* Ini sebenarnya adalah entry bulan Januari. Tapi, disebabkan ketapian aku, entry ni tertapai selama 2 bulan. Jaaaaa~ *
Sebenarnya, dari tahun lepas aku da cari tempat nk kursus kawin. Aku pun mula la menggoogle..
|
Gigih bukak satu-satu |
Aku pun bukak la,
dari satu link, ke satu link. Aku baca satu persatu tempatnye. Abg
Fairuz bg syarat, kursus mesti kat MASJID. Makanya, tempat-tempat kursus
kat hotel ataupun dewan telah terkeluar dari senarai. Ade 2 masjid yg
aku timbang, Masjid Tan Sri Aminuddin, Taman Universiti, pastu Masjid
Abu Bakar, Johor.
Aku rasa, aku nak pergi kursus kat
Masjid Abu Bakar. Tapi bila aku usulkan pd abg Fairuz, die cakap, " Kita
pergi masjid Taman Universiti, sebab dekat dengan UTM. Keluarga dia
pun menginap kat UTM. Terpaksaa la aku korek lagi kat internet senarai
kursus kahwin yang ada kat Taman Universiti. Tetibe aku terjumpa laman
ini:
|
http://kursus-kahwin.blogspot.com/ |
Haaaa.. Aku skroll ke bawah, jumpa la tempat yg dikehendaki. Aku pun tunjuk pd abg Fairuz, die suruh pergi pd 17-18 Januari 2015.
|
Aku baru printscreen, sebab tu die tulis dah penuh.. |
Hari yg dinantikan dah tiba. Aku pergi kursus dgn Abg Fairuz, adik die,Nadiah dan kawan opis aku, juniza. ( Maaf la, gamba kami bertiga takde.. huuu)
|
Lepas daftar, dapat la buku ni...... |
Sesi pertama, agak mengantuk, sebab pagi, kan? Hahaha. Susah jugak aku nk hadam ape la penceramah tu bgtau. Punya susah nk paksa mata ni terbukak. Dalam hati aku, kalau macam ni la sepannjang kursus 2 hari, maunya aku mati keras dalam dewan masjid ni. Ade kang aku tido bawah meja. Huuu.
Tapi, jangkaan aku meleset. Masuk je slot ke dua sampai la hari terakhir aku kursus, aku keje gelak je. Gelak sampai keluar air mata pun ade. Memang penceramah semua kelakar dan pandai tarik perhatian perserta. Pulak peserta ni kebanyakkannya budak-budak UTM (kecuali kami yang dah pangkat kakak-kakak dgn abang-abang.. Nangis.. T___T). Isi kandungan kursus menarik, dalam masa yang sama buatkan kita ni berfikir tentang alam perkahwinan tu. Ade yang realiti, ade yang fantasi. kebanyakkan penceramah ni memang dah arif dalam situasi perrkahwinan, sebab dorang berdepan dengan pasangan yang dah berkahwin ni tiap-tiap hari. Apa yang mereka kongsi tu sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai teladan dan sempadan pada anak muda yang nak berumah tangga.
Ada satu slot yang memaparkan video pasal proses pasangan yang nak mendirikan rumah tangga. Huu. Aku rasa, takde pun peserta yang bg perhatian pd video ni. Hahahaha..
|
Orang yang depan sekali baju kuning tu.. tidoqqqq plak.. |
Kursus selama 2 hari, kami dihidangkan dengan makan pagi dgn tengahari.
Makanan die, alhamdulillah sedap dan mengenyangkan. Disebabkan kursus
kami kat masjid, jadi tak ada masalah bagi kami utk solat dan berehat.
Sebelum berakhirnya kursus 2 hari tu, ada diadakan kuiz utk uji pengetahuan peserta. Aku ingatkan kuiz ni macam zaman sekolah dan akan dikutip semula, rupanya utk tgk sejauh mana pemahaman kita je. Lepas ujian yang disemak oleh kawan yang duduk sebelah, keputusan tu boleh la disimpan dalam fail.
Yeaaaaaaa.. dah habis kursus kawin.. Makanya, aku da boleh kawin la, kan? Hahahaha...
No comments:
Post a Comment