Saturday, May 14, 2022

Baby Kids Travel Urine Bottle

Urine Collector Bottle. Yang ni design untukk budak perempuan.

Macam mana nama botol ni, itulah kegunaannya. Botol ni digunakan dalam keadaan kecemasan, in case tak jumpa toilet, anak dah tak tahan nak kencing, boleh la guna untuk anak buang air kecik. Tak adalah masalah anak terkencing dalam seluar sebab tak jumpa tandas. 

Botol ni aku beli masa jalan-jalan di Home Depo. Padahal sebelum tu ada la jumpa masa scroll shopee, tapi tak tergerak hati nak beli sebab tak tengok depan-depan. 

Botol ni memang ternyata sangat la berguna. Aku beli design untuk anak perempuan, sebab lelaki pun boleh pakai. Kalau aku beli design lelaki, anak dara aku tak boleh pakai. Tapi malangnya anak dara aku tetap tak reti nak pakai walaupun design perempuan. Dia macam tak biasa nak kencing dalam tu 😅.  Punya la aku tunggu dia nak membuang, memang tak ada la. Mungkin tak selesa sebab keadaan berdiri. Tapi, anak bujang aku senang je pakai ni. Mungkin sebab lelaki memang kencing berdiri kan, tak ada masalah 😂

Bila nak gunakan botol ni, bukan la dengan tak malunya kau suruh anak membuang depan orang ramai. Kena cari juga tempat tersorok, tempat terlindung untuk anak membuang. Boleh la berselindung disebalik kereta atau pokok, atau apa-apa yang boleh la. Lepas anak membuang, boleh la tutup ketat-ketat, dan simpan. Bila tiba kat toilet, boleh la buang air kencing tu dan cuci pakai sabun. 

Botol ni, dia ada satu penutup putih yang boleh elak air kencing tu dari mengalir keluar. Walaupun tak 100% berkesan, tapi 80% tu ada la. Ok la dari tak sengaja tak tertutup rapat, terus air kencing mengalir keluar habis. Buat naya je. 

Secara kesimpulannya, untuk mak ayah yang selalu travel, memang patut la ada botol ni, lebih-lebih lagi untuk anak yang masih tak reti nak tahan kencing. Tak adalah kelam kabut nak cari toilet. Tapi pastikan bawak air, sabun, tisu dan tisu basah untuk beristinjak. 

Sunday, November 14, 2021

Bila nak menyusu badan...

Tengok dari tajuk, ini lah yang aku nak kongsi hari ni. Aku bukanlah pakar laktasi, cuma aku nak berkongsi dari pengalaman dan ilmu yang aku cedok selama hampir 6 tahun dalam dunia penyusuan ni. Banyak lagi yang aku nak kena belajar. Bila cakap pasal beri anak susu badan, ramai yang fikir, senang je. Selak baju, bagi je baby susu. Memang semudah tu, tapi tak juga semudah tu. Kat sini aku senaraikan benda yang kita kena ambil tahu untuk berjaya susukan anak selama 2 tahun;

1. Ilmu

Yang ni sangat penting. Semua benda yang yang kita buat. Hatta nak makan, minum, mandi, tidur, semua kena ada ilmu, cuma sama ada ilmu tu secara profesional atau secara pemerhatian. Untuk menyusu pun sama. Memang sejak azalinya sesiapa yang ada 'mammary gland' boleh hasilkan susu. Tapi, untuk menjayakan penyusuan 2 tahun tu yang nak kena gali ilmu. Aku sendiri pun rasa mcm banyak lagi yang aku tak tahu, dan aku sendiri masih lagi dlm proses belajar walaupun anak dah 3.

2. Konsep 'Demand & Supply'

Ini penting, kena faham konsep 'demand & supply', dimana semakin kerap kita bagi anak susu, semakin banyak susu yang dihasilkan. Ramai ibu yang mengadu, susu sikit masa baby baru lahir. Memang sikit, dan masa tu la kita kena kerapkan susu anak, sekurangnya ia akan hantar signal ke badan, yang kita perlu hasilkan lagi banyak susu untuk anak. 

3. Pam susu

Pam susu ni penting untuk mak yang bekerja. Untuk mak yang tak bekerja, agak tak penting sebab anak ada bersama sepanjang masa. Pastikan beli pam susu yang sesuai dengan kita, sebab setiap orang ada keperluan yang berbeza, takkan sama. Nak cari pam manual atau electric, pam handsfree atau corong biasa, pam double atau single, pam yang ada inbuilt battery atau kena cucuk power supply, pam yang mahal atau pam yang murah. Semua tu akan mainkan peranan masa nak membeli. Pastikan masa beli tu, kita dah tahu apa yang kriteria yang kita nak. 

4. Stok susu.

Ini berkait rapat dengan pam susu tadi. Bila kat opis, kita pam susu untuk hasilkan stok untuk anak masa kita kt pengasuh kan? Jadi kena tahu jenis-jenis peti ais dan jangkamasa susu perahan tu. Nak dapatkan stok susu bukan setakat guna pam, boleh juga guna silicone milk collector, dimana aku akan guna secara tandem masa menyusu. Aku dah guna konsep ni sejak dari dalam pantang, dan alhamdulillah stock susu boleh penuh satu freezer. Guna silicone milk collector secara tandem juga menghasilkan ilusi pada badan yang kita perlu hasilkan lebih susu, sebab sebelah baby dah minum, sebelah lagi susu masih keluar. Tapi perlu berjaya dengan kaedah ni, sebab boleh sebabkan berlakunya oversupply. 

5. Jangan stress

Ini sangat penting. Stress akan ganggu supply susu. Aku perasan benda ni. Kalau ada hari aku stress kat opis, susu aku akan kurang. Sebab apa dalam pantang susu lagi banyak dari bila dah kerja? sebab bila kerja, kita akan mula stress dengan kerja, stress dgn keadaan sekeliling, dan akan beri kesan pada badan. Kena ingat, lagi kita happy, lagi banyak suus yang terhasil. 

Setakat ni, itu je yang terlintas kat fikiran aku. Bagi ibu-ibu baru, aku nasihatkan cari ilmu penyusuan seawal dari kau dapat result positive kat test UPT, sebab ada tersangat banyak benda yang kita nak kena tahu. Kalau nak belajar bila dah bersalin, macam agak dah terlewat sebab waktu tu kita akan lagi banyak benda nak hadap, nak adapt diri dengan baby baru, badan masih sakit, dan semestinya kita akan mula stress bila ada orang luar suruh itu ini. Kalau dari awal kita dah gali ilmu, kita sekurangnya dah tahu apa nak buat, cuma sebelum ni kita belajar ilmu teori, tinggal ilmu praktikal je. Dekat FB ada 2 support group yang aku join, Happy Breastfeeding Malaysia & The Breastfeeding Advocates Network (TBAN). Boleh gali ilmu sebanyak mungkin kat sini, dan semestinya ianya percuma. 

Thursday, November 11, 2021

Pam susu tak boleh on, kena hantar servis

 Kalau dari tajuk, benda ni adalah benda yang menyeramkan bagi ibu menyusu yang bekerja. Pam rosak la dalam erti kata lainnya. Boleh panik dibuatnya. Mana taknya, dengan pam susu tu la kita ni boleh buat stock susu anak. Bukan tak boleh nak perah manual, tapi aku sebagai ibu yang bekerja, agak tak convenient untuk aku tinggalkan meja kerja selama 20 minit. Selalunya aku memaang pam susu kat meja kerja je, sambil pam, sambil tangan buat kerja. 

Hari tu agak huru hara, dari datang opis aku pergi production. Aku tak perasan masa aku guna pam tu. bateri tinggal 1 bar. Tengah pam, tetiba pam stop. Suction tak ada. Aku dah mula panik, sebab tu adalah sesi pertama aku, pukul 10.00pg. Tak sampai 5 minit pun. Alamak, macam mana ni? Aku pun cas la pam tu sampai full, jam pun dah pukul 12, tapi tetap tak boleh on. Ah, sudah.. Aku dah mula tak selesa sebab susu tak pam lagi.

Tak boleh hidup 😭

Nasib baik hari tu aku kerja half day je,s sebab nak balik Melaka. Sampai je rumah, terus aku guna milk collecotr. ALhamdulillah, lega sikit walaupun tak la kosong 100% macam guna pam susu. Aku cuba lagi on pam, tetap tak boleh. Akhirnya aku putuskan nak singgah kedai Pump On the Go masa perjalanan nak balik Melaka nanti. 

Penyelamat

Bila kat kedai, pekerja tu tanya la apa masalah. Sebab pam aku tu baru beli dalam 3 bulan je, jadi masih dalam warranty. Jadi, aku kena la hantar pam aku tu untuk servis. Sebenarnya kita ada pilihan, sama ada kita nak hantar sendiri atau kita nak mintak pihak kedai yang hantarkan. Tapi kalau pihak kedai yang hantarkan, agak lambat sikit la, sebab dia akan kumpul pam-pam lain, dah dihantar sekaligus. Untuk ni, aku perlu bayar RM10 untuk cas penghantaran. 

Untuk claim warranty, benda yang penting adalah resit beli & kad warranty. Isi siap-siap semua. Lepas tu nanti kena isi borang. Selain tu, dalam masa aku tak ada pam ni, Pump On The Go akan bagi pinjam pam dia. Disbabkan aku pernah pakai Autumnz Passion, jadi dia akan pinjamkan pam ni pada aku selama pam Lacte aku kat pusat servis. Aku kena bayar deposit RM50, dan akan dipulangkan bila aku pulangkan pam pinjam ni semula. 



Aku hantar pam tu, 21/10/2021, dan 29/10/2021, aku dapat panggilan pam aku dah siap. Masa aku ambil pam tu, pekerja kedai ada pesan, pastikan jangan sampai bateri betul-betul flat, kalau tak terpaksa hantar servis, dan kena reset semula bateri. Huhu. My Bad. Kelam kabut sangat. 

Ni Service form yg dikeluarkan pengedar Pam Lacte Omnia Pro. Lepas ni kalau rosak lagi, boleh call no yang tertera, atau boleh hantar ke alamat tu.

Jadi sekarang ni, aku memang akan pastikan aku cas pam ikut yang disarankan, bila satu bar terus pam. Seram pulak bila mikir yang aku tak ada spare pam. Pengajarannya, pastikan ada la simpan satu pam spare, yg brand real bubbe rm35 satu tu pun cukup lah, asalkan boleh guna waktu terdesak. Jauh lagi perjalanan BF aku kali ni, baru 4 bulan, ada lagi berbaki setahun 8 bulan lagi. Semoga aku berjaya!

Saturday, November 6, 2021

Review jujur: Lacte Omnia Pro Rechargeable breast pump

Lacte Omnia Pro Rechargeable

Hari tu aku ada post pasal jalan-jalan cari breastpump kan? Ni la pam yang aku beli. Lacte Omnia Pro Rechargeable. Mudah sikit nak guna, tak perlu nak cari powerbank atau nak plug point bila nak guna. Cuma perlu charge, dan pakai. 

Untuk tahap ketahanan bateri, biasa aku guna vacuum level 5, speed level 3, jadual 3 kali pam sehari selama 15-20min, bateri tu boleh tahan selama 5 hari, baru kena charge semula. Agak tahan la, tak perlu selalu charge. Cuma satu je, pastikan jangan pam tu pakai sampai bateri drain habis, sebab lepas tu nanti tak boleh nak on. kena hantar servis, dan pihak service center pam ni akan kena reset semula bateri. Kalau bateri tu dah tinggal satu bar, terus je la cas. 

Dari segi bunyi motor pam, agak senyap. Aku letak atas meja pun, tak adalah satu opis boleh dengar bunyi pam aku. Orang tak sedar pun aku tengah pam susu. Kalau tak sebelum ni, mesti ada yang tegur masa aku pam susu, 'bunyi apa tu?'. Pam ni ada lock screen, jadi bila tengah pam tu, tak payah risau tertekan touch screen tu. Touch screen dia agak sensitif ye. Tertekan sikit, nanti terus tertukar setting. Jadi biasanya lepas je aku hidupkan pam ni, aku akan terus lock touch screen dia.

Pam ni agak mudah la, saiz kecil & ringan. Kalau aku pam sambil pakai windbreaker, pam ni boleh masuk dalam poket windbreaker aku. Pam ni ada 3 mode, mode massage selama 2 minit, lepas tu akan auto pergi mode express. Pam ni akan auto off lepas 30 minit digunakan, jadi kepada siapa nak buat power pumping tu, mudah la kan. Pam ni juga ada mode yg boleh kita guna kalau kena bengkak susu, dimana mode ni level vacuumnya tinggi, sebab nak clearkan block yg ada dalam breast tu. Aku pernah cuba guna mode ni, agak mudah la. Untuk pam ni, kita boleh setting level vacuum & speed yang kita nak guna, ikut keselesaan kita sendiri. Untuk setting (level vacuum & level speed), yang ni akan ikut setting terakhir yang kita set. Maksudnya, bila kita nak gunakan semula, semua setting adalah berdasarkan setting terakhir yang kita guna semasa pam susu, termasuklah setting mode massage & express. 

Secara jujurnya, aku bagi bintang 4.5 dari 5. Setakat aku dah guna 3 jenis pam susu (Autumnz Passion, Real Bubbee & Lacte Omnia), setakat ini, yang ni terbaik. Mungkin sebab aku tak pernah lagi guna yang lagi mahal (Spectra & Cilmire), tapi yang ni, berbaloi la dengan harga. 

Friday, September 3, 2021

My Sejahtera yang baru! (update 3/9/2021)

 MySejahtera dah update yang baru 👍👍

Aku agak gembira dengan update ni. Semalam dalam  keadaan mamai aku buka Facebook ( mamai sebab terbangun dan susukan Daud), aku ada nampak KKM ada post pasal update MySejahtera bermula hari ni. Jadi pagi tadi, aku terus update MySejahtera (pengguna Apple. Setakat aku tulis ni, pengguna android masih belum dapat update ni) 

Page Check-in yang terbaru

Ni page Check in. Semua info yang perlu dah ada kat sini, tak perlu nak buka 2 3 tab yang berbeza. Kalau tak, leceh betul. Aku baru partially Vaccinated, sebab belum dapat 2nd dose. Almaklumlah aku ni geng AZ, gap 9minggu baru complete dose. Berlumut nak tunggu fully vaccinated. 

Lepas scan code MySejahtera premis tu, akan keluar macam ni. 

Ni page lepas kita scan check in. Status risiko dan status vaksin pun terus ada kt situ. Status fully vaccinated tu ada sebab aku under dependant suami aku, dia dah complete vaksin. Nampak tak ada Check-out kat bawah tu? Kita kena tekan kat situ bila kita dah keluar dari kedai/premis yang kita masuk tadi. Sebab agak mudah urusan KKM untuk tentukan status casual contact dengan lebih tepat kalau ada berlaku kes kat sesuatu tempat.

Bila dah selesai check put, akan keluar mcm ni


Untuk aku yang separa vaksin ni, status aku keluar macam tu haa.

Begitulah update terbaru MySejahtera. Satu yang aku suka dgn JKJAV/Mosti, bila rakyat bagi cadangan untuk memperbaiki MySejahtera, mereka memang akan dengar dan ikut. Contoh sebelum ni, berkaitan keperluan EDD bersalin yang sebenar bagi wanita hamil. Sebelumnya, hanya bulan dan tahun jangkaan bersalin sahaja yang perlu diupdate, tapi itu memang takkan tepat, kerana EDD 1 Ogos dah berbeza 5 minggu berbanding 31 Ogos, dan itu akan bawa perbezaan yang besar sama ada ibu tu dah masuk dalam fasa dibenarkan vaksin ataupun belum. Jadi bila dah boleh masukkan sekali hari, lebih tepat EDD tu. Cadangan itu pun pihak  JKJAV/Mosti ambil tahu, dan beberapa hari lepas tu mereka update. 

Dengan update ini, semakin mudahlah urusan rakyat Malaysia. Pulak bila KKM dah beritahu kita dah nk masuk fasa endemik, iaitu kita akan hidup bersama Covid, sama seperti Denggi, bermakna MySejahtera ni akan jadi satu keperluan dan kegunaan dalam urusan seharian rakyat Malaysia. Bersama kita biasakan dengan tabiat scan MySejahtera, amalkam penjarakan sosial, pakai mask, jauhi tempat yg sesak dan pastikan amalkan kebersihan tangan.