Friday, April 26, 2013

Kompleksnya Wanita.

Kompleksnya seorang wanita.
Dari satu ayat,kami boleh mentafsirnya menjadi sejuta jawapan.
Dari satu perbuatan, kami boleh membuat kesimpulan untuk beribu tindakan.

Itu wanita..

Untuk memilih sebuah (?) beg tangan, perlukan sekurang-kurangnya setengah jam, tiga buah kedai, dan juga beberapa pendapat yang kadang-kadang langsung tak diambil kira keputusannya. Kenapa? Sebab wanita itu nak yang terbaik dan yang paling penting, berkenan di hati dan poket.
 
Fikiran wanita itu kompleks. Didalamnya sangat berserabut, mengalahkan serabutnya wayar-wayar dalam bilik server. Wanita gemar untuk buat kesimpulan sendiri, wanita gemar untuk membuat andaian sendiri. Wanita tinggi dengan daya imaginasi, tahap 'gaban'. Itu sebabnya kenapa wanita selalu nak cari gaduh, menyoal mengalahkan pegawai penyiasat, dan cemburu tak tentu pasal.
 
Itu yang susahnya. Kerana wanita terlalu kreatif dalam hal-hal berimaginasi yang entah apa-apa ni, makanya makin mudah la wanita-wanita untuk mengalami masalah tekanan dan emosi yang tak tentu hala macam cuaca. Kejapkan mendung, kejap kan hujan, kejapkan angin, kejapkan panas, kalau yang teruk, mungkin ade puting beliung dan ribut taufan. Salah sikit, menangis. Kena tengking sikit, melalak. Orang tak jawab telefon je dah fikir macam-macam. Lepas tu, mula la nak merajuk tak tentu pasal, tak nak jawab telefon, tak nak jawab sms. Mulut muncung kedepan mengalahkan itik, mata sembap semacam mengalahkan panda, rambut kusut masai mcm singa. Haaa...itu la perempuan..
 
Kenapa wanita itu kompleks? Hmm..aku pun tak boleh nak bagi jawapan, sebab aku pun wanita, dan aku juga sangat komplek~

No comments:

Post a Comment