Monday, December 2, 2013

Corak di atas kain

Anak yg lahir itu suci..
Ibu bapa yang melakarkan corak
Anak yang mewarnakan..
Tiada istilah, dimana tak tumpah kuah jika tak ke nasi, jika kuah dan nasi tidak pernah bertemu, tidak pernah serasi.
Jangan dipandang hina anak yang diluar ikatan,
Kerana mereka tidak tahu apa-apa.
Jangan dianggap diri itu bukan pendosa,
Kerana kita bukan kekasih Allah yang maksum sentiasa.

Anak itu suci bersih, kita yang melakarkan.
Jika bercorak bunga, maka bunga la yang terlakar.
Jika bercorak kotak, maka kotak la yang tercorak..

Sehingga satu masa, anak yang akan mula mewarnai kehidupan mereka.
Corak bunga dipenuhi warna-warna pilihan mereka.
Terpulang pada mereka, warna apa yang menjadi pilihan hati.
Warna-warna yang terpalit itu terletak di tangan mereka,
Jika ia suram, maka suramlah warnanya.
Jika ia terang, maka teranglah warnanya.

Corak dan warna
Bagaimana corak dan warna dipilih?
Berdasarkan apakah ia dilakar, ia dicoret?
Agama, pegangan hidup dan pendirian.

Tidak guna jika corak yang dilakar penuh dengan keindahan agama, tapi dipalit dengan warna-warna kemungkaran..
Sungguh hebat jika corak yang dilakar itu dengan kejahilan, namun ia diwarnakan dengan warna-warna hidayah yang turun dari ilahi..

Siapa kita untuk menghukum?

* Kita manusia biasa, takkan pernah lepas dari dosa. Jangan pernah menghukum orang lain, jangan pernah menghina orang lain, kerana penghinaan itu akan tercalit di dalam diri kita sendiri*


No comments:

Post a Comment