Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Monday, June 22, 2020

Temujanji Klinik Kesihatan Johor

Di musim PKP ni, benda yang paling dititikberatkan oleh kerajaan adalah penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter. Sebab apa? Kuman Covid tu boleh pergi terbang sampai 1 meter kalau orang bersin/ batuk. 

Kita memang tahu, klinik kesihatan ni salah satu tempat yang memang padat. Kalau sebelum musim covid, dalam klinik tu punya la sesak sampai ada yang kena berdiri, dalam klinik tu pun dah rupa sardin dah dengan kepadatan manusia. Kita pun tahu, kalau KK ni penuh bukan sebab perkhidmatannya cepat, tapi sebab murah dan agak menyeluruh. Kat mana lagi kita nak cari klinik yg bayar RM 1 tapi cek macam-macam? Kalau untuk kanak-kanak & ibu mmengandung, lagi la pulak tak payah bayar apa-apa. Free je vaksin tu semua. Tapi ada gak yang cakap tu agenda big pharma. Huhu. 

Berbalik kepada musim PKP dan penjarakan sosial ni, jadi salah satu cara nak pastikan klinik tak jadi sardin adalah dengan pastikan semua pesakit datang ikut waktu yang dah ditetapkan. Kena datang ikut appointment yang dah ditetapkan. Kalau memang dah ada appointment yg doktor dah tetapkan? Kena jugak buat appointment dalam sistem. Huhu

Untuk orang johor, untuk buat appointment dengan Klinik Kesihatan, perlu scan QR code ni:


Ikut lah apa yang dia suruh tu ek. 

Lepas tu akan keluar ni:


Pilih daerah yang kita nak pergi. Lepas tu pilih klinik yang kita nak pergi, sama ada klinik kesihatan atau pun klinik gigi. 



Bila dah pilih mana yang berkenaan, akan keluar page macam ni. 


Untuk kategori, kita pilih jenis klinik yang kita nak pergi. Nak pergi KKIA atau Jabatan Pesakit Luar. 
Bila dah ada pilihan macam ni, bermakna kita nk pergi checkup anak atau check pregnancy pun perlu isi ePRS ni.

Lepas pilih kategori, pilih pulak klinik mana yang kita nak pergi. Macam kes aku ni, mula-mula aku pilih KK Tampoi. Tapi disebabkan tak ada kekosongan, dan hanya ada kosong lepas 3 hari, pulak rasa kepala aku memang dah perpusing-pusing tahap tak ingat, terus aku pilih KK Mahmodiah.


Lepas tu masukkan kad pengenalan. Lepas tu, akan keluar page untuk masukkan data peribadi yang lain. Masukkan no telefon, tarikh temu janji , tarikh dan sebab kenapa nak pergi klinik. Waktu kita isi waktu temujanji, kat sini dah boleh tahu ada kosong ke tak slot temujanji. Kalau dah berjaya, dia tulis berjaya. 


Lepas dah siap isi semua tu kan, akan keluar questionnaire tentang kesihatan dan sejarah perjalanan terdahulu. Isi siap-siap, lepas tu hantar. 


Tadaaaa. Akan kelaur slip ni. Slip ni bergantung kepada klinik. Macam klinik Mahmodiah, tak guna pun slip ni, sebab banyak sangat kekosongan. Tapi untuk klinik Tampoi, emmang petugas klinik nak tengok slip ni sebelum dibenarkan masuk ke dalam. 


Benda ni agak praktikal untuk pastikan klinik tu tak sesak. Tapi agak tak praktikal untuk mereka yang dah ada temujanji yang dah dibuat 2 3 bulan sebelumnya, dan tak tahu tentang kewujudan apps ni. Mana taknya, temujanji memang dah ada, nak buat temujanji online tapi slot dah penuh. Tak datang temujanji kena marah, nak masuk untuk temujanji tapi dikata dah penuh. Huhu. Aku rasa perlu ada integrasi sistem ni dengan sistem temujanji di klinik, dimana jika dah ada temujanji klinik, tak perlu lagi isi borang ini, sebab ia benda yang sama je pada hakikatnya. Cuma slot kekosongan dalam sistem tu perlulah bergantung kepada jumlah baki slot kekosongan selepas ditolak slot temujanji. Ini hanya oendapat aku sahaja la. 

Apa yang pasti, pastikan buat temujanji sebelum datang checkup ye. 

Tuesday, July 2, 2013

Siri Jelajah Legoland

Perghhhh..

Walaupun aku orang Johor, dan walaupun aku ada pass tahunan Legoland (expired bulan November 2013), tapi baru 2 kali aku g Legoland..Hahaha..kad dah nak expired, baru aku nak pergi? Kali pertama aku pergi adalah November 2012, masa nak hidupkan pass tahunan tu. Kali kedua aku pergi adalah hujung minggu lepas. Jauhnya jarak? Sebab aku terlupa nak pergi, sebab aku tak berkesempatan nak pergi, dan sebab aku tak ada kawan nak pergi. Encik Fairuz nun jauh di KL, nak kena dia datang JB, baru la aku ada teman nak berjimba kat Legoland tu, sebab dia je yang ada annual pass Legoland tu~
Perjalanan hari sabtu dimulakan pada jam 11 pagi, agak lewat disitu. Planningnya 10 pagi dah terpacak depan Legoland, tapi apa kan daya, terbabas waktu tidur. Sepanjang perjalanan tu, Encik Fairuz yang jadi penunjuk jalan, padahal aku yang orang Johor ni pun meragau-ragau kat Nusajaya tu. Memang aku tak hafal langsung jalan kat situ. Berputar-putar. *Punya la bangga Encik Fairuz, cehhh*

Muka ceria macam kanak-kanak~

Sampai Legoland, kami makan dulu kat Burger King. Satu yang aku perasan, sekarang ni aku dah tak menggila amik gambar makanan. Dah makan sampai habis baru perasan gambar takda. Mana taknye, sebab lapar. Sampai je makanan atas meja, terus ngapp. Hahaha. Lepas kenyang makan, kami bergerak ke dalam Legoland, menuju ke permainan pertama, Project-X. Jangan dipandang remeh game ni. Aku yang selalu naik roller coaster pun menitiskan air mata naik benda alah ni. Pada aku, memang sangat menyeramkan. Habis aku merengek atas coater tu, sebab ketakutan. Walaupun nampak simple, tapi sebenarnya aku mengucap panjang atas tu. (Video POV yg aku cilok dr Youtube)

Beratur untuk tempah penyakit~
Lepas dah hilang gigil di kaki (Ye,aku menggigil, tangan kaki sume menggigil), kami berjalan-jalan sambil menuju ke Dragon Apprentice dan The Dragon. Ini roller coaster yang terletak di Lego Kingdom. Dua game ni sangat seronok. Walaupun rollercoaster penuh dengan pusing ke kiri dan ke kanan, tapi, bestttttt~ Penuh dgn elemen kejutan, tapi tak la terkejut sampai nak menangis. (Video POV yg aku cilok dr Youtube)

Lepas tu, aku naik observation tower, melihat keliling Legoland dan juga Nusajaya. Disebabkan kawasan ni kawasan baru, maka boleh dilihat dari mata kasar kebotakan bentuk muka bumi kawasan ni.

Kurengg menarik~
Di game Lost Kingdom, kami dikehendaki menembak anasir-anasir jahat (Tembak lampu kuning dan merah). Disebabkan kami ni yang 'competitive streak', makanya apabila gamba kami ditangkap, kami langsung tak pandang kamera. Sibuk dengan pistol ditangan sambil mencari sasaran. Sedangkan orang lain semua kemain berposing untuk kamera. Oleh kerana gambar ni yang paling senonoh berbanding gambar project-X dan The Dragon, makanya kami beli yang ni..(Gambar tak upload)

Hari tu memang betul-betul menjelajah Legoland. Taman Tema Air Legoland akan dibuka bulan 10 nanti, makanya sempat la aku pergi sebelum kad aku mati. Memang menarik (jika dilihat dari sudut orang yang bawak budak kecik), dan amat memenatkan. Tapi lepas ni, mungkin kami datang lagi, tapi untuk main permainan yang kami tak main..

Contohnya yang ni..kuyup habis kalu naik benda alah ni~

Muka ceria + kepenatan masa naik Legoland Ride~