Showing posts with label tukar. Show all posts
Showing posts with label tukar. Show all posts

Tuesday, September 2, 2025

Tukar baju hari-hari

Aku terbaca satu post dekat thread, pasal perempuan kena sentiasa tukar pakaian, tak kira luar atau dalam, setiap hari. Untuk apa? Kebersihan, nak elakkan bau badan, nak kurangkan pertumbuhan bakteria & kuman penyebab bau badan.

Satu je dalam fikiran aku, benda tu bukan basic hygiene ke? 

Sebab ada yang komen, kalau tukar baju hari-hari, baju tu berlonggok, kepam. Keluar rumah je cantik, dalam rumah kepam. 

Aku macam,erkkkkk. Nope. 

Perempuan yang jaga 'kebersihan' badan dia, pasti akan jaga kebersihan sekeliling ye. Ada beza jaga 'kebersihan' dengan 'penampilan'. Orang yang jaga penampilan tu, luaran je. Asal nampak bergaya, tak kisah lah baju tu recycle ke, sangkut belakang pintu ke, asalkan dia rasa tak ada bau, masih boleh pakai, dia akan pakai. Bau sikit-sikit tu, dicovernya dengan minyak wangi satu liter.

Tapi orang yang jaga kebersihan, lain. Baju sekali pakai, maksudnya masuklah dalam bakul baju kotor. Kalau memang dia sejenis yang pembersih, rasanya ada ke dia nak biarkan baju kotor tu berlonggok lama-lama? Tidak akan, sebab dia mesti akan rajin cuci. Iyelah, kalau rajin tukar baju, mestilah stock baju harian makin berkurang, kan? Mesti kena rajin cuci punyalah. 

Jadi kat sini, tak ada istilah orang yang rajin tukar baju bersih tu, orang pesen kepam. Semestinyalah dia sejenis yang rajin cuci baju. Kalau badan dia boleh jaga sebersih itu, takkan la benda yang dipakai kat badan dia nak biarkan kotor. Common sense sikit lah. Huhu. Tapi itulah, benda kalau post kat media sosial, kenalah bersedia nak dikecam dengan orang yang fikiran dia tak satu frekuensi dengan kita, sebab setiap manusia tahap pemikiran dia lain. Jadi, kita tahu diri kita. yang penting, pakaian sentiasa tukar, kena selalu mandi dan basic hygiene kenalah jaga, supaya orang sekeliling tak terseksa kena tahan nafas bila kita lalu. 

Tuesday, April 20, 2021

Mesin tukar Syiling Tabung Haji


Sejak akhir tahun lepas, aku ada buat bisnes kecilan kat opis, iaitu bisnes jual makanan merapu (jajan). Mula-mula aku jual makanan ni sebenarnya untuk kumpul dana sempena CSR (Corporate Social Resposible) kilang aku, dimana kami akan berikan sedikit sumbangan untuk satu sekolah yang terpilih. Bila tempoh CSR tu dah berakhir, aku pun masih tetap teruskan juga la bisnes kecilan aku tu, sebab dah mendapat sambutan 😄 

Bekas syiling dari tin biskut hamper raya cina

Oleh itu, kalau dah melibatkan jualan jajan, mestilah akan ada byk duit syiling kan? Duit syiling ni, bukan senang nak tukar, melainkan kita pergi kedai yang memang kita dah biasa tukar. Selain dari tu, kita perlu cari bank yang ada sediakan mesin tukar duit syiling. Satu tempat yang memang aku suka untuk pergi tukar syiling adalah di Tabung Haji, Bandar Kaba, Melaka. 

Mula-mula aku pun tak tahu kewujudan mesin syiling kat tabung haji ni. Tapi alkisah kali pertama aku nak pergi tukar syiling kira-kira 2 tahun lepas, waktu tu aku bercuti kat Melaka (cuti lepas kilang aku kena tutup). Aku pun cari la bank mana yang ada tawarkan perkhidmatan tukar syiling ni. Kalau di Melaka, ada di Maybank Jalan Hang Tuah, dan Tabung Haji Bandar Kaba. Kalau pergi Maybank tu, waktu terdesak je sebab kat situ susah nak parking, dan mesin syiling tu nun jauh di hujung. Kalau tengah tukar syiling tu, satu Maybank boleh dengar dan semua nampak. Oleh kerana Tabung haji ni kurang sibuk dan lebih cepat, maka aku pergi ke sini. Mesin syiling pun betul-betul kat tepi pintu masuk. 

Cara nak tukar duit?

1. Berdiri depan mesin. Kat mesin tu, dia dah siap bagi cara bagaimana nak guna mesin tu. Mesin ni mudah je nak pakai sebenarnya. 

2. Masukkan duit dalam bakul. Masa ni boleh la kita cek lagi sekali, in case ada bendasing dalam tu, macam pin baju, atau paku, atau apa-apa benda selain dari duit syiling. Lepas tu, tekan butang A, masukkan duit sedikit demi sedikit. Pastikan jangan bagi duit tu berkumpul/ berlapis. Kalau tak, nnt duit yang berlapis tu akan keluar semula ikut lubang dispenser kat bawah (lupa nak ambil gambar lubang ni). Duit dari lubang dispenser ni, boleh dimasukkan semula dalam tempat kira duit ni. Ulang sampai rasa duit yang di reject tu, memang betul-betul reject. 


Mesin tengah kira duit

3. Bila mesin dah siap kira, akan keluar paparan skrin, jika nak masukkan duit lagi, boleh tekan butang  A, jika dah selesai, boleh tekan butang B. (Gambar kabur sebab tangan gegar ) Butang B ni adalah untuk kita dapatkan resit & baucer utk tunaikan duit ni. 

4. Bila dah dapat baucar, boleh ambil no giliran, dan tunggu sehingga no giliran dipanggil. Baucar ni ada tarikh luput ye. Pastikan kita tunaikan baucar ni dalam masa yang ditetapkan. Resit syiling adalah untuk simpanan kita, dan baucar wang syiling adalah untuk diberikan kepada pegawai bank di kaunter. Kalau ada akaun tabung haji, duit akan dimasukkan ke dalam akaun tabung haji secara serta merta. 

Duit cash tu, tambahan nak masukkan dalam bank

Oleh itu, selesai sudah proses tukar duit syiling. Senang dan mudah. 






Friday, November 10, 2017

Upgrade ke Umobile


Upgrade dr Altel ke UMobile. maaf Altel, walaupun line Altel adalah agak bagus ( sbb kt kawasan ceruk pun masih boleh dpt internet), tp disebabkan harga data (internet) agak mahal, maka aku berubah ke UMobile.

Altel ni adalah no kt dlm tab aku. Tab ni aku selalu la bukak youtube, atau nk bukak FB/ Insta. Jadinya, aku agak memerlukan data yg byk. Lagi pulak sejak akhir-akhir ni, data internet Umobile da jadi agak murah, maka aku pun mencuba la nasib. Tp utk hp, aku masih setia guna Maxis (gituuuu).

Apa yg perli kita buat kalau nk guna Umobile tp masih kekalkan no lama?


1. Beli simcard. Pastikan siap daftar nama ye. Aku terlupa nk daftar masa tu. Punya la excited. Kemudiannya, sbb tak boleh nk migrate no, terpaksa pergi semula tempat aku beli simcard tu utk daftar nama. Kesian betul.

2. Pergi Laman web UMobile. Lepas tu, tekan Upgrade to Umobile kt atas tu.

3. Sebab aku pakai prepaid, jadi aku pilih prepaid.

Haaaa.. Ini adalah disebabkan no Umobile aku beli tu tak daftar atas nama aku lg. Cis.. Rakus sgt. Hahaha
 4. Akan keluar ini, Isi la apa yg patut. Bahagian new mobile no dan Sim Serial no, masukkan no telefon dan no sim starter pack yg dah dibeli tadi.

5. Utk confirm request, akan dpt TAC no dr Umobile. Msg ni akan dihantar ke no telefon yg kita nk guna tu (no telefon yg dikekalkan). Bila dah dpt, isi la pd bhgn TAC tu. Lepas tu, tekan la upgrade request.


6. Haaa. Selesai. Tunggu la sampai line UMobile tu boleh pakai.

7. kalau tertanya-tanya status update tu, boleh la cek kt sini.

8. Bila dpt msg ni, tandanya aku dah berjaya! Masa tukar tu, adalah dlm tak smpai sejam pun. Kejap je.


 9. Ini utk login dlm akaun kita sendiri. Hehe.  Jgn lupa tekan first time login utk dptkan no pin. No pin tu, kalau boleh dihafal. Sbb nnt kalau nk login, mmg kena ada no pin ni, lebih-lebih lg login ikut komputer.
 
10. Ini adalah disebabkan aku terlupa no pin. Hahahaha.

Okey. telah selesai cara-cara nk tukar line dr Altel ke UMobile. Mudah shj. Semuanya dihujung jari skrg ni. Tak mcm dulu, kena pergi kt service center, baru boleh ubah. Huhu.