Bukan dengan rasa pakai lidah (Eiiii, takkan nak jilat hati sendiri? Gelinya). Nak merasa hati, pakai naluri. Kita sendiri yang rasa, ok atau tak. Banyak penyebab kenapa terjadinya tawar hati tu. Kadang-kadang, tawar hati ni boleh berpunca dari diri kita sendiri. Sebabnya? Sebab kita terlalu teruja, excited la orang cakap. Bila kita dah teruja, secara tak sengaja pasti kita akan buat sedikit planning, ada pasang angan-angan, kan? Perasaan teruja akan berkurang sedikit demi sedikit, atau hilang terus jika apa yang kita angan-angan tu tak menjadi, atau pun kita tak nampak apa yang kita angan-angankan tu akan terjadi dalam masa terdekat. Iye la, kalau dah teruja tahap gaban, mesti la ada rasa tak sabar. Kalau dah tak sabar, mestilah setiap masa tu rasa lambat je. Macam la budak kecik yang nak pergi mandi air terjun. Kalau dah teruja, pukul 5 pagi dah sibuk-sibuk bangun nak gerak pergi waterfall, padahal subuh pun tak masuk lagi. Huhuhuu. Aku pun tak tak terkecuali.
Ada benda yang buat aku tawar hati, yang datang dari diri sendiri, iaitu pasal kahwin. Siapa yang tak teruja bila cakap pasal kahwin? Bila pulak semua kawan baik aku dah bertunang dan berkahwin, dan kawan baik aku yang bercinta kemudian pun dah nak kawin. Bila kawan-kawan baik aku tanya pendapat pasal itu ini, aku pun dah terbayang itu ini. Sebabkan teruja la aku sama-sama tengok persiapan pengantin la, survey itu, survey ini. Tengok design baju la, tengok katering la, tengok warna tema la, tengok bridal la. Siap kirim kain lace sepasang kat kakak opis masa dia pergi Bandung, nak buat baju kawin katanya. Hahaha. Rasa nak sorok muka bawah tanah.Tapi aku terlupa, aku bukan nak kawin dengan diri sendiri, tapi dengan orang yang akan jadi bakal suami. Aku terlupa, yang kami tak pun merancang apa-apa lagi. Bincang pasal merisik pun tak ada, inikan pula yang lebih-lebih. Dan yang pasti, aku rasa kami pun takkan bincangkan pasal perkara ni dalam masa terdekat, dan aku pun tak tahu bila. Dan aku terlupa, jodoh kawan-kawan aku lebih mendahului dari diri sendiri.
Bila aku fikir, memang salah aku sendiri pun. Aku yang cipta perasaan teruja tu. Imaginasi aku yang dah mendahului semua, lebih kurang macam aku yang lebih-lebih la. Huhu. Secara tak sengaja tercipta perasaan teruja tu. Padahal si dia sendiri cakap dia tak bersedia lagi, tak ada perancangan, dan tak ada keyakinan. Keyakinan terhadap apa? Aku tak tahu, mungkin keyakinan terhadap aku kot. Mungkin sebab aku tak menunjukkan ciri-ciri isteri yang die nak kot. Mungkin sebab dia belum faham aku kot. Huhu. Sebab perangai aku kadang-kadang macam budak-budak sangat. Jadi? Takkan aku tak faham-faham jugak? Sebab perasaan mendahului minda la perkara macam ni berlaku. Huhu. Terasa bodoh pulak aku rasa bila aku sibuk-sibuk share dengan si dia pasal bridal, dewan, semua tu. Malunya. Haha. Terasa macam sudu lebih dari kuah pulak, terhegeh-hegeh.~
Lama kelamaan, perasaan tu macam terkubur, perasaan teruja tu semakin
terpadam sikit demi sedikit. Aku yang sengaja padamkan. Aku tak nak perasaan tu semakin bercambah. Aku tak nak setiap kali, aku yang rasa kecewa. Kecewa dengan diri sendiri sebab bandingkan diri dengan orang lain. Kalau tak dulu, bila kawan aku tanya
pendapat, aku pun sibuk bercerita sana sini, apa impian aku, apa
angan-angan aku. Sekarang? Bila kawan-kawan tanya pendapat, aku bagi
tahu je apa yang diorang nak tahu, tapi tak melibatkan diri aku. Bila kawan
tanya pasal aku? Aku cuma jawab, 'entah', 'tak tahu', 'tak fikir lagi',
'malas nak fikir', tak bincang lagi', 'tak tahu bila', 'biarlah', 'belum
sampai masa'. Kalau tak pun, aku senyum je. Sedaya aku akan cuba mengelak dari bercakap pasal benda ni. Aku akan cepat-cepat ubah topik. Aku pun memang dah tak tengok benda-benda berkaitan dengan semua ni, sebab nanti takut aku terlajak berangan lagi. Hehe. Aku sedang berusaha buang semua angan-angan aku. Buat masa ni, aku nak biarkan ia kosong. Tak fikir apa-apa, sebab belum sampai masa. Betul cakap si dia, go with the flow. Kita ikut je mana arahnya. Sekarang ni masa untuk bercinta, kita bercinta la dulu. Tak payah fikir pasal kahwin lagi selagi belum sampai masa. Itu lagi baik dari berangan tapi tak kena tempat. Huhu.
Lepas ni, aku hanya perlu 'menerujakan' diri aku dengan majlis kawan-kawan aku dan sepupu aku je. Terus bagi pendapat itu dan ini dan juga sokongan. Nampaknya aku dah kena ubah planning kahwin ke planning utk perjalanan, sebab jauh nak memandu ke Kedah, KL dan Kuantan. Haha. Kumpul duit minyak tol, kumpul cuti, nanti boleh amik cuti panjang sikit. Maunya nanti macam panda pergi opis. Haha. Kepada sahabat-sahabat aku, wishing you all a happy married life~
P.s: Jangan ditanya bila pulak giliran aku. Nanti ada yang makan selipar saiz 9~
No comments:
Post a Comment