Sebelum ni, aku pernah post pasal guna kaedah merancang cucuk depo untuk jarakkan kehamilan (post disini) Ada sebab kenapa aku jarakkan kehamilan aku. Satunya sebab aku masih PJJ dengan suami aku, jadi kesihatan emosi nak jaga anak tu sangat penting. Lagi pulak Aminah jenis light sleeper, dan boleh bersengkang mata sampai pagi, dan aku masih bekerja normal working hours. Ke dua nya sebab dah dua kali bersalin, dua kali jugaklah kena tumpah darah. Kau bayangkan rahim kau kena seluk berkali-kali sampai terasa kat ulu hati sebab dokotr nak cek, nak pastikan tak ada uri yang tertinggal kat dalam tu. Rasa sakit jauh lagi sakit dari sakit beranak 😖
Aku tahu, setiap orang kemampuan dia lain. Ini kemampuan aku, dan cucuk depo ni adalah pilihan aku sendiri, sebab diri aku, badan aku, aku buat pilihan. Sebab kalau dah tak mampu nak jaga anak,anak terabai, emosi tak terjaga, asyik nak marah-marah, kebajikan anak tak mampu nak penuhi, hmmmm... orang akan salahkan mak bapak juga akhirnya.
Ok. Berbalik semula pada cucuk depo tu, setelah 2 tahun secara gigihnya berulang alik ke klinik setiap 3 bulan untuk inject, akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti. Aku berhenti sebab aku rasa dah sampai masanya untuk menambah ahli keluarga, tapi bukan dalam keadaan terdesak la. Sebab anak dah dua, jadi lebih kepada kalau ada, alhamdulillah la. Bukan apa, aku taknak letakkan rasa beban tu kat diri sendiri, nanti emosi terganggu, lagi susah nak pregnant😅.
Umum memang dah tahu, kalau cucuk depo, period akan datang semula paling cepat sekurangnya 90hari selepas kali terakhir cucuk. Secara purata, akan ambil masa 9-10 bulan untuk kesuburan untuk kembali normal, dan paling maksima adalah 2 tahun. Kalau lepas 2 tahun masih ada masalah, ada baiknya jumpa dengan doktor.
Sepanjang masa aku cucuk depo, memang aku tak ada datang haid. Kalau ada pun, tompokkan darah yang termasuk dalam kumpulan darah penyakit, iaitu istihadah. Jadi bayangkanlah 2 tahun tanpa period? Aman😆. Tak ada masalah nak kena beli pad tiap bulan, tak ada masalah sengugut dan PMS, tak ada masalah heavy flow. Ada orang rasa tak selesa bila period tak datang. Tapi bila kita faham macam mana konsep depo provera ni bekerja, kita tak akan ada anggapan pun darah tu berkumpul kat rahim, sebab depo ni akan sebabkan tak berlakunya penebalan dinding uterus. Kalau dah tak tebal,mana nak datang period, kan?
Lepas 3 bulan aku cucuk depo yang terakhir, period aku datang semula, seperti biasa. Memang tiap-tiap bulan datang tanpa miss. Cuma cycle aku macam agak berubah sikit, dari 30-31 hari ke 29 hari. Tapi kira ok lah tu, masih lagi teratur. Dari segi emosi, kembali kepada normal la. Macam biasa la kalau nak datang bulan, mesti ada PMS kan? Suami aku lagi suka aku on depo, sebab tak ada waktu aku emosi selama seminggu 😆.
Setakat ni, selain dari benda yang common, lepas berhenti cucuk depo, berat badan aku senang naik. Tapi pasal berat badan ni pun agak tak aci gak, sebab aku dah berhenti fully breastfeed Aminah, kalori yang terbakar untuk buat susu tu dah tak ada, tinggal la jadi lelemak 😢. Kena la usaha sikit jaga kalori makan.
Setakat itu je aku rasa perubahan lepas berhenti cucuk depo. Sekali lagi aku ingatkan,setiap orang tak sama penerimaan badan dia dengan kaedah perancang ni, Ada orang serasi, ada orang tak. Pastikan dapat nasihat dari doktor dulu, dan perhatikan side effectnya sendiri. Diri kita sendiri, tanya diri kita mana satu yang kita lebih selesa. Kalau orang tanya aku lepas ni aku nak guna kaedah merangcang macam mana, jawapan aku masih lagi guna depo provera ataupun masuk implan terus 😉
No comments:
Post a Comment