Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Saling memiliki

Lumrah manusia, ingin saling memiliki. Takut kehilangan tu sifat manusia yg telah menyayangi. Tapi, manusia seringkali tersalah anggap.

Cemburu buta, tak percaya, tak sabar..

Hati yg kuat pasti akan lemah akhirnya.

Ya Allah..kukuhkan iman, kuatkan hati...

Pemilik hati ini bukan aku, tp Ilahi..

Tuesday, February 4, 2014

Cinta itu..

Cinta itu misteri..

Datang tanpa diundang,
Mengetuk tanpa dirancang,
Terpaut tanpa terpandang,
Hadir tanpa dikekang,
Ia muncul terbang melayang..
Subur mekar menghijau bagai rumput di padang,
Semerbak mewangi bagai bunga di ladang..

Ia sukar untuk dimengerti...

Saturday, January 4, 2014

Sakit

Entahlah..

Hati rasa sakit setiap kali ternampak nama 'dia'
Terasa air mata nak mengalir sebagaimana setiap kali aku lihat nama 'dia'
Sakit yang teramat.
Tak tahu la nak gambarkan macamana.
Terasa macam diri dipermainkan.
Terasa diri ni bagai simpanan.
Terasa diri ni macam hanya gantian.
Mungkin status 'dia' di hati dia masih lagi sama?


Tak tahu
Kerana dia tak pernah mengaku dah melupakan 'dia'.
Dalam diam mungkin dia masih mengharap 'dia'
Dan aku?
Di sini masih mengharap dia betul-betul mengharapkan diri ini.

Sampai bila?

Aku tak tahu..

Apa yang aku perlu buat?

Berdoa, supaya hatinya dekat di hatiku, hatiku dekat dihatinya.

Jika tiada jodoh?

Aku hanya mampu berserah.

Jika jodoh dia dengan 'dia'?

Mungkin aku akan padam kedua-duanya dari kotak ingatan. Mungkin aku akan pergi jauh. Aku tak sekuat yang disangka.

Aku selalu mendengar,
Cari mereka yang betul sayang dan cintai kita, kerana ia akan berkekalan, jangan disebaliknya..
Aku juga mengharap perkara yang sama..

Saturday, September 14, 2013

Api itu panas (II)

Api itu panas...
Jika telah diberi ingatan, jangan nanti kau menyesal.
Jangan kau menangis di hadapan aku lagi,
Kerna tak pasti aku mahu tertawa atau bersimpati .

Api itu panas,

Jangan kau cari aku untuk menyembuhkan kesan lecurmu,
Kerana peringatanku untuk kau menjauhi api kau biarkan ia berlalu..

Saturday, September 7, 2013

Jangan Bermain Api

Api itu panas
Jangan bermain api, kelak terbakar diri
Melecur hati..
Jika sudah tahu kesudahannya, mengapa perlu diambil risiko?
Jangan sesekali menggadai diri
Kelak yang sakit diri sendiri
Walaupun sahabat mampu mengubat hati,
Namun yang merasa sakit dan perit itu dirimu sendiri..

Jangan diambil risiko yang penyudahnya sudah diketahui.
Jangan diharap ia menjadi realiti
Tinggalkan dia jauh dibelakang walaupun dirimu kini menyendiri
Kerana ia lebih baik dari akhirnya dirimu yang makan hati..

Friday, August 30, 2013

Akhirnya, Menyerah

Menyerah, berserah 100% kepada takdir..

Bukannya aku menyerah kalah, cuma aku dah penat..

Penat, letih..

Hanya doa yg mampu mengiringi semuanya..

Moga dipermudahkan jalan hidup aku..

Aku biarkan semuanya berlalu sepi..

Tak mahu aku fikir lagi..

Akan aku ikut sahaja kemana arus bawa aku pergi..

aku dah penat menongkah arus, melawan ombak, andai aku seorang sahaja yang berusaha.

Biarkan..aku menyerah....

Monday, August 26, 2013

Letakkan noktah itu

Letakkan noktah itu..
Jika ragu, mengapa ditabur janji?
Jika tidak yakin, mengapa berkata manis?
Hati wanita umpama tisu, kata-kata lelaki umpama air..
Hancur tisu kerana air,
Hancur hati wanita kerana janji manis lelaki.
Jika berjanji, kotakan.
Jika berkata, buktikan.
Koyaknya kertas pasti tidak akan sama jika disambung semula
Bekasnya tetap ada..
Renyuknya tetap kelihatan..
Luluh, hancur..

** melihat sahabat sendiri yg luluh hati, bagai hati sendiri dirobek..**

Friday, July 19, 2013

Murahkah aku?

Murahkah aku,
Jika aku dengan mudah memberi cinta?
Murahkah aku,
Jika aku yang mengejar, bukan yang dikejar?
Murahkah aku,
Jika aku yang meluahkan perasaan, bukan yang menerima perasaan?
Murahkan aku,
Jika aku yang menunggu, bukan yang ditunggu?

Murah..
Sememangnya nampak murah..
Seperti tidak bernilai..
Amat murah, kerana mudah diperoleh..
Berbeza dengan wanita lain..
Lelaki gemar sesuatu yang dikejar dan ditunggu bertahun-tahun, sesuatu yang kelihatan mahal..
Seperti intan dan berlian,
Bukan sesuatu yang murah seperti aku..

Namun, adakah perasaan aku juga tidak bernilai?
Adakah perasaan aku tak perlu diambil kira?
Adakah pemergian ku layak ditangisi seperti wanita mahal di hati lelaki?
Mungkin seminit, lalu akan dibiarkan menyendiri sepi..
Mungkin...


p/s: Cinta pd ilahi itu yang kekal abadi...