Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

Thursday, March 3, 2016

Posting tertangguh: Majlis Nikah dan Sanding

Huhu. Smpai skrg, aku masih belum update lagi pasal sesi DIY utk majlis nikah dan bersanding aku. Sebab apa? Sebab gambar dr official photog tak dpt lg. Huhu. Lagi 3 bulan, dah setahun dah aku kawin. Bertabahlah. Huhu. 

Byk yg aku nk post. Pasal DIY pelamin nikah, DIY bunga tangan, DIY shawls dan veil, DIY hantaran, DIY button badge, dan  DIY photobooth. Pulak aku ada masalah, terlupa kat mana aku letak semua gambar DIY aku. Adeii. Nampak sgt usia semakin memainkan peranannya. Hahahaha.

Nantilah, aku korek semula.

Tuesday, June 23, 2015

Aku da nikah!!!!



Akhirnya, aku da menikah..

Setelah menempuh onak dan duri, penantian aku berakkhir dengan senyuman.

Lega..

06.06.2015, jam 3.00 ptg. Aku sah menjadi isteri kepada Abg Fairuz.

Senyum lebar sampai pipi. Hehehhe. Nanti aku post pasal bunga tangan, veil, shawl, pelamin dan hantaran DIY aku.

Ngeeeee...

Friday, June 5, 2015

Pre-wedding jitters

Haaaa.. mat saleh noo die punya tajuk. Aku rasa, semua bakal pengantin akan merasa benda ni. 

Tapi, ape kebenda pre-wedding jitters tu? 

Kalau direct translation, aku tak tau la. Tapi, maksud yg org mudah nak faham ialah, perasaan tak tentu hala sebelum hari pernikahan. Perasaan tak tentu hala tu, kan, perasaan yg bercampur baur. Girang, sedih, takut,  bimbang, risau, sume ade. Aku dah pun merasa benda ni sekarang, Huhuhu. Memang payah betul.

Mula-mula, bila cakap bab kawin, aku rasa aku dah bersedia. Bila tarikh makin dekat, aku jd lg tak yakin. Betul ke pilihan aku? Boleh ke aku jadi ibu yang baik? Boleh ke aku jadi isteri yang baik? Macam-macam dalam kepala. Sampai nak tido malam pun aku tak mampu..


Tapi, itu semua lumrah orang yang nak berumah tangga. Rasa berdebar tu tetap ada. Tapi akhirnya, kita bertawakkal pd Allah sahaja. Kita dah usaha, dah doa, kni tinggal tawakkal je. Pada aku, ni yang aku dilorongkan, ini yang aku teruskan.

Moga Allah merahmati perkahwinan aku ni.. :)

Monday, May 18, 2015

Terima kasih Fahrin Ahmad!

Aku berterima kasih banyak-banyak kat Fahrin Ahmad, sbb dah sedikit sebanyak da membantu mengurangkan sedikit bebanan aku sebelum melangkah ke alam rumah tangga. 

Haaa, kalu baca ayat atas tu, mcm la Fahrin bg aku duit juta2 kan? Kekeke. Sebenarnya, bukan sama sekali. Aku berterima kasih kat Fahrin, sebab dia nikah tanpa hantaran. Aik? Apa kaitan dgn aku kan?

Macam ni kisahnya. Mak aku tgk rancangan Melodi kat TV3, ade keluar kisah pasal pernikahan Fahrin Ahmad. Punya la mak aku sibuk panggil-panggil aku, yg pada waktu tu aku tgh sibuk nak menyiapkan bantal utk pelamin DIY aku nanti. Jadinya, memangla aku malas nk pergi ke ruang tgk tv tu. 

Tetiba, mak aku dtg. 

Emak: " Mak nk tunjuk pasal Fahrin Ahmad kawin"
Aku: " Dah tau da. Dah ada keluar FB"
Emak: " Die nikah tak ada hantaran. Ada maskahwin je"
Aku: " Aah, diorang dah pergi honeymoon da. Jemputan sikit je."
Emak: " Hmmmm. Nanti awak tak payah hantaran la. Baik awak guna duit tu utk buat benda lain. byk nk pakai duit lepas kawin nnt"

Seraya itu, mata aku pun mula bersinar-sinar, penuh dengan cahaya. Macam tak percaya je apa yang aku dengar dr mulut mak aku. Punya la sebelum ni, aku dah cakap kat mak aku, aku tak nak ada hantaran. Tapi, aku kena marah. Mak siap cakap, kalu tak ada hantaran, biar mak keluar duit utk hantaran. Huhuhuhuuu... Tapi dek kerana mak aku tgk Fahrin Ahmad yg gaji puluh ribu tu pun tak ada hantaran, mak aku boleh terbukak hati utk bg aku tak ada hantaran. 

Iye la, pd sesetengah org, hantaran tu mcm penyeri pd majlis perkahwinan. Tp, pd aku, ada lg baik kalau duit tu aku guna utk benda lain, yg lg byk akan aku guna lepas kawin. Lantak la org nak cakap apa. Kalau berkemampuan, boleh la berbelanja lebih. Kalau belanja harian pun sipi2, ada baiknya buang benda yg tak diperlukan. Semua barang tu aku boleh beli lepas kawin, tak perlu nak tayang atas dulang, iye dak?

Secara rasminya, aku antara pengantin yg tak ada hantaran. Masa tunang pun aku tak ada hantaran, masa nikah pun aku tak ada hantaran. Sekurang-kurangnya, aku berjaya keluar dr stereotype masyarakat bahawa, pertunangan dan pernikahan perlukan hantaran. Tak ada hantaran, majlis masih lg meriah, bukan?

Hehehehe. Bersyukur kpd Allah, sbb permudahkan perjalanan pernikahan dan persandingan aku. Moga akan lancar hingga ke akhirnya. Aminnn..

Saturday, March 7, 2015

Mencari Manusia Sempurna

Nak cari manusia yang sempurna? Boleh ke jumpa?

Ramai yg nk mencari manusia yang sempurna jadi teman hidup. Ramai yang nak cari manusia sempurna nak dijadikan sebahagian dari hidup mereka. Kalau org tanya aku, dah jumpa ke?

Jawapan aku mudah je. 

Dah. Hampir jumpa. Insyallah jika diberi kesempatan dr Yg Esa, lagi 3 bulan, dia akan jadi sebahagian dr hidup aku, yang sah. Dia tak sempurna, tp aku yakin kelebihan aku akan buatkan dia jadi org yang sempurna, dan kelebihan dia akan buatkan aku jadi sempurna.

Rasa takut tu tetap ada. Dilemma tu tetap ada. Walaupun dah lama aku tunggu saat ni, tp aku pun manusia biasa. Macam-macam yang mengganggu fikiran aku. Siapa yang tak takut? Ni adalah pilihan seumur hidup, pilihan yang akan pengaruhi seluruh kehidupan aku. 

Tapi, satu je yg buat aku yakin. 

Allah ada.

Tak ada manusia yang sempurna, bahkan aku.

Wednesday, March 4, 2015

Lagi 3 bulan..

Insyaallah, lagi 3 bulan aku akan diijabkabulkan.. Cewahhhh..

Dah tak lama. Satu ape pun tak start lagi. Baju takde, sebab baju aku beli yg dah siap. Tapi, ade benda yang aku kena buat sendiri, iaitu DIY:

1. Veil
2. Pelamin
3. Hand bouquet

Gigih la aku cari idea nk bat benda semua ni. Nak benda yg murah, dan menjimatkan. Huuuu.

Idea dah ada, tp yang aku tak pasti, adakah aku ni kreatif. Hahahaha.. Takut idea je lebih, kreatifnye tak de. Ade plak aku bayangkan bunga kekwa, dapat bunga tahi ayam. Tak ke haru~~~

Thursday, December 18, 2014

Ye, saya sudi bernikah dengan awak.

Ye, saya sudi bernikah dengan awak.

Bila perempuan cakap macam tu, lelaki selalu tafsir:

Ye, saya nak awak sediakan saya:
1. Satu rumah yang 'fully furnish', siap dengan katil King size, aircond, Astro, hot shower
2. Belanja bulanan, tak termasuk belanja handbag, baju, barang kemas, shopping
3. Saya nak sorang pembantu rumah
4. Percutian setiap tahun
5. Sediakan makanan, pastikan yg sedap, mahal.
6. Saya nak jadi surirumah, yg duduk goyang kaki tak payah buat ape-ape.

Tapi hakikatnya, bila perempuan tu cakap 'saya setuju', die bermaksud
1. Saya sedia hidup susah senang dgn awak, walaupun saya tak cukup makan
2. Tak kesah la rumah yang kite duduk tu kecik, hanya ada tilam nipis sekeping, pinggan satu, kipas pun tunggu masa nak patah, asalkan kita sama-sama jadikan rumah tu selesa, tu dah kira baik
3. Kalau saya kerja, kalau awak tak mampu, saya sedia kongsi perbelanjaan bulanan. Kita nak hidup berdua kan? Mesti lah kongsi segalanya. 
4. Walaupun  awak tak suruh, saya dgn rela hati akan masak utk awak, kemas rumah, cuci dan gosok baju, jaga kebajikan awak.
5. Asalkan dapat bersama awak, kat mana-mana pun dikira percutian, walaupun setakat jalan-jalan kat taman hujung minggu
6. Makanan? Sambal ikan bilis dengan telur dadar tu tak ada masalah untuk saya masak sendiri. Tak payah pergi kedai mahal-mahal, saya boleh masak sendiri. Tak sama mcm mak awak masak? Tak pe, saya boleh belajar. 

Tak dinafikan, pelbagai perkara yang akan bermain di fikiran mereka yang nak berumahtangga, baik lelaki mahupun perempuan. Si lelaki lebih memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul, perbelanjaan rumah dan juga dia nak memimpin keluarga kelak. Bagi perempuan pula, mereka fikir, macamana mereka nak uruskan keluarga, dalam masa yang sama nak bantu ringankan beban suami. 

Memang la kalau diikutkan dalam Islam, tugas isteri tu hanya melayan suami. Tapi perempuan yang matang takkan bertindak zalim sampai macam tu sekali. Naluri mereka pasti akan cakap ' macamana aku nak kurangkan beban suami aku?'.  Lagi pulak bagi perempuan yang memang dilahirkan dalam keluarga melayu yang konservatif, dimana isteri mesti pandai kemas rumah, masak, urus makan pakai, lagi la benda tu dilihat sebagai benda yang wajib dilaksanakan. Perempuan ni bila dah sayang, apa sahaja dia sangup buat. Bagi lelaki, jgn diambil kesempatan atas kasih sayang perempuan. Bila susah, isteri tu juga yang sanggup ikat perut, tak tidur malam. Tapi bila dah senang, isteri yang bersusah payah tu juga yang dilupa, sibuk cari 'orang baru' pulak. 

Perkahwinan tu bermaksud perkongsian dan saling melengkapi antara satu sama lain. Mana yang kurang, sama-sama cukupkan, mana yang sukar, sama-sama permudahkan. Lagi satu, percaya pada rezeki Allah. Rezeki tu ada kat mana-mana.