Tuesday, December 17, 2013

Tunang ke nikah ni?

Selalu tak kita terkeliru:

" Eh, ni tunang ke nikah?"

Pada aku, sekarang ni majlis tunang dah macam majlis nikah, cuma tak ada tok kadi je. Siap dengan pelamin, jurugambar, khemah, goodies, dan macam-macam lagi. Dah jarang aku jumpa majlis macam dulu-dulu, bila tunang, bakal mak mertua masuk bilik sarung cincin je. Dah jarang sangat. Dalam 10 kawan aku tunang, sorang je yang macam ni.

Bila ramai yang dah buat macam ni, lama kelamaan ia akan jadi kebiasaan. Masing-masing bila nak bertunang, terpaksa keluar duit beribu-ribu untuk tunang. Ada je orang yang aku kenal sanggup berhutang untuk majlis tunang saja. Itu belum majlis kawin. Bila nak bertunang, terpaksa ada pelamin, ada khemah, ada jurugambar, ada hantaran mahal. Lama kelamaan, semuanya akan jadi kebiasaan. Mula la Mak Bedah, Mak Senah, Mak Joyah dan Mak Gayah mula membandingkan majlis tunang anak si polan dengan si polan. Anak orang ni majlis macam ni, orang tu majlis macam tu. Mula la berdentam-dentum telinga tuan rumah mendengar umpatan wartawan cap ayam hilang ekor ni. Bila ada mak ayah yang terpengaruh dengan wartawan tak berbayar ni, mula la mereka menyuarakan pendapat yang sama keada anak-anak hingga anak-anak yang memang nak buat simple, terus tak jadi simple. T________________T

Memang betul orang selalu cakap, ikut kemampuan. Kalu mampu setakat buat kenduri doa selamat, itu je la yang boleh dibuat, kan? Tapi, pada aku, persepsi masyarakat tentang bertunang perlu nampak grand adalah sgt tak betul Cuba kita amik contoh org barat, pertunangan mereka sangat simple, hanya perlu lelaki bagi/ sarung cincin ke jari perempuan, tadaaaaa. Da bertunang da. Yang mereka tumpukan adalah majlis perkahwinan mereka. Macam tu juga adat melayu dulu-dulu. Pihak lelaki datang dalam 10 orang, bakal mak mertua sarung cincin, tadaaaa.. da bertunang. Jamuan pun setakat untuk beberapa org saja. Sepatutnya, yg perlu dihebah adalah pernikahan, bukan pertunangan.

Oleh kerana semakin ramai yang merumitkan keadaan, maka semakin ramai yang tersepit. Persepsi ringkasnya majlis pertunangan tu dah berubah. Mesti kena ada ni, mesti kena ada itu. Kawan aku ada ni, kawan aku buat tu, mesti kena ada. Akhirnya, mereka sendiri pening kepala. Kalau orang dulu-dulu, yang dipeningkan kepala adalaha bagaimana nak sambut tetamu belah lelaki, cukupkah makanan dan sebagainya, yang mana lebih tertumpu kepada menyambut tetamu. Tapi kini, mereka pening kepala memikirkan pelamin, baju, goodies dan juga jurukamera. Tak ke itu dah menambah beban di kepala?

Terpulang kepada individu itu sendiri, nak yang ringkas dan mudah, atau pun nak yang susah dan memeningkan kepala. Terpulang kepada kemampuan masing-masing. Jika mereka rasa mampu dari segi tenaga dan kewangan, apa salahnya? Tapi jangan sesekali merasakan perkara-perkara remeh temeh tu sebagai perkara wajib yang memeningkan kepala, Apa yang penting, tujuan majlis pertunangan tu diadakan.

* Aku orang yang simple dan pemalas. Aku tak suka serabutkan kepala dengan benda yang tak perlu. Oleh itu, boleh diagak la majlis aku nanti macamane..*

No comments:

Post a Comment