Tengok dari tajuk, ini lah yang aku nak kongsi hari ni. Aku bukanlah pakar laktasi, cuma aku nak berkongsi dari pengalaman dan ilmu yang aku cedok selama hampir 6 tahun dalam dunia penyusuan ni. Banyak lagi yang aku nak kena belajar. Bila cakap pasal beri anak susu badan, ramai yang fikir, senang je. Selak baju, bagi je baby susu. Memang semudah tu, tapi tak juga semudah tu. Kat sini aku senaraikan benda yang kita kena ambil tahu untuk berjaya susukan anak selama 2 tahun;
1. Ilmu
Yang ni sangat penting. Semua benda yang yang kita buat. Hatta nak makan, minum, mandi, tidur, semua kena ada ilmu, cuma sama ada ilmu tu secara profesional atau secara pemerhatian. Untuk menyusu pun sama. Memang sejak azalinya sesiapa yang ada 'mammary gland' boleh hasilkan susu. Tapi, untuk menjayakan penyusuan 2 tahun tu yang nak kena gali ilmu. Aku sendiri pun rasa mcm banyak lagi yang aku tak tahu, dan aku sendiri masih lagi dlm proses belajar walaupun anak dah 3.
2. Konsep 'Demand & Supply'
Ini penting, kena faham konsep 'demand & supply', dimana semakin kerap kita bagi anak susu, semakin banyak susu yang dihasilkan. Ramai ibu yang mengadu, susu sikit masa baby baru lahir. Memang sikit, dan masa tu la kita kena kerapkan susu anak, sekurangnya ia akan hantar signal ke badan, yang kita perlu hasilkan lagi banyak susu untuk anak.
3. Pam susu
Pam susu ni penting untuk mak yang bekerja. Untuk mak yang tak bekerja, agak tak penting sebab anak ada bersama sepanjang masa. Pastikan beli pam susu yang sesuai dengan kita, sebab setiap orang ada keperluan yang berbeza, takkan sama. Nak cari pam manual atau electric, pam handsfree atau corong biasa, pam double atau single, pam yang ada inbuilt battery atau kena cucuk power supply, pam yang mahal atau pam yang murah. Semua tu akan mainkan peranan masa nak membeli. Pastikan masa beli tu, kita dah tahu apa yang kriteria yang kita nak.
4. Stok susu.
Ini berkait rapat dengan pam susu tadi. Bila kat opis, kita pam susu untuk hasilkan stok untuk anak masa kita kt pengasuh kan? Jadi kena tahu jenis-jenis peti ais dan jangkamasa susu perahan tu. Nak dapatkan stok susu bukan setakat guna pam, boleh juga guna silicone milk collector, dimana aku akan guna secara tandem masa menyusu. Aku dah guna konsep ni sejak dari dalam pantang, dan alhamdulillah stock susu boleh penuh satu freezer. Guna silicone milk collector secara tandem juga menghasilkan ilusi pada badan yang kita perlu hasilkan lebih susu, sebab sebelah baby dah minum, sebelah lagi susu masih keluar. Tapi perlu berjaya dengan kaedah ni, sebab boleh sebabkan berlakunya oversupply.
5. Jangan stress
Ini sangat penting. Stress akan ganggu supply susu. Aku perasan benda ni. Kalau ada hari aku stress kat opis, susu aku akan kurang. Sebab apa dalam pantang susu lagi banyak dari bila dah kerja? sebab bila kerja, kita akan mula stress dengan kerja, stress dgn keadaan sekeliling, dan akan beri kesan pada badan. Kena ingat, lagi kita happy, lagi banyak suus yang terhasil.
Setakat ni, itu je yang terlintas kat fikiran aku. Bagi ibu-ibu baru, aku nasihatkan cari ilmu penyusuan seawal dari kau dapat result positive kat test UPT, sebab ada tersangat banyak benda yang kita nak kena tahu. Kalau nak belajar bila dah bersalin, macam agak dah terlewat sebab waktu tu kita akan lagi banyak benda nak hadap, nak adapt diri dengan baby baru, badan masih sakit, dan semestinya kita akan mula stress bila ada orang luar suruh itu ini. Kalau dari awal kita dah gali ilmu, kita sekurangnya dah tahu apa nak buat, cuma sebelum ni kita belajar ilmu teori, tinggal ilmu praktikal je. Dekat FB ada 2 support group yang aku join, Happy Breastfeeding Malaysia & The Breastfeeding Advocates Network (TBAN). Boleh gali ilmu sebanyak mungkin kat sini, dan semestinya ianya percuma.
No comments:
Post a Comment