Showing posts with label takut. Show all posts
Showing posts with label takut. Show all posts

Thursday, August 28, 2025

Menjual style 'Fear Mongering'

Aku tak pastilah dari mana bermulanya marketing jenis fear mongering ni, tapi yang pasti memang aku tak suka. Kalau aku jumpa, memang aku pangkah awal-awal. Modus operandi dia, dia akan buatkan kau rasa terdesak dan 'beli' pilihan yang dia tawarkan.





Kisahnya hari ni, cikgu anak aku suruh join satu sesi penerangan pasal satu apps ni. Aku sebagai emak pun, joinlah. Ingatkan ni apps untuk program NILAM ke apa ke. Bila masuk je, bermulalah sesi iklan testimoni pelajar-pelajar terdahulu. Terus aku dah mula rasa tak selesa. Sesi pun bermula. Orang yang claim dia 'coach' mulalah terangkan pasal apps ni, apa kebaikan dia, bila pakai anak boleh pandai, yada yada. Masa ni aku masih dengar lagi la. Tapi, aku mula tak minat bila dia mula cakap pasal version premium & tak premium. Hmm, something smell fishy.


 



 





Lepas tu dia mulalah promote version dia ni. Harga asal, RMXXXX, tetiba promosi hari ni terus jadi RM4X. Aik, jauh bebenar harga jatuh. Siap cakap, kalau keluar dari sesi ni, memang takkan dapat dah harga ni. Dia cipta rasa terdesak mak ayah untuk join kelas dia. Pulak harga tu untuk seorang anak ye, setiap bulan. Bukan aku tak ada duit nak join, tapi aku tak suka komitmen ad-hoc yang tetiba muncul. Aku memang tak suka. Biasanya bila melibatkan komitmen, aku memang akan buat kira-kira berdasarkan gaji aku. Hmmm. Pulak aku ada sejenis perangai, lagi orang paksa macam ni, lagi aku tak nak beli. Haha. Dalam fikiran aku, kalau aku nak join kelas untuk anak aku, ada macam-macam cara lagi yang boleh aku buat, dan ada macam-macam apps berbayar yang orang join bukan sebab 'fear-mongering', tapi memang sebab realibility & kredibility program tu sendiri. Ini lebih buat aku yakin.














Situasi yang sama juga aku pernah kena masa bawa kereta pergi bengkel. Ada bengkel yang jenis 'kalau akak tak tukar benda ni hari ni, akak boleh accident' sebab beria macam paksa aku tukar sparepart tu, tanpa bagi masa untuk aku fikir. biasanya macam ni, aku akan cari bengkel lain. Aku lebih mempercayai bengkel yang jenis, 'Kak, ni akak boleh pakai lagi dalam 6 bulan. Lepas tu mungkin akan ada masalah. Kalau akak nak tukar, akak boleh contact saya', atau kalau memang betul-betul rosak, dia akan terus tunjuk mana yang dah rosak tu. Kan nampak macam tak mendesak kat situ? Budak bengkel tu bagi aku masa untuk berfikir. So, bengkel ni lah yang akan aku repeat semula, berbanding bengkel awal tu. Aku ni pun ada pengetahuan sikit pasal kereta, jadi aku tahu sama ada pomen tu menipu aku ke tak.  













So, berbalik kisah apps tadi, apa aku buat? Aku left terus sesi tu. Hahahaha. Tak apalah, aku stay style old school aku, mengajar anak secara berhadapan. Kalau aku rasa nak cari tuisyen online, pandai-pandailah aku cari. So dekat sini, fear mongering marketing ni, tak semua orang suka. Ada orang mudah untuk termakan kata-kata salesman tu, tapi orang yang tak. Tapi itulah, nak marah lebih pun tak boleh, jadi apa kita boleh buat? Sebab dia pun cari rezeki. Kita undur diri je lah ye.    






Friday, June 5, 2015

Pre-wedding jitters

Haaaa.. mat saleh noo die punya tajuk. Aku rasa, semua bakal pengantin akan merasa benda ni. 

Tapi, ape kebenda pre-wedding jitters tu? 

Kalau direct translation, aku tak tau la. Tapi, maksud yg org mudah nak faham ialah, perasaan tak tentu hala sebelum hari pernikahan. Perasaan tak tentu hala tu, kan, perasaan yg bercampur baur. Girang, sedih, takut,  bimbang, risau, sume ade. Aku dah pun merasa benda ni sekarang, Huhuhu. Memang payah betul.

Mula-mula, bila cakap bab kawin, aku rasa aku dah bersedia. Bila tarikh makin dekat, aku jd lg tak yakin. Betul ke pilihan aku? Boleh ke aku jadi ibu yang baik? Boleh ke aku jadi isteri yang baik? Macam-macam dalam kepala. Sampai nak tido malam pun aku tak mampu..


Tapi, itu semua lumrah orang yang nak berumah tangga. Rasa berdebar tu tetap ada. Tapi akhirnya, kita bertawakkal pd Allah sahaja. Kita dah usaha, dah doa, kni tinggal tawakkal je. Pada aku, ni yang aku dilorongkan, ini yang aku teruskan.

Moga Allah merahmati perkahwinan aku ni.. :)

Thursday, December 18, 2014

Ye, saya sudi bernikah dengan awak.

Ye, saya sudi bernikah dengan awak.

Bila perempuan cakap macam tu, lelaki selalu tafsir:

Ye, saya nak awak sediakan saya:
1. Satu rumah yang 'fully furnish', siap dengan katil King size, aircond, Astro, hot shower
2. Belanja bulanan, tak termasuk belanja handbag, baju, barang kemas, shopping
3. Saya nak sorang pembantu rumah
4. Percutian setiap tahun
5. Sediakan makanan, pastikan yg sedap, mahal.
6. Saya nak jadi surirumah, yg duduk goyang kaki tak payah buat ape-ape.

Tapi hakikatnya, bila perempuan tu cakap 'saya setuju', die bermaksud
1. Saya sedia hidup susah senang dgn awak, walaupun saya tak cukup makan
2. Tak kesah la rumah yang kite duduk tu kecik, hanya ada tilam nipis sekeping, pinggan satu, kipas pun tunggu masa nak patah, asalkan kita sama-sama jadikan rumah tu selesa, tu dah kira baik
3. Kalau saya kerja, kalau awak tak mampu, saya sedia kongsi perbelanjaan bulanan. Kita nak hidup berdua kan? Mesti lah kongsi segalanya. 
4. Walaupun  awak tak suruh, saya dgn rela hati akan masak utk awak, kemas rumah, cuci dan gosok baju, jaga kebajikan awak.
5. Asalkan dapat bersama awak, kat mana-mana pun dikira percutian, walaupun setakat jalan-jalan kat taman hujung minggu
6. Makanan? Sambal ikan bilis dengan telur dadar tu tak ada masalah untuk saya masak sendiri. Tak payah pergi kedai mahal-mahal, saya boleh masak sendiri. Tak sama mcm mak awak masak? Tak pe, saya boleh belajar. 

Tak dinafikan, pelbagai perkara yang akan bermain di fikiran mereka yang nak berumahtangga, baik lelaki mahupun perempuan. Si lelaki lebih memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul, perbelanjaan rumah dan juga dia nak memimpin keluarga kelak. Bagi perempuan pula, mereka fikir, macamana mereka nak uruskan keluarga, dalam masa yang sama nak bantu ringankan beban suami. 

Memang la kalau diikutkan dalam Islam, tugas isteri tu hanya melayan suami. Tapi perempuan yang matang takkan bertindak zalim sampai macam tu sekali. Naluri mereka pasti akan cakap ' macamana aku nak kurangkan beban suami aku?'.  Lagi pulak bagi perempuan yang memang dilahirkan dalam keluarga melayu yang konservatif, dimana isteri mesti pandai kemas rumah, masak, urus makan pakai, lagi la benda tu dilihat sebagai benda yang wajib dilaksanakan. Perempuan ni bila dah sayang, apa sahaja dia sangup buat. Bagi lelaki, jgn diambil kesempatan atas kasih sayang perempuan. Bila susah, isteri tu juga yang sanggup ikat perut, tak tidur malam. Tapi bila dah senang, isteri yang bersusah payah tu juga yang dilupa, sibuk cari 'orang baru' pulak. 

Perkahwinan tu bermaksud perkongsian dan saling melengkapi antara satu sama lain. Mana yang kurang, sama-sama cukupkan, mana yang sukar, sama-sama permudahkan. Lagi satu, percaya pada rezeki Allah. Rezeki tu ada kat mana-mana. 

Sunday, April 27, 2014

Takut (II)

Perasaan takut itu normal.

Selalunya, semakin kita takut benda itu terjadi, semakin ia terjadi..

Jawapannya?

Berdepan dengan ketakutan, lihat sejauh mana kekuatan diri yg tersisa. Lihat sejauh mana minda dan emosi kita boleh berhadapan dengan perkara itu. Ketakutan hanya akan diatasi bila kita berhadapan dengannya,bukan lari darinya.

Takut.

Aku manusia biasa, bila ditoreh pisau, darah merah yg keluar mengalir.

Takut itu normal. Namun jgn sesekali lupa titipkan doa agar hati kuat untuk menghadapi ketakutan.

Moga mendapat keberkatan dan restu Ilahi dlm perjuangan.

Wednesday, April 16, 2014

Takut


Aku takut, takut untuk mencuba lagi. Aku masih seorang manusia biasa, manusia yang tak punya apa-apa kuasa. Takut itu sentiasa ada. 

Kenapa perlu aku takut jika aku dah serahkan segalanya di tangan yg Maha Esa?
Kenapa aku perlu takut terluka lg?

Aku yang mengambil keputusan untuk mencuba kembali, aku yang mengambil keputusan untuk mencuri hatinya lagi, aku yang mengambil keputusan untuk terus berada disisinya selagi dibenarkan Ilahi. Aku yang berdegil tak mahu meninggalkan dirinya. Aku yang mengambil keputusan itu.

Usaha, doa, tawakkal. Itu sahaja yang aku ada tika ini.

Moga Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Ini pilihanku, kerana aku yakin Allah sentiasa bersama hambaNya.