Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Monday, August 17, 2015

Amik darah utk kahwin

" Sekarang ni, nak kawin pun kena amik darah?"

Itulah soalan yang aku dengar masa tgh tunggu giliran nak amik darah. Ye makcik, sekarang ni, nak kawin kena amik darah. Nak kawin, kena pergi kursus 2 hari dan kena bayar RM120. Nak kawin, kena interview kat pejabat agama. Bukan senang nak kawin sekarang ni. (Nangisss). Ok, sebab nak kawin, so kena ikut je la, tak boleh betah. Kalu betah, maunye aku tak kawin.(Nangis lagi panjang...)

Aku dah amik borang HIV test tu dah lama. Aku pun tak ingat aku amik bila, sbb dah lama sgt. Hahaha. Masa tu, akak aku pergi UTC Kotaraya, dengan tujuan nk bayar cukai pintu dengan cukai tanah. Dah alang-alang kaunter Majlis Agama Islam Johor tu da satu opis ( Kaunter Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah tu beza 3 kaunter je), aku pun gatal-gatal tangan pergi amik borang HIV.

Akak kaunter: " Dik, nak kawin ni bila?"
Aku: " Agak-agak dalam bulan 6 kot"
Akak kaunter: " Lama lagi ni dik. Tapi, kalau amik je, boleh je"

Padahal, masa ni tarikh nikah pun tak ada lagi. Huhuhuuhu. Gatal betul. Anak sape la ni....

Bila aku dah ditetapkan tarikh nikah aku, iaitu pada 6 Jun 2015, makanya aku perlu la bersusah payah untuk settlekan ujian HIV aku. Lagipun, ujian ni boleh diguna pakai selama 6 bulan. Ambil awal pun tak apa.

Pukul 9.00pg aku dah sampai ke Klinik Kesihatan Mahmodiah, Hospital Sultanah Aminah. Sampai awal, tp sebab parking tak ada, entah berapa kali aku pusing-pusing untuk cari parking. Dapat jugak la parking, tapi jauh ceruk, sampai aku jalan kaki dengan kelajuan cheetah pun, makan masa 10 minit. Huhuhu. Berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Sampai saja depan akunter, aku pun cakaplah kat akak misi kat situ yg aku nk amik ujian HIV.

Akak misi: " Pasangan mana?"
Aku: " Pasangan saya kat KL"
Akak misi: " Datang sorang?"
Aku: " A ah"
Akak Misi buat muka 'Oooooo..ok' sambil beri satu borang ala-ala borang HIV yg Majlis Agama Islam Johor punya, tapi yg ni ade gak borang utk rekod hospital, termasuk maklumat peribadi. Makanya, tulislah dengan gigih.

Huhuhuhuu.. Orang depan dan belakang aku semua datang dengan pasangan. Nak buat macamana, Abg Fairuz jauh kat KL sane. Takkan la aku nk paksa die dtg JB semata-mata nk amik ujian HIV
Dapat no. Huhuhu.
Bila da dapat no, benda pertama yg kena buat adalah bayar. Aku kena pergi kaunter bayar dan daftar, kaunter B. Ade la aku kena tunggu dalam 10 minit. Nak main internet, line macam siput. Makanya aku baca buku yg aku bawak, bertajuk ' Secret Diary of A New Mum at 40'. Kelakar la jugak. Hehehe. 

Lepas bayar, aku kena pergi ke kaunter H, utk ambil berat. Masa tu, berat aku adalah 60kg. Apa??? Beratnya aku. Huhuhuhu. Takpe la, baru la BMI aku sihat sikit. Sebelum ni aku selalu jatuh dalam kumpulan kurang berat je. Hahaha. 

Lepas tu, barulah aku kena pergi kaunter J. Kat situ, disediakan satu bakul utk letak borang HIV yg hospital dan juga pejebat agama bagi. Kad kesihatan yg warna kuning tu kena la pegang. Tunggu sambil tgk gelagat org. Lepas sorang, sorang keluar sambil tangan pegang kapas yg melekap kat lengan. Rasa seram la pulak. Huhu. Ramai rupenya orang yg nk ambil darah ni. Lebih kurang 15min tunggu, sampi giliran aku sampai. Aku kena g kaunter utk ambil kit HIV test dan juga satu tube darah. Aku disambut oleh akak misi yg tgh berbadan dua. Rasa amik darah? Macam kena gigit nyamuk. Sakit sikit je sbb akak misi tu pandai cari urat. Hahaha. Akak tu masukkan setitis  dua darah aku dalam kit HIV, selebihnya aku kena hantar darah aku pergi lab kat kaunter C. 

Cop yang aku dpt kat kaunter C
Tunggu punya tunggu, keluarlah keputusan darah aku. Yang ni, utk tgk aku ada talasemia ke tak. Aku tak payah susah-susah nak mintak, sbb mmg wajib kena amik. 

Lepas tu, kena la pergi jumpa doktor kat bilik 11. Punya la lama aku tunggu. Berakar aku tunggu. Sejam setengah. Dari bateri tab aku penuh, sampai nak habis sebab aku main game. Hahahaha. Bila sampai giliran aku jumpa doktor, tak sampai 5 minit dah selesai. Huhuhu. Alhamdulillah, aku sipi-sipi kena talasemia. Patutnya, bacaan MCH tu kena 26 keatas. Tapi aku punya 25.7. Doktor cakap, kira 26 terus. Huhu. Tak payah la aku kena buat ujian follow up. Doktor pun cakap, awak nak kawin cepat kan? kekekeke. Mana doktor tau ni?
Keputusan darah aku
Keluar dari bilik doktor, kena pergi semula kaunter J, utk amik keputusan HIV aku. Akak misi tu dah cantik2 masukkan dalam sampul surat yg dah diberikan Majlis Agama Islam Johor. Akak tu cakap, tahniah, dah boleh kawin. Kekekeke.. Legaaaaaa..



Tadaaaaaa.. Keputusan da kuar. Boleh selesaikan borang nikah..
Aku pun meneruskan perjalanan balik. Fuhhhh. Dari pukul 9 pg, lebih kurang pukul 12 baru aku balik rumah. Nasib baiklah tak melarat sampai petang. Maunye aku tidur mase tunggu giliran. Lepas ni, dah boleh siap-siap dokumen utk hantar kat pejabat agama. Ngeeee.

Friday, June 5, 2015

Pre-wedding jitters

Haaaa.. mat saleh noo die punya tajuk. Aku rasa, semua bakal pengantin akan merasa benda ni. 

Tapi, ape kebenda pre-wedding jitters tu? 

Kalau direct translation, aku tak tau la. Tapi, maksud yg org mudah nak faham ialah, perasaan tak tentu hala sebelum hari pernikahan. Perasaan tak tentu hala tu, kan, perasaan yg bercampur baur. Girang, sedih, takut,  bimbang, risau, sume ade. Aku dah pun merasa benda ni sekarang, Huhuhu. Memang payah betul.

Mula-mula, bila cakap bab kawin, aku rasa aku dah bersedia. Bila tarikh makin dekat, aku jd lg tak yakin. Betul ke pilihan aku? Boleh ke aku jadi ibu yang baik? Boleh ke aku jadi isteri yang baik? Macam-macam dalam kepala. Sampai nak tido malam pun aku tak mampu..


Tapi, itu semua lumrah orang yang nak berumah tangga. Rasa berdebar tu tetap ada. Tapi akhirnya, kita bertawakkal pd Allah sahaja. Kita dah usaha, dah doa, kni tinggal tawakkal je. Pada aku, ni yang aku dilorongkan, ini yang aku teruskan.

Moga Allah merahmati perkahwinan aku ni.. :)

Monday, May 18, 2015

Terima kasih Fahrin Ahmad!

Aku berterima kasih banyak-banyak kat Fahrin Ahmad, sbb dah sedikit sebanyak da membantu mengurangkan sedikit bebanan aku sebelum melangkah ke alam rumah tangga. 

Haaa, kalu baca ayat atas tu, mcm la Fahrin bg aku duit juta2 kan? Kekeke. Sebenarnya, bukan sama sekali. Aku berterima kasih kat Fahrin, sebab dia nikah tanpa hantaran. Aik? Apa kaitan dgn aku kan?

Macam ni kisahnya. Mak aku tgk rancangan Melodi kat TV3, ade keluar kisah pasal pernikahan Fahrin Ahmad. Punya la mak aku sibuk panggil-panggil aku, yg pada waktu tu aku tgh sibuk nak menyiapkan bantal utk pelamin DIY aku nanti. Jadinya, memangla aku malas nk pergi ke ruang tgk tv tu. 

Tetiba, mak aku dtg. 

Emak: " Mak nk tunjuk pasal Fahrin Ahmad kawin"
Aku: " Dah tau da. Dah ada keluar FB"
Emak: " Die nikah tak ada hantaran. Ada maskahwin je"
Aku: " Aah, diorang dah pergi honeymoon da. Jemputan sikit je."
Emak: " Hmmmm. Nanti awak tak payah hantaran la. Baik awak guna duit tu utk buat benda lain. byk nk pakai duit lepas kawin nnt"

Seraya itu, mata aku pun mula bersinar-sinar, penuh dengan cahaya. Macam tak percaya je apa yang aku dengar dr mulut mak aku. Punya la sebelum ni, aku dah cakap kat mak aku, aku tak nak ada hantaran. Tapi, aku kena marah. Mak siap cakap, kalu tak ada hantaran, biar mak keluar duit utk hantaran. Huhuhuhuuu... Tapi dek kerana mak aku tgk Fahrin Ahmad yg gaji puluh ribu tu pun tak ada hantaran, mak aku boleh terbukak hati utk bg aku tak ada hantaran. 

Iye la, pd sesetengah org, hantaran tu mcm penyeri pd majlis perkahwinan. Tp, pd aku, ada lg baik kalau duit tu aku guna utk benda lain, yg lg byk akan aku guna lepas kawin. Lantak la org nak cakap apa. Kalau berkemampuan, boleh la berbelanja lebih. Kalau belanja harian pun sipi2, ada baiknya buang benda yg tak diperlukan. Semua barang tu aku boleh beli lepas kawin, tak perlu nak tayang atas dulang, iye dak?

Secara rasminya, aku antara pengantin yg tak ada hantaran. Masa tunang pun aku tak ada hantaran, masa nikah pun aku tak ada hantaran. Sekurang-kurangnya, aku berjaya keluar dr stereotype masyarakat bahawa, pertunangan dan pernikahan perlukan hantaran. Tak ada hantaran, majlis masih lg meriah, bukan?

Hehehehe. Bersyukur kpd Allah, sbb permudahkan perjalanan pernikahan dan persandingan aku. Moga akan lancar hingga ke akhirnya. Aminnn..

Saturday, March 7, 2015

Mencari Manusia Sempurna

Nak cari manusia yang sempurna? Boleh ke jumpa?

Ramai yg nk mencari manusia yang sempurna jadi teman hidup. Ramai yang nak cari manusia sempurna nak dijadikan sebahagian dari hidup mereka. Kalau org tanya aku, dah jumpa ke?

Jawapan aku mudah je. 

Dah. Hampir jumpa. Insyallah jika diberi kesempatan dr Yg Esa, lagi 3 bulan, dia akan jadi sebahagian dr hidup aku, yang sah. Dia tak sempurna, tp aku yakin kelebihan aku akan buatkan dia jadi org yang sempurna, dan kelebihan dia akan buatkan aku jadi sempurna.

Rasa takut tu tetap ada. Dilemma tu tetap ada. Walaupun dah lama aku tunggu saat ni, tp aku pun manusia biasa. Macam-macam yang mengganggu fikiran aku. Siapa yang tak takut? Ni adalah pilihan seumur hidup, pilihan yang akan pengaruhi seluruh kehidupan aku. 

Tapi, satu je yg buat aku yakin. 

Allah ada.

Tak ada manusia yang sempurna, bahkan aku.

Saturday, October 25, 2014

Dilema golongan Cik diusia akhir 20-an

Hanya mereka yang belum kawin faham benda ni, terutamanya perempuan.

" Jom keluar?" Ayat yang biasanya korang guna untuk ajak kawan-kawan keluar. 

Tapi, jawapan dia ade 2, sama ada Ya, atau:

Tak boleh, husband aku nk ajak bercuti
Tak boleh, aku mabuk-mabuk sekarang.
Tak boleh, aku dah tak larat nak jalan.
Tak boleh, anak aku tak ada orang jaga.

Lagi ramai kawan korang yg kawin, lg byk alasan mcm ni korang akan dengar, hingga satu tahap korang rasa..

" Aku pergi cari kucing dalam hutan lagi hati aku gembira.." 

Sebabnya benda ni buatkan korang rasa korang lagi sunyi. Orang sibuk melayan keluarga sendiri, kau pulak sampai dah tak tahu nak layan ape lagi kat diri kau sendiri. Bila tak ajak kawan keluar, rasa mcm dah lama tak jumpa. Bila ajak keluar, alasan yang diberikan 100101023932741085 jenis alasan. Sampai kau nak mengajak die keluar pun kau berfikir 48752845628472 kali. Yelah, tak de la kau nampak macam perempuan tak laku je asyik nak berkepit dgn kawan, bukan dgn laki sendiri. Lagi satu, segan la plak kan bila kau nak keluar dengan kawan kau, laki die pun dok ikut ke hulu ke hilir. Kalau rapat tak apa. Last-last kau yg nampak mcm makhluk asing melayan perasaan seorang diri kat tepi sbb laki bini tu sibuk beromantik sana sini. Pedih tau tengok..

Akhirnya, bila kau rasa baik kau keluar menghiburkan hati sendiri,  jadi la kau perempuan yang.....


Duduk je la rumah, melayan kucing.... tak pun kumpul je la duit banyak-banyak, pergi backpacking seorg diri. Apa nak jadi,jadilah..Sebab alangkan nak ajak keluar pun payah, inikan pulak nak ajak bercuti. 

Thursday, February 27, 2014

Alhamdulillah.. selesai..

Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan & resepsi kakak aku. 2 3 minggu sebelum tu aku dah mula tak cukup tidur, tidur di mana sahaja yang aku sempat. Paling banyak, aku tidur kat ruang tamu di atas lantai mozek yang sejuk beku sampai Pagi. Bila bangun pagi, badan punya letih macam baru lepas kena langgar kereta. (Aku pernah kena langgar kereta masa umur 6 tahun..Adei.. Sakit tau~)

2 3 hari sebelum majlis, aku dah mula sibuk ke sana sini. Bungkus goodies, siapkan signage, dalam masa yang sama aku kena siapkan kerja opis yang bertambun sebelum aku cuti. Agak kelam kabut & penat. Mana taknya, balik kerja pukul 7.30 mlm, terus siapkan itu ini, pergi sana sini. kadang-kadang nak jgak mengeluh, 'isshh.. ni aku ke kakak aku yang kawin?' Tapi bila fikir dah tak ada siapa boleh bantu dia, makanya aku pun dengan rela bantu mana yang patut.

Majlis akad nikah berlangsung pada hari jumaat lepas isyak, 21 Feb 2014. Sebelum akad nikah, ada berlangsung majlis tahlil ringkas untuk arwah abah aku. Hmm. Agak sedih disitu. Sebelum majlis bermula, aku dah mula sebak. Ialah, selama hari ni, tak pernah terbayang adik lelaki aku yang akan jadi wali. Adik aku pun dah banyak nampak perubahannya. Kakak aku selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz. Alhamdulillah.

Gambar dengan kakak sebelum majlis bermula
Majlis keesokkan harinya berjalan dengan lancar. Walaupun hampir tiada gambar kami (sebab terlalu sibuk, tak sempat nak ambil gambar..T_________T ) syukur segalanya berjalan lancar. Walaupun ada beberapa insiden kecurian berlaku yang menyebabkan kerugian hampir RM600, namun segalanya baik-baik sahaja.

Tahniah buat kakak aku. Semoga menjadi isteri yg solehah. Doakan juga adikmu ini mengecapi bahagia.

* Tak tahu bila giliran diri sendiri *

Monday, February 17, 2014

Sibuk

MAjlis kawin akak aku akan berlangsung lagi 4 hari. Persiapan dah mula rancak, keadaan dah mula kelam kabut. Huhu. Tidur pun asal boleh, sepah-sepah sana sini. Dah lebih seminggu aku tidur kat ruang tamu sambil dikelilingi barang yang aku siapkan, macam sampah bunga tisu, kotak goodies, kucing macam-macam lagi. Rutin aku kat pejabat masih lagi sama, malah lagi sibuk. Adeii.. Kalau ikutkan hati, nak je lari mana-mana, sebab dah terlalu penat. Nak saja rasanya pergi bercuti lepas ni. Tapi, nak buat macamana kan?  Tanggungjawab sebagai adik tu penting jugak, dan lagi satu, aku pun terpaksa simpan duit untuk majlis sendiri. Terima je la dengan hati terbuka. Aku berdoa agar majlis ni berjalan dengan lancar!

* Lepas ni boleh la fikir untuk diri sendiri pulak~*

Tuesday, February 11, 2014

Kedah With Love


Amboi, tajuk kemain nak gempak. Hehe.

Aku pergi ke Kedah 30 Jan 2014. Punya la dahsyat sebab tetiba Air Asia batalkan penerbangan aku yang sepatutnya pukul 12.30 tgh, diganti dgn penerbangan pukul 7.00 pg. mak aih..sebelum subuh aku dah terpacak kat Airport Senai. rabak mata. Huhu. Tiba di LCCT, aku dijemput oleh Abg Fairuz. kami berjalan sampai MidValley sementara menunggu penerbangan seterusnya, pd pukul 8.30 mlm. Sesampai je di Kedah, aku memang dah mengantuk. Tapi, sempat pulak aku pakaikan inai untuk si pengantin. Hehe. malam tu aku dapat tempat tidur istimewa, iaitu bilik pengantin. Hehe. Sebelum pengantin tidur, aku tidur dulu.

Keesokan harinya, aku stak la sesibuk sedara mara. Ada la jugak aku curi tulang. Kekeke. Cik Odah selamat dinikahkan dengan pasangannya Salleh tepat jam 6.15ptg. lama la jugak kami tunggu pak imam. Nasihat yg pak imam beri tu panjangnya da serupa macam ceramah agama. Punya la panjang. Bak kata kawan aku Cik Odah, ' Sampai isyak pun aku tak nikah macam ni' Kekeke. Tapi, apa yang dinasihatkan oleh pak imam tu amatlah berguna dalam kehidupan berumahtangga. Yang bestnya, ada lagi sepasang pengantin yg turut dinikahkan pada hari tu. Hehe. Selamat pengantin baru kalian..

Hari persandingan, haishhh.. Aku yang berdebar lebih. hahahah. Yelah, sebab nak jadi pengapit. Tapi tak la pengapit yang mengapit sangat. Hahahaha. 
Tu diaaa.. tak sabaq~

Berseri kawan saya ni~
 Petang tu, lepas majlis kami ke Taman Rimba (aku asyik tersasul Hutam Rimba je. Haish. Jangan marah orang Kedah. Huhu) Aku kira, selain dari Cik Odah, ada lg 13 pasangan pengantin yang amik gambar di tempat yang sama. Ada macam-macam fenyen baju, ade macam-macam warna. Hahaha. Sangat meriah.

Alololorrr.. manjanya~

Kekekeke..

Abg Fairuz & posing kegemarannya
Itu diaaaa.. juru kamera berdedikasi. Dalam sawah pun masih steady.
Ada banyak lagi gambar, tapi aku masukkan yang ni je la. Hehe. Best memang best. Cuma aku tak la dapat jalan-jalan kat Kedah, sebab motifnya datang Kedah sebab nk jadi pengapit, bukan nak jadi pelancong. Hehe. Nanti ada masa, panjang umur, boleh la datang melancong ke Kedah.

* Penat tapi bestttt*

Sunday, January 19, 2014

Perkahwinan: Sudah cukupkah simpanan?

Kita berada di zaman dimana apabila anak menyuarakan hasrat untuk berkahwin, soalan yang ditanya oleh keluarga adalah:

" Dah cukup duit?" dan bukannya " dah cukup ilmu di dada?"

Itulah hakikatnya. Perkahwinan dilihat sebagai satu majlis yang perlu kelihatan gah. " Apa kata orang?" Itu yang sering dipersoalkan bila pengantin menginginkan majlis yang sederhana tanpa ramai jemputan, apabila pengantin menginginkan hanya majlis pernikahan yang ringkas tanpa pelamin, tanpa kompang, tanpa khemah. Dilihat pada hari ini, bagi mereka yang bernasib baik mempunyai ibu bapa yang mampu menanggung majlis perkahwinan mereka, sudah semestinya tidak punya masalah. Bagi mereka yang disebaliknya, sudah semestinya majlis perkahwinan mereka adalah hasil dari titik peluh mereka sendiri. Setiap sen yang dikeluarkan untuk majlis mereka adalah dari hasil upaya mereka sendiri. Tidak kira sama ada wang simpanan mahupun hasil pinjaman. 

Kadangkala, jumlah yang perlu dikeluarkan untuk satu majlis perkahwinan yang hanya berlangsung selama sehari memakan belanja hingga RM25000. Bagi mereka yang agak berkira tentang duit, pada aku jumlah itu agak mahal. Memang kita menginginkan sesuatu yang kelihatan gah di hari perkahwinan, namun kehidupan selepasnya itu yang lebih bermakna. Tiada guna jika majlis kelihatan gah, namun hari-hari dibebani hutang. 

Jika anak menginginkan majlis yang ringkas, iaitu hanya majlis pernikahan yang dihadiri saudara mara sahaja, maka akan ada kedengaran suara-suara tak enak di belakang, " Dah bunting ke?", tanpa mereka sedari, sebenarnya bukan mereka yang mengeluarkan sesen pun duit untuk majlis perkahwinan itu. Mulut manusia memang sukar untuk ditutup. Pelbagai andaian akan dibuat, sama ada yang membina mahupun yang menjatuhkan. tidak kira siapa pun mereka. 

Masyarakat kini telah disogokkan bahawa majlis perkahwinan itu perlu ada pelamin, perlu ada deretan khemah-khemah yang banyak, masakan yang beraneka jenis, buah tangan ( Goodies Bag) yang eksklusif, pakaian pengantin yang anggun, DJ/ Sound sistem yang hebat, dan pelbagai lagi. Mulut mereka pasti tidak berhenti mengata jika majlis yang diadakan itu secara sederhana, tanpa mengambil kira perasaan tuan rumah, dan juga tanpa mengambil kira kedudukan kewangan mereka. Mengapakah keadaan menjadi sebegini? Kerana manusia itu saling berlumba untuk mendapatkan pujian. Majlis orang ni ada DJ radio, majlis orang ni ada live band, majlis orang ni ada 10 jenis lauk, majlis orang ni ada pelamin RM3000, maj;is orang ni ada baju ala-ala permaisuri agong dan pelbagai lagi jenis perbandingan. Jika kita tergolong dengan golongan yang tidak kisah akan semua itu, dipersetankan sahaja segalanya. Namun jika disebaliknya, bakal pengantin itu sendiri yang akan menanggung bebannya dikemudian hari. 

Seandainya majlis pernikahan itu menjadi mudah, maka sudah tentu akan kurang masalah gejala sosial. Kini, apabila pasangan ingin melangsungkan perkahwinan, mereka perlu mengikat perut untuk menyediakan duit bagi majlis mereka. Mereka perlu menyediakan duit paling minimum RM10k. Kelihatannya seperti perkahwinan itu adalah sesuatu yang sukar.

Oleh itu, masyarakat seharusnya kembali semula kepada keperluan pernikahan itu, mengapa pernikahan itu sesuatu yang penting dan wajib disegerakan. Jika masyarakat mampu membuang tanggapan karut mereka tentang majlis walimatul urus, semestinya pernikahan itu akan dilihat sebagai perkara yang tidak membebankan.

* Sebab tu kadang-kadang ada pasangan yang kahwin lari sahaja, sebab lagi murah & mudah*
** Mula terasa tekanan bila orang sudah mula membuat perbandingan majlis perkahwinan sepupu**
*** Pernikahan itu harus dimudahkan, bukan disukarkan..***
**** Aku nak nikah sahaja. tapi................ arghhhhh.. masyarakat bermulut tempayan****

Tuesday, January 7, 2014

Menjahit baju

Baju pengapit kawan aku belum terusik lagi, baju majlis untuk majlis sepupu belum terpegang lagi, kain untuk buat baju masa majlis kakak aku pun belum beli..

Aishhh..

Bila semangat nak buat, kerja tengah banyak, badan letih, penat. Bila tak ada semangat, masa tu la amsa kosong banyak bersepah..

Adeiii..

Diri, jangan malas lagi. Masa untuk bergerak. Kalau malas-malas, nanti aku babap laju-laju..

* Idea nak buat baju dah berlambak melimpah ruah, nak menggunting bajunya yang tak mula lagi.*

Saturday, November 30, 2013

Baju Pengapit

Kami semua sepakat,
Di kampung hai Pening Lalat,
Mengucapkan selamat Pengantin baru~
- Ahmad Albab-

Pening-pening lalat di kepala~

Orang lain yang nak kawin, aku yang pening kepala. Pening memikirkan nak buat baju pengapit stail macamana. Kain tak beli lagi, warna je yang dah ada. Puas aku korek idea yg ada dalam kepala. Terlebih vogue plak, nnt tenggelam pulak pengantin. Hmmm... Majlisnya 31 Januari 2014. Tiket flight dah beli, tapi bajunye yang tak dak lagi. Bila masa la aku nk memotong & menjahitnya. Pulak sekarang kerja kat opis mcm dah betimbun sebab nk kejar end-of-year punya delivery.. Jajajajajaja...Blur kejap..

Lagi satu, aku nak kena sediakan 3 pasang baju lagi, satu untuk majlis sepupu kat Kuantan pada 25 Januari 2014, (kuning mustard), dua pasang baju untuk majlis kakak aku sendiri ( 21-22 Februari 2014). Fenin daaa~

* Agak-agak, sempat ke idakk nk menyiapkannye?*

Tuesday, November 26, 2013

Serabut- persiapan

Serabut..

Itu je yang mampu aku luahkan setakat ni. Dengan majlis kenduri kakak & emak saudara yang semakin hampir, dengan hantaran & baju tak siap lagi, dengan kerja di opis, dengan keadaan kesihatan sendiri, akhirnya aku rasa serabut..

Hmmmmmm..

Mohon-mohon agar badan aku sihat sentiasa, agar aku boleh siapkan segala persiapan diorg ni...

Tuesday, November 5, 2013

Bunga Rewang/ Kendarat

22 Feb 2014

Kakak aku kawin. Hmm..

Terfikir-fikir nak sponsor apa?

Bunga kendarat?

Haa...

Bagus gak tu..

Tp design apa aku nak buat?

Garu-garu kepala lagi~

Tuesday, August 20, 2013

17 Ogos 2013~ Tahniah sahabat..

Tahniah sahabat-sahabat sekelian. Semoga bahagia hingga ke syurga

Liyana Kamaludin

Hamdan Isa

Salwa Nasir

Engku Hisham Engku Jaafar

Nurul Asyqiah

Noridah Selamat

Siti Zhafirah Zainal

Saturday, July 13, 2013

Percubaan untuk Tawarkan hati

Tawar hati, siapa pernah rasa?

Bukan dengan rasa pakai lidah (Eiiii, takkan nak jilat hati sendiri? Gelinya). Nak merasa hati, pakai naluri. Kita sendiri yang rasa, ok atau tak. Banyak penyebab kenapa terjadinya tawar hati tu. Kadang-kadang, tawar hati ni boleh berpunca dari diri kita sendiri. Sebabnya? Sebab kita terlalu teruja, excited la orang cakap. Bila kita dah teruja, secara tak sengaja pasti kita akan buat sedikit planning, ada pasang angan-angan, kan? Perasaan teruja akan berkurang sedikit demi sedikit, atau hilang terus jika apa yang kita angan-angan tu tak menjadi, atau pun kita tak nampak apa yang kita angan-angankan tu akan terjadi dalam masa terdekat. Iye la, kalau dah teruja tahap gaban, mesti la ada rasa tak sabar. Kalau dah tak sabar, mestilah setiap masa tu rasa lambat je. Macam la budak kecik yang nak pergi mandi air terjun. Kalau dah teruja, pukul 5 pagi dah sibuk-sibuk bangun nak gerak pergi waterfall, padahal subuh pun tak masuk lagi. Huhuhuu. Aku pun tak tak terkecuali.

Ada benda yang buat aku tawar hati, yang datang dari diri sendiri, iaitu pasal kahwin. Siapa yang tak teruja bila cakap pasal kahwin? Bila pulak semua kawan baik aku dah bertunang dan berkahwin, dan kawan baik aku yang bercinta kemudian pun dah nak kawin. Bila kawan-kawan baik aku tanya pendapat pasal itu ini, aku pun dah terbayang itu ini. Sebabkan teruja la aku sama-sama tengok persiapan pengantin la, survey itu, survey ini. Tengok design baju la, tengok katering la, tengok warna tema la, tengok bridal la. Siap kirim kain lace sepasang kat kakak opis masa dia pergi Bandung, nak buat baju kawin katanya. Hahaha. Rasa nak sorok muka bawah tanah.Tapi aku terlupa, aku bukan nak kawin dengan diri sendiri, tapi dengan orang yang akan jadi bakal suami. Aku terlupa, yang kami tak pun merancang apa-apa lagi. Bincang pasal merisik pun tak ada, inikan pula yang lebih-lebih. Dan yang pasti, aku rasa kami pun takkan bincangkan pasal perkara ni dalam masa terdekat, dan aku pun tak tahu bila. Dan aku terlupa, jodoh kawan-kawan aku lebih mendahului dari diri sendiri.

Bila aku fikir, memang salah aku sendiri pun. Aku yang cipta perasaan teruja tu. Imaginasi aku yang dah mendahului semua, lebih kurang macam aku yang lebih-lebih la. Huhu. Secara tak sengaja tercipta perasaan teruja tu. Padahal si dia sendiri cakap dia tak bersedia lagi, tak ada perancangan, dan tak ada keyakinan. Keyakinan terhadap apa? Aku tak tahu, mungkin keyakinan terhadap aku kot. Mungkin sebab aku tak menunjukkan ciri-ciri isteri yang die nak kot. Mungkin sebab dia belum faham aku kot. Huhu. Sebab perangai aku kadang-kadang macam budak-budak sangat. Jadi? Takkan aku tak faham-faham jugak? Sebab perasaan mendahului minda la perkara macam ni berlaku. Huhu. Terasa bodoh pulak aku rasa bila aku sibuk-sibuk share dengan si dia pasal bridal, dewan, semua tu. Malunya. Haha. Terasa macam sudu lebih dari kuah pulak, terhegeh-hegeh.~

Lama kelamaan, perasaan tu macam terkubur, perasaan teruja tu semakin terpadam sikit demi sedikit. Aku yang sengaja padamkan. Aku tak nak perasaan tu semakin bercambah. Aku tak nak setiap kali, aku yang rasa kecewa. Kecewa dengan diri sendiri sebab bandingkan diri dengan orang lain. Kalau tak dulu, bila kawan aku tanya pendapat, aku pun sibuk bercerita sana sini, apa impian aku, apa angan-angan aku. Sekarang? Bila kawan-kawan tanya pendapat, aku bagi tahu je apa yang diorang nak tahu, tapi tak melibatkan diri aku. Bila kawan tanya pasal aku? Aku cuma jawab, 'entah', 'tak tahu', 'tak fikir lagi', 'malas nak fikir', tak bincang lagi', 'tak tahu bila', 'biarlah', 'belum sampai masa'. Kalau tak pun, aku senyum je. Sedaya aku akan cuba mengelak dari bercakap pasal benda ni. Aku akan cepat-cepat ubah topik.  Aku pun memang dah tak tengok benda-benda berkaitan dengan semua ni, sebab nanti takut aku terlajak berangan lagi. Hehe. Aku sedang berusaha buang semua angan-angan aku. Buat masa ni, aku nak biarkan ia kosong. Tak fikir apa-apa, sebab belum sampai masa. Betul cakap si dia, go with the flow. Kita ikut je mana arahnya. Sekarang ni masa untuk bercinta, kita bercinta la dulu. Tak payah fikir pasal kahwin lagi selagi belum sampai masa. Itu lagi baik dari berangan tapi tak kena tempat. Huhu.

Lepas ni, aku hanya perlu 'menerujakan' diri aku dengan majlis kawan-kawan aku dan sepupu aku je. Terus bagi pendapat itu dan ini dan juga sokongan. Nampaknya aku dah kena ubah planning kahwin ke planning utk perjalanan, sebab jauh nak memandu ke Kedah, KL dan Kuantan. Haha. Kumpul duit minyak tol, kumpul cuti, nanti boleh amik cuti panjang sikit. Maunya nanti macam panda pergi opis. Haha. Kepada sahabat-sahabat aku, wishing you all a happy married life~

P.s: Jangan ditanya bila pulak giliran aku. Nanti ada yang makan selipar saiz 9~

Saturday, July 6, 2013

Perkahwinan dari kaca mata lelaki

Kata-kata yang diambil dari senior Samura batch 21, Noreffendi Eskan


Ramai si teruna dok kata skrang nak kawen susah hantaran mahal, modal majlis mahal, mas kahwin mahal, pelamin mahal, baju pengantin mahal etc etc bla bla bla pot pet pot pet...tahukah anda, saat anda melihat isteri anda ketawa, saat balik kerja makanan dah terhidang, saat bangun pagi sarapan dah terhidang, baju dah siap iron, kasut siap berkiwi, rumah bau wangi kemas serbe serbi, barulah anda akan rasa betapa besarnya pengorbanan seorang isteri. kita ni laki memang la kudrat lebih lagi, tapi bila jejak kaki dalam rumah ada bini, hilang upaya terus serba serbi! semuanya diurus bini ;)

**** bukan duit tu yg patut dirisaukan. ready tak ready tu lebih di utamakan. hantaran mas kahwin etc etc tu anggaplah hadiah istimewa buat isteri. buat dia simpan kenangan tu sampai hujung nyawanya nanti. depa ada sekali, kita 4 kali. maka hormatilah bini ;)


*Hahaha..ayat yang plg last aku gelak-gelak baca~ Amboi, da ada niat ke?Kekeke..
Aku sokong kata-kata dia. Contoh yang aku lihat, Arwah abah aku. memang arwah abah pandai berdikari, buat kerja seba serbi, tapi bila balik rumah, stokin pun tak boleh cari, lapar pun mintak mak hidang nasi, sabun mandi habis pun tak tahu mana nak cari. Kekeke...