Aku paling tak suka bila agama Islam dipolitikkan. Politik itu kotor, Islam itu suci. Bila dicampurkan, politik tidak akan menjadi suci, sebaliknya Islam itu yg akan dilihat terpalit sedikit kekotoran dek kerana kelemahan manusia. Islam tidak sepatutnya dijadkan bahan politik. Dalil AlQuran dan hadis tidak wajar ditafsir sewenang-wenangnya untuk meraih perhatian rakyat dan untuk menjatuhkan pihak lawan. Lagi pula di Malaysia ini., apabila ahli politik itu sendiri saling mengKAFIRkan sesame muslim. LAYAKkah mereka? Tidak sama sekali.
Aku sudah bosan, melihat masing-masing menunding jari sesame mereka, tanpa mereka sedari ada 4 jari lagi yang menunding kearah diri mereka sendiri. Tapi, yang lebih memening kepala dan memualkan, bila orang-orang bawahan a.k.a kuli yang lebih-lebih bergaduh mengutuk sesame mereka. Masing-masing kafir-mengkafirkan. Walau dari mana pun lulusan pelajaran, apabila dah terlibat dengan politik, pasti akan tersasar dari sasaran dan tujuan asal berpolitik. Kerana politik, agama tergadai, agama dipermain dan dipersendakan. Kerana politik, sesama islam saling bermusuhan. Kerana politik, saudara yang sepatutnya saling membantu antara satu sama lain akhirnya saling memfitnah, melemparkan tuduhan melulu dan macam-macam lagi.
Sesuatu yang paling aku benci bila penyokong hanya merasakan tindakan parti mereka sahaja yang benar, sedangkan tindakan parti lain, walau semulia mana pun pasti dilihat kotor, jijik, membazir, memualkan. Benarkah tindakan mereka? Jika pemikiran mereka telah ditangkup dengan tempurung, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk memburukkan orang lain.
Islam itu tidak harus dipolitikkan. Jangan guna Islam untuk meraih undi. Jangan gunakan islam untuk mendapatkan sokongan. Islam itu wajib dijadikan sebagai asas dalam hidup, bukan setakat berpolitik. Kita perlu mengikut ajaran islam yang sebenar dalam menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini, bukan setakat ahli politik, malah rakyat biasa juga. Jangan merasakan diri itu lebih mulai dari orang lain hanya kerana perasan diri hebat dalam beragama. Itu saja dah menunjukkan sifat riak ujub, maka dimana relevannya?. Jangan degan mudah mentafsir ayat-ayat suci alquran untuk menjatuhkan pihak lawan, kerana ia pasti memberi pandangan buruk kepada orang bukan islam yang menjadi pemerhati pertenglingkahan sesama saudara.
No comments:
Post a Comment