Friday, July 10, 2020

DIY Masker Rambut Kurang gugur

Normal bagi perempuan yang seusia aku, dah dah beranak, untuk alami masalah rambut. Masalah rambut ni boleh jadi oleh pelbagai sebab, sama ada sebab hormon, pemakanan, stress, atau masalah kesihatan yang lainnya. Jadi kita kena pastikan apa masalah yang kita hadapi, barulah kita boleh cari penyelesaian masalahnya. 

Umum memang tahu, masalah rambut gugur, rambut kusam, rambut cepat putus, rambut macam tali guni, memang sering jadi antara dilema wanita. Rambut tu ibarat mahkota wanita, boleh la sikit tambah kepuasan untuk diri sendiri kalau rambut tu tak tersekat di skala 3, kan? Walaupun kita pakai tudung dan orang lain tak nampak melainkan ahli keluarga sendiri, tapi untuk memiliki rambut ala model syampu iklan kat TV tu jadi salah satu idaman la senang kata. Senang je nak dapat rambut macam tu, kalau kita ada duit (pergi je beli produk rambut yang berkualiti tahap saloon, jangan terkejut tengok harga la 😨) atau kita cari sendiri caranya, cuma mungkin kena try and error, dan mungkin akan lambat sikit la keberkesanannya. 

Salah satu cara untuk kurangkan rambut gugur/ buatkan rambut mudah diurus adalah dengan buat masker. Masker ni bahasa pasar untuk campuran bahan yang kita gunakan, yang kita biarkan sekejap untuk pastikan bahan-bahan tu meresap. Masker tak semestiya untuk muka je. Untuk rambut ni, masker yang agak menarik perhatian aku adalah masker untuk cepat panjangkan rambut dan kurangkan rambut gugur. Masker ni agak senang, boleh cari dekat pasaraya. Mari kita tengok apa bahannya;

Bahannya;
1. 3 sudu perahan lemon/ limau nipis/ limau purut
2. 2 sudu minyak kelapa
3. 2 sudu minyak zaitun
4. 2 sudu aloe vera. 

Caranya;
Campur semua bahan-bahan ni, sapukan di kulit kepala dan rambut, urut-urut sikit kulit kepala tu untuk pastikan bahan-bahan tu rata kat kulit kepala. Biarkan dalam 20-30 minit, lepas tu boleh cuci rambut macam biasa. Kalau tak nak bahan ni meleleh, boleh bungkus kepala pakai tuala atau shower cap. Perap la kejap kepala tu. 

Masker ni boleh buat untuk 2 kali seminggu. Seperti yang kita tahu, bahan-bahan yang aku pakai ni memang selalu ada dalam petua untuk lebatkan rambut. Khasiatnya tu, boleh la google sendiri 😆. Setakat ni aku baru cuba untuk 2 kali, dan setiap kali guna memang rambut rasa lembut dan senang nak sikat. Untuk hasil sama ada cepat panjang tu, aku lupa pulak nak ukur, sebab memang sebab aku buat masker ni pun untuk nak kurangkan rambut gugur 😅. 

Selamat mencuba 😉

P/s: Nanti aku akan update semula hasilnya lepas 2 bulan. 😄 


No comments:

Post a Comment