serabut, dan aku berada dalam mode santai.
Sudah lama aku tak membaca novel. Bukan kerana sudah tak minat, tetapi kerana jalan cerita yang sama, terlalu klise dan terlalu tak masuk akal. Tak lupa juga jalan cerita yg terlalu keanak-anakkan (mungkin sebab aku makin tua. Hahahaha) Penulis novel ni harus menghasilkan sesuatu yg lebih berkualiti, seperti novel tulisan Ramlee Awang Murshid, bukannya cerita tentang suamiku, suamiku, dan suamiku, macam kau je yang ada suami, aku tak ada. Huuuu.
Zaman teknologi, maka bahan bacaan tu lebih meluas. Jika sebelum ni, perpustakaan pasti menjadi pilihan aku utk membaca buku. Tapi kini, segalanya di hujung jari. Cuma aku sebagai wanita dewasa yang matang, aku boleh memilih bahan bacaan apa yang berguna kepada aku. Mana yg tak berguna, boleh diletak tepi.
Selain tu, aku suka membaca blog, kerana aku suka baca kisah hidup dan pengalaman orang lain. Selain itu, aku suka lihat cara penulisan mereka. Setiap penulis ada cara mereka tersendiri. Sedikit sebanyak ia membantu aku untuk lebih mengenali ragam manusia.
Membaca tu, akan banyak membantu kita kelak. Mungkin sesetengah org menganggap ilmu itu remeh, membaca itu remeh, tetapi ingatlah, wahyu pertama yg diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah...

' Bacalah'
Apa kaitan?
baca buku,
blog,
ilmu,
membaca,
perpustakaan
Wednesday, January 7, 2015
Blog layout- Malas nak bukak photoshop
Aku ade idea nak edit layout blog aku ni. tapi sejak akhir-akhir ni, aku didatangi penyakit MALAS. Nak bukak komputer pun aku malas, ni kan pulak nk bukak Adobe Photoshop. Hobi edit gamba aku pun dah mula berkubur dek terkambus dgn kepenatan seharian bekerja. Balik je rumah, yg aku mampu pegang handphone sambil tertido kat sofa. Setiap hari macam tu. tak tahu la kenapa badan aku makin menjadi-jadi penat die..
* Atuk nenek supplement aku makan. Sihatnye tak. Badan aku makin naik ade laaa*
Subscribe to:
Posts (Atom)