Showing posts with label melancong. Show all posts
Showing posts with label melancong. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Tabung Melancong

Aku ade buat tabung melancong. Tabung ni aku letak kat opis. Hehe. Motif? Sebab kawan-kawan selalu kirim sarapan pagi dekat aku. Jadi, duit yang diorg bayar apada aku tu akan aku masukkan dalam tabung ni. Hehe. Aku pun sangat jarang guna duit ni, melainkan terdesak je. Setakat ni, alhamdulillah, tak ade la terdesak lg.

Tabung duit aku.. kekekeke.. Pakai cawan kertas je

Aku pun masih simpan lg duit angpow yg aku dapat. Sayang betul nk pakai. Kat dalam tu ade la dlm RM35. Hehehe.
Duit angpow selama 2 tahun
Aku berharap aku berjaya kumpul duit bercuti ni. Hahahahaha. Harapan tetap ade~ Yang penting, setiap tahun aku boleh pergi melancong 1 tempat sekurangnya. tak kira la dalam ke luar negara, yg pasti aku nk melancong~


Saturday, September 14, 2013

Melancong vs membeli belah

Melancong atau membeli-belah?
Melancong dan membeli belah?
Melancong untuk membeli-belah?

Untuk mereka yang dilahirkan tanpa 'sudu emas' ditangan, sudah semestinya aku hanya gemar melancong. Jangan disebut membeli belah dihadapan aku, sebab itu la benda yang paling aku tak gemar. Ya, seperti mana aku telah sebut dahulu (disini), aku dah merasa kepayahan hidup dari sejak aku lahir hingga sekarang. Alhamdulillah, aku tidah ada masalah 'kaki shopping' dan juga 'kaki barang berjenama'. Terima kasih emak & arwah abah kerana membesarkan aku dengan cara ini. Sekurang-kurangnya aku tahu nilai titk peluh sendiri.