Showing posts with label depo provera. Show all posts
Showing posts with label depo provera. Show all posts

Monday, July 20, 2020

Post depo: 6 bulan selepas berhenti cucuk depo

Sebelum ni, aku pernah post pasal guna kaedah merancang cucuk depo untuk jarakkan kehamilan (post disini) Ada sebab kenapa aku jarakkan kehamilan aku. Satunya sebab aku masih PJJ dengan suami aku, jadi kesihatan emosi nak jaga anak tu sangat penting. Lagi pulak Aminah jenis light sleeper, dan boleh bersengkang mata sampai pagi, dan aku masih bekerja normal working hours. Ke dua nya sebab dah dua kali bersalin, dua kali jugaklah kena tumpah darah. Kau bayangkan rahim kau kena seluk berkali-kali sampai terasa kat ulu hati sebab dokotr nak cek, nak pastikan tak ada uri yang tertinggal kat dalam tu. Rasa sakit jauh lagi sakit dari sakit beranak ๐Ÿ˜–

Aku tahu, setiap orang kemampuan dia lain. Ini kemampuan aku, dan cucuk depo ni adalah pilihan aku sendiri, sebab diri aku, badan aku, aku buat pilihan. Sebab kalau dah tak mampu nak jaga anak,anak terabai, emosi tak terjaga, asyik nak marah-marah, kebajikan anak tak mampu nak penuhi, hmmmm... orang akan salahkan mak bapak juga akhirnya. 

Ok. Berbalik semula pada cucuk depo tu, setelah 2 tahun secara gigihnya berulang alik ke klinik setiap 3 bulan untuk inject, akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti. Aku berhenti sebab aku rasa dah sampai masanya untuk menambah ahli keluarga, tapi bukan dalam keadaan terdesak la. Sebab anak dah dua, jadi lebih kepada kalau ada, alhamdulillah la. Bukan apa, aku taknak letakkan rasa beban tu kat diri sendiri, nanti emosi terganggu, lagi susah nak pregnant๐Ÿ˜….

Umum memang dah tahu, kalau cucuk depo, period akan datang semula paling cepat sekurangnya 90hari selepas kali terakhir cucuk. Secara purata, akan ambil masa 9-10 bulan untuk kesuburan untuk kembali normal, dan paling maksima adalah 2 tahun. Kalau lepas 2 tahun masih ada masalah, ada baiknya jumpa dengan doktor.

Sepanjang masa aku cucuk depo, memang aku tak ada datang haid. Kalau ada pun, tompokkan darah yang termasuk dalam kumpulan darah penyakit, iaitu istihadah. Jadi bayangkanlah 2 tahun tanpa period? Aman๐Ÿ˜†. Tak ada masalah nak kena beli pad tiap bulan, tak ada masalah sengugut dan PMS, tak ada masalah heavy flow. Ada orang rasa tak selesa bila period tak datang. Tapi bila kita faham macam mana konsep depo provera ni bekerja, kita tak akan ada anggapan pun darah tu berkumpul kat rahim, sebab depo ni akan sebabkan tak berlakunya penebalan dinding uterus. Kalau dah tak tebal,mana nak datang period, kan? 

Lepas 3 bulan aku cucuk depo  yang terakhir, period aku datang semula, seperti biasa. Memang tiap-tiap bulan datang tanpa miss. Cuma cycle aku macam agak berubah sikit, dari 30-31 hari ke 29 hari. Tapi kira ok lah tu, masih lagi teratur. Dari segi emosi, kembali kepada normal la. Macam biasa la kalau nak datang bulan, mesti ada PMS kan? Suami aku lagi suka aku on depo, sebab tak ada waktu aku emosi selama seminggu ๐Ÿ˜†.

Setakat ni, selain dari benda yang common, lepas berhenti cucuk depo, berat badan aku senang naik. Tapi pasal berat badan ni pun agak tak aci gak, sebab aku dah berhenti fully breastfeed Aminah, kalori yang terbakar untuk buat susu tu dah tak ada, tinggal la jadi lelemak ๐Ÿ˜ข. Kena la usaha sikit jaga kalori makan. 

Setakat itu je aku rasa perubahan lepas berhenti cucuk depo. Sekali lagi aku ingatkan,setiap orang tak sama penerimaan badan dia dengan kaedah perancang ni, Ada orang serasi, ada orang tak. Pastikan dapat nasihat dari doktor dulu, dan perhatikan side effectnya sendiri. Diri kita sendiri, tanya diri kita mana satu yang kita lebih selesa. Kalau orang tanya aku lepas ni aku nak guna kaedah merangcang macam mana, jawapan aku masih lagi guna depo provera ataupun masuk implan terus ๐Ÿ˜‰

Thursday, October 11, 2018

Perancangan keluarga: Cucuk Depo

Biasanya, lepas je bersalin, dalam wad sblm keluar, pasti doktor akan tanya, apa kaedah perancangan keluarga yg kita akan ambil. Kalau kita jawab nantilah dulu atau nanti tanya suami, atau nanti saya fikir, atau nak merancang sendiri, pasti doktor akan kerutkan muka. Hmmmm. Boleh percaya ke? 

Aku sendiri bg jawapan nak merancang sendiri lepas bersalinkan Sulaiman. memang berjaya, tp utk 10 bulan je la, sebab lepas tu aku berjaya pregnant Aminah. Hahaha. Agak rapat jarak tu, lagi pulak dgn sejarah aku tumpah darah lepas bersalinkan Sulaiman, pendarahan awal kehamilan sampai kena masuk wad, memang agak tebal la telinga aku dengar bebelan doktor. Tak apa la, demi kesihatan kita sendiri dgn anak kita juga. Sendiri cari pasal, sendiri la kena tanggung. 

Jadinya, lepas aku mendapat pengalaman yg agak menyakitkan lepas bersalin Aminah, dimana uri lekat dan aku tumpah darah, jadi aku ambil keputusan utk tak merancang sendiri. Bukan tak percaya pd diri sendiri, tapi aku belajar dari kesilapan. Lepas berbincang dgn abg Fairuz, aku ambil keputusan utk gunakan kaedah depo injection. Masa checkup Aminah utk umur sebulan, aku selamat dicucuk di punggung. Adui, memang sakit sampai 2 3 hari bisanya tak hilang. Tapi bila utk kali ke 2 dan seterusnya, rasa saakit tu dah hilang da. Hehe. 

Kenapa aku pilih inject depo?
1. Sebab kena bayar rm1 je
2. Mudah. Hanya ambil suntikan 12 minggu sekali
3. Tak perlu fikir pasal terlupa makan ubat. (Yg ni memang antara sebab utama kenapa aku tak ambil kaedah pil perancang, sebab aku jenis pelupa.)

Tapi yg pasti, setiap ubat pasti akan ada effectnya pd setiap org. Ini effect pd aku:

1. Keluar blood spotting utk 4 bulan pertama. 
Tak keluar byk, tp sikit shj. Hanya perlu pakai pantyliner. Bila tanya nurse, dia jwab yg ni normal utk org yg ambil inject depo. Perlu solat mcm biasa, sebab ia dikira sebagai darah penyakit, bukan darah haid. 

2. Tak keluar haid.
Lepas habis fasaa spotted tu, memang aku bersih. Sampai la sekarang anak pun dah nk masuk 9 bulan, memang tak ada haid, sampai la aku dermakan semua pad aku pd kakak dgn adik aku. Hahaha.  Bila aku tanya doktor, dia ckp benda tu adalah nornal, sbb tak ada berlaku ovulasi dan injct depo tu berjaya. 

3. Berat badan mudah turun
Berbanding masa mengandungkan Sulaiman, aku perlukan antara 7-10 bulan utk dptkan berat aku sekarang. Tapi lepas inject depo, hanya 2 bulan je aku dah kembali kpd berat sekarang. Hmm. Agak cepat. 

4. Mood swing, PMS, perut cramp, sakit kepala.
Yg ni hanya terjadi pd hari pertama selepas injection. Lepas tu dah tak rasa apa-apa dah. 

Setakat ni, itu je simptom yg aku alami. Yg lain tu mcm tak ada. Tapi kena ingat, lain org mungkin lain tindakbalas tubuh terhadap hormon tambahan ni.  Kena dapatkan nasihat doktor sebelum nak ambil apa jua keadah perancangan keluarga.