Showing posts with label berubah. Show all posts
Showing posts with label berubah. Show all posts

Friday, January 3, 2014

Baju lain tak ada ke?

Pernah tak korang ditegur dengan ayat ni?

 'Baju lain tak ada ke?'

Aku selalu gak ditegur. 

" Perlu ke pakai tali pinggang kat atas baju tu? Kenapa, nak tunjuk punggung?"

Tertepek kat muka aku. Soalan yang aku tak boleh nk bg jawapan, hanya sengih kerang memanjang.

Dia cuba menegur cara pemakaian aku, supaya lebih longgar dan tak ikut badan. Jika dia diberi pilihan, dia lebih gemar aku pakai jubah dan baju kurung, tak lupa dengan tudung labuh. Aku dah mula berusaha untuk pakai pakaian yang lebih longgar, cuma tudung sahaja aku masih lagi kekal dengan tudung bawal. Bukan tak mahu pakai yang labuh, cuma belum sampai masa. Huhu. Dia bukan nak mengongkong, cuma dia nak aku berubah kearah yang lebih baik. Aku tak rasa rimas, malah aku rasa lebih dihargai dan lebih selamat.

Terima kasih awak, sebab cuba jadikan saya orang yang lebih baik.

* Insyaallah, lepas ni aku cuba berubah sedikit demi sedikit*

Thursday, September 26, 2013

Peringatan untuk diri ku

Kadang-kadang, kita mengata orang lain sebab rasa tak puas hati..
Luahkan kat FB, twitter, semua tu
Tapi, kitaran hidup ni macam roda
Akan kembali semula kepada kita.
Tanpa kita sedar, kita akan buat apa yang kita tak suka oranga lain buat.
Tak ada manusia yang tak dibenci.
Rasulullah S.A.W yg maksum tu pun dibenci kafir quraisy, inikan pula kita manusia biasa yang terlalu byk dosa.
Berubahlah kearah yg lebih baik
Kerana meludah ke langit, pasti akan jatuh terkena muka sendiri,
Menepuk air didalam dulang, pasti terpercik ke muka sendiri.

Cermin diri sebelum sibuk menyelak keaiban orang lain.

Satu peringatan buat diriku sendiri...