Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

Monday, June 22, 2020

Temujanji Klinik Kesihatan Johor

Di musim PKP ni, benda yang paling dititikberatkan oleh kerajaan adalah penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter. Sebab apa? Kuman Covid tu boleh pergi terbang sampai 1 meter kalau orang bersin/ batuk. 

Kita memang tahu, klinik kesihatan ni salah satu tempat yang memang padat. Kalau sebelum musim covid, dalam klinik tu punya la sesak sampai ada yang kena berdiri, dalam klinik tu pun dah rupa sardin dah dengan kepadatan manusia. Kita pun tahu, kalau KK ni penuh bukan sebab perkhidmatannya cepat, tapi sebab murah dan agak menyeluruh. Kat mana lagi kita nak cari klinik yg bayar RM 1 tapi cek macam-macam? Kalau untuk kanak-kanak & ibu mmengandung, lagi la pulak tak payah bayar apa-apa. Free je vaksin tu semua. Tapi ada gak yang cakap tu agenda big pharma. Huhu. 

Berbalik kepada musim PKP dan penjarakan sosial ni, jadi salah satu cara nak pastikan klinik tak jadi sardin adalah dengan pastikan semua pesakit datang ikut waktu yang dah ditetapkan. Kena datang ikut appointment yang dah ditetapkan. Kalau memang dah ada appointment yg doktor dah tetapkan? Kena jugak buat appointment dalam sistem. Huhu

Untuk orang johor, untuk buat appointment dengan Klinik Kesihatan, perlu scan QR code ni:


Ikut lah apa yang dia suruh tu ek. 

Lepas tu akan keluar ni:


Pilih daerah yang kita nak pergi. Lepas tu pilih klinik yang kita nak pergi, sama ada klinik kesihatan atau pun klinik gigi. 



Bila dah pilih mana yang berkenaan, akan keluar page macam ni. 


Untuk kategori, kita pilih jenis klinik yang kita nak pergi. Nak pergi KKIA atau Jabatan Pesakit Luar. 
Bila dah ada pilihan macam ni, bermakna kita nk pergi checkup anak atau check pregnancy pun perlu isi ePRS ni.

Lepas pilih kategori, pilih pulak klinik mana yang kita nak pergi. Macam kes aku ni, mula-mula aku pilih KK Tampoi. Tapi disebabkan tak ada kekosongan, dan hanya ada kosong lepas 3 hari, pulak rasa kepala aku memang dah perpusing-pusing tahap tak ingat, terus aku pilih KK Mahmodiah.


Lepas tu masukkan kad pengenalan. Lepas tu, akan keluar page untuk masukkan data peribadi yang lain. Masukkan no telefon, tarikh temu janji , tarikh dan sebab kenapa nak pergi klinik. Waktu kita isi waktu temujanji, kat sini dah boleh tahu ada kosong ke tak slot temujanji. Kalau dah berjaya, dia tulis berjaya. 


Lepas dah siap isi semua tu kan, akan keluar questionnaire tentang kesihatan dan sejarah perjalanan terdahulu. Isi siap-siap, lepas tu hantar. 


Tadaaaa. Akan kelaur slip ni. Slip ni bergantung kepada klinik. Macam klinik Mahmodiah, tak guna pun slip ni, sebab banyak sangat kekosongan. Tapi untuk klinik Tampoi, emmang petugas klinik nak tengok slip ni sebelum dibenarkan masuk ke dalam. 


Benda ni agak praktikal untuk pastikan klinik tu tak sesak. Tapi agak tak praktikal untuk mereka yang dah ada temujanji yang dah dibuat 2 3 bulan sebelumnya, dan tak tahu tentang kewujudan apps ni. Mana taknya, temujanji memang dah ada, nak buat temujanji online tapi slot dah penuh. Tak datang temujanji kena marah, nak masuk untuk temujanji tapi dikata dah penuh. Huhu. Aku rasa perlu ada integrasi sistem ni dengan sistem temujanji di klinik, dimana jika dah ada temujanji klinik, tak perlu lagi isi borang ini, sebab ia benda yang sama je pada hakikatnya. Cuma slot kekosongan dalam sistem tu perlulah bergantung kepada jumlah baki slot kekosongan selepas ditolak slot temujanji. Ini hanya oendapat aku sahaja la. 

Apa yang pasti, pastikan buat temujanji sebelum datang checkup ye. 

Wednesday, September 14, 2016

Bangsa Johor



Aku pelik kenapa tetiba isu bangsa johor ni timbul. Aku sebagai org Johor, tak la melatah ke ape. Kalau org dok kutuk-kutuk Johor kt dlm fb atau twitter tu, satu je la kesimpulan aku; orang tu malas nk membaca atau malas nk ambil tahu pasal sejarah. 

Sebab apa? 

Bangsa Johor dah wujud lama da, sebelum merdeka lg. Lagu Bangsa Johor dah wujud lebih dr 100 tahun. Dalam lagu Bangsa Johor, ada lirik Luaskan Kuasa. 

Kann? Benda tu semua sejarah. Bangsa Johor bukannya baru wujud 3 tahun lepas. Bila ada yg ckp Bangsa Johor ni mcm baru keluar hutan sibuk nak mencanang, pada aku, dr aku mula pergi sekolah memang dah diterap dgn Bangsa Johor. Dah korang yg tak duduk kat Johor ni nak sibuk, dah kenapa?

Hmm.. Aku bukannya nak meroyan. Bila ada yg kutuk-kutuk negeri Johor macam-macam, pada aku, aku bersyukur sbb aku tak perlu berhijrah ke negeri lain semata-mata nak cari kerja. Ramai kawan-kawan kerja aku yg bukan berasal dr Johor, yg merantau cari kerja. Aku masih disini. Dari sekolah tadika, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, sekolah asrama, matrikulasi, universiti, kerja, semuanya di Johor. Aku abaikan je mulut-mulut longkang tu. Buat apa nak berbalah dgn org yg tak nak membaca, iye tak? 

* Abaikan je mulut-mulut longkang. Bukannya ada faedah nak bergaduh dgn diorg.*


Monday, August 17, 2015

Amik darah utk kahwin

" Sekarang ni, nak kawin pun kena amik darah?"

Itulah soalan yang aku dengar masa tgh tunggu giliran nak amik darah. Ye makcik, sekarang ni, nak kawin kena amik darah. Nak kawin, kena pergi kursus 2 hari dan kena bayar RM120. Nak kawin, kena interview kat pejabat agama. Bukan senang nak kawin sekarang ni. (Nangisss). Ok, sebab nak kawin, so kena ikut je la, tak boleh betah. Kalu betah, maunye aku tak kawin.(Nangis lagi panjang...)

Aku dah amik borang HIV test tu dah lama. Aku pun tak ingat aku amik bila, sbb dah lama sgt. Hahaha. Masa tu, akak aku pergi UTC Kotaraya, dengan tujuan nk bayar cukai pintu dengan cukai tanah. Dah alang-alang kaunter Majlis Agama Islam Johor tu da satu opis ( Kaunter Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah tu beza 3 kaunter je), aku pun gatal-gatal tangan pergi amik borang HIV.

Akak kaunter: " Dik, nak kawin ni bila?"
Aku: " Agak-agak dalam bulan 6 kot"
Akak kaunter: " Lama lagi ni dik. Tapi, kalau amik je, boleh je"

Padahal, masa ni tarikh nikah pun tak ada lagi. Huhuhuuhu. Gatal betul. Anak sape la ni....

Bila aku dah ditetapkan tarikh nikah aku, iaitu pada 6 Jun 2015, makanya aku perlu la bersusah payah untuk settlekan ujian HIV aku. Lagipun, ujian ni boleh diguna pakai selama 6 bulan. Ambil awal pun tak apa.

Pukul 9.00pg aku dah sampai ke Klinik Kesihatan Mahmodiah, Hospital Sultanah Aminah. Sampai awal, tp sebab parking tak ada, entah berapa kali aku pusing-pusing untuk cari parking. Dapat jugak la parking, tapi jauh ceruk, sampai aku jalan kaki dengan kelajuan cheetah pun, makan masa 10 minit. Huhuhu. Berpeluh-peluh aku dibuatnya.

Sampai saja depan akunter, aku pun cakaplah kat akak misi kat situ yg aku nk amik ujian HIV.

Akak misi: " Pasangan mana?"
Aku: " Pasangan saya kat KL"
Akak misi: " Datang sorang?"
Aku: " A ah"
Akak Misi buat muka 'Oooooo..ok' sambil beri satu borang ala-ala borang HIV yg Majlis Agama Islam Johor punya, tapi yg ni ade gak borang utk rekod hospital, termasuk maklumat peribadi. Makanya, tulislah dengan gigih.

Huhuhuhuu.. Orang depan dan belakang aku semua datang dengan pasangan. Nak buat macamana, Abg Fairuz jauh kat KL sane. Takkan la aku nk paksa die dtg JB semata-mata nk amik ujian HIV
Dapat no. Huhuhu.
Bila da dapat no, benda pertama yg kena buat adalah bayar. Aku kena pergi kaunter bayar dan daftar, kaunter B. Ade la aku kena tunggu dalam 10 minit. Nak main internet, line macam siput. Makanya aku baca buku yg aku bawak, bertajuk ' Secret Diary of A New Mum at 40'. Kelakar la jugak. Hehehe. 

Lepas bayar, aku kena pergi ke kaunter H, utk ambil berat. Masa tu, berat aku adalah 60kg. Apa??? Beratnya aku. Huhuhuhu. Takpe la, baru la BMI aku sihat sikit. Sebelum ni aku selalu jatuh dalam kumpulan kurang berat je. Hahaha. 

Lepas tu, barulah aku kena pergi kaunter J. Kat situ, disediakan satu bakul utk letak borang HIV yg hospital dan juga pejebat agama bagi. Kad kesihatan yg warna kuning tu kena la pegang. Tunggu sambil tgk gelagat org. Lepas sorang, sorang keluar sambil tangan pegang kapas yg melekap kat lengan. Rasa seram la pulak. Huhu. Ramai rupenya orang yg nk ambil darah ni. Lebih kurang 15min tunggu, sampi giliran aku sampai. Aku kena g kaunter utk ambil kit HIV test dan juga satu tube darah. Aku disambut oleh akak misi yg tgh berbadan dua. Rasa amik darah? Macam kena gigit nyamuk. Sakit sikit je sbb akak misi tu pandai cari urat. Hahaha. Akak tu masukkan setitis  dua darah aku dalam kit HIV, selebihnya aku kena hantar darah aku pergi lab kat kaunter C. 

Cop yang aku dpt kat kaunter C
Tunggu punya tunggu, keluarlah keputusan darah aku. Yang ni, utk tgk aku ada talasemia ke tak. Aku tak payah susah-susah nak mintak, sbb mmg wajib kena amik. 

Lepas tu, kena la pergi jumpa doktor kat bilik 11. Punya la lama aku tunggu. Berakar aku tunggu. Sejam setengah. Dari bateri tab aku penuh, sampai nak habis sebab aku main game. Hahahaha. Bila sampai giliran aku jumpa doktor, tak sampai 5 minit dah selesai. Huhuhu. Alhamdulillah, aku sipi-sipi kena talasemia. Patutnya, bacaan MCH tu kena 26 keatas. Tapi aku punya 25.7. Doktor cakap, kira 26 terus. Huhu. Tak payah la aku kena buat ujian follow up. Doktor pun cakap, awak nak kawin cepat kan? kekekeke. Mana doktor tau ni?
Keputusan darah aku
Keluar dari bilik doktor, kena pergi semula kaunter J, utk amik keputusan HIV aku. Akak misi tu dah cantik2 masukkan dalam sampul surat yg dah diberikan Majlis Agama Islam Johor. Akak tu cakap, tahniah, dah boleh kawin. Kekekeke.. Legaaaaaa..



Tadaaaaaa.. Keputusan da kuar. Boleh selesaikan borang nikah..
Aku pun meneruskan perjalanan balik. Fuhhhh. Dari pukul 9 pg, lebih kurang pukul 12 baru aku balik rumah. Nasib baiklah tak melarat sampai petang. Maunye aku tidur mase tunggu giliran. Lepas ni, dah boleh siap-siap dokumen utk hantar kat pejabat agama. Ngeeee.

Saturday, March 7, 2015

Kursus Kawin- Pulai Utama Management

* Ini sebenarnya adalah entry bulan Januari. Tapi, disebabkan ketapian aku, entry ni tertapai selama 2 bulan. Jaaaaa~ *

Sebenarnya, dari tahun lepas aku da cari tempat nk kursus kawin. Aku pun mula la menggoogle..


Gigih bukak satu-satu
Aku pun bukak la, dari satu link, ke satu link. Aku baca satu persatu tempatnye. Abg Fairuz bg syarat, kursus mesti kat MASJID. Makanya, tempat-tempat kursus kat hotel ataupun dewan telah terkeluar dari senarai. Ade 2 masjid yg aku timbang, Masjid Tan Sri Aminuddin, Taman Universiti, pastu Masjid Abu Bakar, Johor.
Aku rasa, aku nak pergi kursus kat Masjid Abu Bakar. Tapi bila aku usulkan pd abg Fairuz, die cakap, " Kita pergi masjid Taman Universiti, sebab  dekat dengan UTM. Keluarga dia pun menginap kat UTM. Terpaksaa la aku korek lagi kat internet senarai kursus kahwin yang ada kat Taman Universiti. Tetibe aku terjumpa laman ini:

http://kursus-kahwin.blogspot.com/
Haaaa.. Aku skroll ke bawah, jumpa la tempat yg dikehendaki. Aku pun tunjuk pd abg Fairuz, die suruh pergi pd 17-18 Januari 2015.

Aku baru printscreen, sebab tu die tulis dah penuh..
Hari yg dinantikan dah tiba. Aku pergi kursus dgn Abg Fairuz, adik die,Nadiah dan kawan opis aku, juniza. ( Maaf la, gamba kami bertiga takde.. huuu)

 
Lepas daftar, dapat la buku ni......
Sesi pertama, agak mengantuk, sebab pagi, kan? Hahaha. Susah jugak aku nk hadam ape la penceramah tu bgtau. Punya susah nk paksa mata ni terbukak. Dalam hati aku, kalau macam ni la sepannjang kursus 2 hari, maunya aku mati keras dalam dewan masjid ni. Ade kang aku tido bawah meja. Huuu.

Tapi, jangkaan aku meleset. Masuk je slot ke dua sampai la hari terakhir aku kursus, aku keje gelak je. Gelak sampai keluar air mata pun ade. Memang penceramah semua kelakar dan pandai tarik perhatian perserta. Pulak peserta ni kebanyakkannya budak-budak UTM (kecuali kami yang dah pangkat kakak-kakak dgn abang-abang.. Nangis.. T___T). Isi kandungan kursus menarik, dalam masa yang sama buatkan kita ni berfikir tentang alam perkahwinan tu. Ade yang realiti, ade yang fantasi. kebanyakkan penceramah ni memang dah arif dalam situasi perrkahwinan, sebab dorang berdepan dengan pasangan yang dah berkahwin ni tiap-tiap hari. Apa yang mereka kongsi tu sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai teladan dan sempadan pada anak muda yang nak berumah tangga.

Ada satu slot yang memaparkan video pasal proses pasangan yang nak mendirikan rumah tangga. Huu. Aku rasa, takde pun peserta yang bg perhatian pd video ni. Hahahaha..

Orang yang depan sekali baju kuning tu.. tidoqqqq plak..
Kursus selama 2 hari, kami dihidangkan dengan makan pagi dgn tengahari. Makanan die, alhamdulillah sedap dan mengenyangkan. Disebabkan kursus kami kat masjid, jadi tak ada masalah bagi kami utk solat dan berehat. 

Sebelum berakhirnya kursus 2 hari tu, ada diadakan kuiz utk uji pengetahuan peserta. Aku ingatkan kuiz ni macam zaman sekolah dan akan dikutip semula, rupanya utk tgk sejauh mana pemahaman kita je. Lepas ujian yang disemak oleh kawan yang duduk sebelah, keputusan tu boleh la disimpan dalam fail. 


Yeaaaaaaa.. dah habis kursus kawin.. Makanya, aku da boleh kawin la, kan? Hahahaha...