Tuesday, April 30, 2013

Politik dan Islam


Jadikan Islam sebagai ASAS dalam berpolitik, bukan sebagai ALAT dalam berpolitik...
 
 
Ada yang melenting bila aku cakap jangan campur adukkan politik dengan agama. Ya, aku faham. Mesti ada yang termakan lada, terus terasa pedasnya. Kenapa aku cakap jangan campurkan? Sebab di Malaysia, agama dijadikan ALAT untuk berpolitik, bukan sebagai asas dalam berpolitik. Jika jadikan asas, kenapa ada sesama Islam saling mengkafirkan antara satu sama lain? Kenapa sesama Islam sanggup bermusuh? Kenapa sesama Islam sanggup memfitnah? Kenapa sesama Islam sanggup bergaduh? Kenapa sesama Islam sanggup berpecah? Kenapa? Itu yang aku tak faham. Memang Islam mewajibkan kita untuk pergi ke arah kebaikan, tapi dengan cara yang merendah diri, bukannya dengan riak dan takbur. Islam menuntut agar umatnya saling nasihat-menasihati antara satu sama lain, bukan memburukkan antara satu sama lain. Aku memang dah bosan dengan kancah politik kat Malaysia ni. Sangat kotor dan berdebu. Riak dan takbur di sana sini. Ada yang merasakan diri conform masuk syurga, oleh itu dengan sewenag-wenangnya boleh kafir-mengkafirkan orang lain. Nauzubillah, mintak dijauhkan la dari dalam diri aku ni. Jangan gunakan AGAMA untuk kepentingan sendiri. Gunalah akal yang Allah Taala kurniakan utk berfikir dengan waras. Jangan sesuka hati menuduh orang lain, menuduh pihak lawan dengan bermacam-macam fitnah sehingga kesalahan dari pihak sendiri yang sememangnya SALAH pun dipejamkan sahaja. Baiklah pergi bertaubat sebelum pintu taubat tertutup.

No comments:

Post a Comment