Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Air Halia, kisah 2

Bila teringat pasal air halia, pasti aku teringat kisah ni. Air fresh orange yang dah dicampur dengan halia. 

Alkisahnya kira-kira 13 tahun yang lepas. 

Masa tu aku berumur 13 tahun, dan adik aku yang kecil baru je berumur tak sampai setahun. Masa tu, emak selalu tak ada kat rumah, jadi tugas untuk jaga adik kecik tu terletak kat tangan aku dan kakak aku yang tua. Adik aku yang lelaki tolong gitu-gitu je. 

Biasa la bagi budak kecik, pasti akan ada masalah sembelit, susah nak buang air besar. Nak dijadikan cerita, masa tu bila bukak peti ais, ternampak ada beberapa biji oren sunkist. Kakak aku pun terfikir untuk buat fesh orange, dan akan diberi sedikit untuk adik aku yan kecik. Tetiba, aku dapat satu idea, apa kata aku letak halia? Mesti semua angin dlm perut adik aku akan keluar. Makanya nak dijadikan cerita, kakak aku bersetuju dengan cadangan 'hebat' aku tu.

Kakak aku mula memblender semua buah, termasuk la halia. Kami masukkan air dlm botol susu, selebihnya kami minum. Jika ikut perut kami, kesan air fresh orange sarbat tu adalah sekadar kentut-kentut sahaja. Namun, disebabkan idea hebat aku tu, adik aku yang kecik tu kena cirit birit selama seminggu! Hahahaha

Emak sampai dah pening kepala, kenapa anak bongsu dia tu kena cirit birit. Dari mana salahnya? Apa silapnya?

Hahahaha.. setelah 13 tahun, baru rahsia itu terbongkar......

Sorry mak, kami kesian adik tu sembelit, susah buang air. Kami kakak yang prihatin.. Hahahahahaha

Monday, December 2, 2013

Corak di atas kain

Anak yg lahir itu suci..
Ibu bapa yang melakarkan corak
Anak yang mewarnakan..
Tiada istilah, dimana tak tumpah kuah jika tak ke nasi, jika kuah dan nasi tidak pernah bertemu, tidak pernah serasi.
Jangan dipandang hina anak yang diluar ikatan,
Kerana mereka tidak tahu apa-apa.
Jangan dianggap diri itu bukan pendosa,
Kerana kita bukan kekasih Allah yang maksum sentiasa.

Anak itu suci bersih, kita yang melakarkan.
Jika bercorak bunga, maka bunga la yang terlakar.
Jika bercorak kotak, maka kotak la yang tercorak..

Sehingga satu masa, anak yang akan mula mewarnai kehidupan mereka.
Corak bunga dipenuhi warna-warna pilihan mereka.
Terpulang pada mereka, warna apa yang menjadi pilihan hati.
Warna-warna yang terpalit itu terletak di tangan mereka,
Jika ia suram, maka suramlah warnanya.
Jika ia terang, maka teranglah warnanya.

Corak dan warna
Bagaimana corak dan warna dipilih?
Berdasarkan apakah ia dilakar, ia dicoret?
Agama, pegangan hidup dan pendirian.

Tidak guna jika corak yang dilakar penuh dengan keindahan agama, tapi dipalit dengan warna-warna kemungkaran..
Sungguh hebat jika corak yang dilakar itu dengan kejahilan, namun ia diwarnakan dengan warna-warna hidayah yang turun dari ilahi..

Siapa kita untuk menghukum?

* Kita manusia biasa, takkan pernah lepas dari dosa. Jangan pernah menghukum orang lain, jangan pernah menghina orang lain, kerana penghinaan itu akan tercalit di dalam diri kita sendiri*