Pernah tak rasa diri mcm tgh bermesej dgn dinding?
Bila tulis panjang lebar,
Tulis macam-macam cerita,
Tapi takde yg respons.
Huhuhuhu.
Punya la terujanya nk kongsi cerita, punya la nk cerita macam-macam.
Dpt reply Hehe, Huhu, Hihi, Haha pun dah rasa berbulu, inikan pulak setakat dapat 'blue tick' je.
Rasa mcm main conteng-conteng kat papan hitam, lepas tu jawab sendiri, lepas tu padam.
Rasa nk marah, tp sbb masih boleh berfikiran waras, makanya tak la marah.
Iye la, org bukannya ade 24jam nk melayan kite. Dia pun sibuk gak. Dia pun ade kerja jugak.
Huhu.
* berhuhuhuhuhu je la akhirnya.*
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts
Tuesday, November 29, 2016
Tuesday, August 20, 2013
Disebalik perancangan
Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni makin dimurahkan rezeki. Semakin galak aku merakas-rakas lubang untuk kerja baru, semakin murah rezeki di tempat kerja sekarang. Baru-baru ni, aku dah ditempatkan ke pangkat yang baru. Pangkat baru, pengalaman kerja yang baru. Kemain bos aku dah bercerita perancangan utk aku, mungkin aku akan dihantar untuk ke Singapore selama 3 bulan tak lama lagi. Huhuhu. Best ke? Itu sudah semestinya pengalaman terbaru hidup aku.
Sebelum ni, aku sendiri merancang. Mahu melebarkan sayap ke KL, cari angin baru, arah baru, fasa baru dalam hidup. Nk cuba sesuatu yang baru. Tapi, emak bagi syarat, hanya keluar dari JB bila dah berkahwin. Ek, macam tu? Maksudnya lepas kahwin baru boleh pindah? Hahaha..masa tu, tanpa fikir panjang, aku pun mula merancang sendiri. Targetnya adalah pada awal tahun depan. Kemain aku hantar resume sana sini dengan penuh semangat. Namun, akhirnya perancangan hanya tinggal rancangan. Bila merancang tanpa hala tuju, memang takkan kemana. Pusing-pusing, akhirnya akan kembali semula ke tempat asal. Pening-pening kepala pun, akhirnya takkan ada yang berubah. Bila pula perancangan tu melibatkan byk pihak, takkan nak buat keputusan sendiri, iye tak? Akhirnya aku buat keputusan untuk batalkan saja rancangan aku tu. Buat masa ni, aku rasa yang penting adalah aku tumpukan sepenuh perhatian aku kepada kerja aku sekarang dan kumpul pengalaman. Yang lain? Aku tolak tepi. Aku dah malas da. Hahaha.. Welcome back the workaholic me! Kembali seperti masa dahulu. Kerja dan kerja. Ada baiknya aku mula merancang tentang kerja aku yang memang dah nampak hala tujunya ni. Hahaha. Tapi kalau ikut kata bos, dia nak aku kerja sekurang-kurangnya 5 tahun lagi. Gulp~ Hahaha. kerja aje la.
Mari sibukkan diri dengan kerja. Simpan cuti untuk bercuti bila dah penat kerja. Hahaha. Itu yang penting, kepuasan diri sendiri. Namun, sebaik-baik perancang adalah Allah Taala. Mungkin ini yang terbaik buat aku buat masa ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)