Wednesday, April 10, 2013

Isteri Ramping Suami Boroi

Flintstone, Family Guy, The Simpsons, ape lagi tajuk cerita?
 
Semua cerita/kartun di atas ini membayangkan isteri yg ramping dan slim macam model, dan suami yang boroi mcm mengandung 10 bulan tak bersalin-salin walaupun dah 10 tahun.
 
Aku baru lepas baca artikel mengenai suami akan rasa bahagia bila isteri ramping, dan kajian menunjukkan suami yang rasa bahagia, kekal dlm perkahwinan dan tidak curang adalah suami yang boroi.
 
Kenapa?
 
Sebabnya..
 
Kerana ia menunjukkan isteri pandai menjaga badan walaupun selepas melahirkan anak. Ia menunjukkan isteri menghargai diri sendiri, berusaha untuk kelihatan anggun walaupun selepas melahirkan anak. Namun hakikatnya, bukan mudah bagi wanita untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan. Jika isteri memang berketurunan bentuk badan macam Miss Malaysia, memang tak menjadi masalah kerana berat mereka pasti akan turun sendiri. Jika berat badan meningkat sekitar 3-6 kg, ia masih lagi mudah untuk diturunkan. Jika peningkatan berat badan meningkat hingga 10-20kg?? Amat sukar untuk diturunkan. Jika tidak punya displin diri yang tinggi, mahunya isteri berputus asa di tengah jalan. Sudah la isteri perlu mnyediakan makanan untuk suami, menjaga anak, memerlukan tenaga yg tinggi, namun dalam masa yang sama perlu mengurangkan dos pengambilan makanan? Mungkin boleh, namun akan memakan masa yang lama. Dalam masa yang lama, pemilik produk pelangsingan pula semakin kaya raya akibat keghairahan wanita-wanita untuk kelihatan anggun menarik seperti anak dara sunti..Auwww gitu.
 
Oleh itu, suami sepatutnya prihatin terhadap isteri mereka. Mereka gemuk bukan kerana orang lain, tp kerana mengandungkan zuriat anak anda sendiri. Sudahla mereka perlu memasak, mengemas rumah, mencuci baju. menggosok baju, bekerja 8pg-5ptg di ofis, menjaga anak, dan menjaga anda, sudah semstinya amat sukar bg mereka untuk membahagikan masa untuk diri mereka sendiri. Sampai kadang-kadang nak tidur pun tak sempat, nak makan sarapan pun lupa, nak mandi pun tangguh dulu, sebab kerja rumah tak siap lagi. Namun, dalam masa yang sama, ada juga suami-suami yang berspesies hantu yang sanggup mencari calon lain yang lebih ramping dan anggun di luar kerana isteri sudah tidak ramping..Hmm..nasihat aku bagi suami-suami sebegini: Sila hantuk kepala anda di dinding hingga berdarah sebab tak kenang budi dan tak sedar diri! Hello, isteri korang jadi mcm tu sebab buatan korang sendiri kan?? Sekurang-kurangnya, bantu la mereka. paling tidak pun, belikan mereka produk pelangsing yang berkesan, macam Pati halia Yusmira ke, Herbalife ke, Alpha Lipid ke, ataupun hantar mereka ke Maryfrance Bodyline ke, Mayfair ke, London Weight Management ke, baru la isteri tu bersemangat untuk kelihatan ramping mengalahkan Miss Universe. Ini tidak, yang hanya mereka tahu, nak isteri macam bintang Hindustan, tp galakkan pun kedekut nak bagi. Hanya tahu nak bagi kritikan je. Hanya tahu kerja rumah semuanya siap sahaja. Kebajikan dan perasaan isteri terabai. Poodahhh! Jangan setakat pandai cakap, tapi tunjukkan usaha anda juga.
 
Pada pendapat aku, tak salah jika isteri naik badan sikit, namun pandai menjaga penampilan. Ala,orang pun selalu kata, jika perempuan tu dah berumahtangga, automatic badan akan naik. Jika badan berisi namun penampilan macam model? Oh, masih tak boleh juga ke? Tetap nak ramping macam bini Popeye jugak ke? Hmm.terpulang la pada suami. Yang pasti, TOLONGlah isteri anda dalam proses menurunkan berat badan tu. Bagi galakan, sama-sama bersukan, sama-sama jaga pemakanan, saling mencari info pasal penurunan berat badan.
 
Yang pasti, isteri memang tak kisah jika suami yang boroi ( Mak aku slim sbb keturunan, arwah abah memang boroi lepas kawin). Jika boroi, tanda suami bahagia, makan cukup. Jika suami slim, tak bahagia ke? Tak semestinya begitu. Namun, rata-rata saudara aku semuanya macam itu. Lepas kahwin, bila isteri mengandung, mereka juga mengandung. Cuma yang berbeza, isteri dah bersalin 3 kali, suami tak bersalin lagi. Hehe. Aku ada terbaca pendapat suami-suami boroi ni. Ujar mereka, asalkan isteri mereka berpuas hati dengan keboroian mereka, mengapa perlu kisah dengan pendapat orang lain? Asalkan mereka rasa bahagia, persetankan tanggapan orang lain.
 
Terpulang pada mereka yang mengalami semua ini. Bagi aku, selagi ada toleransi dan tolak ansur, kurus atau boroi itu tak menjadi masalah. Selagi hati masing-masing tak berubah, ramping atau gemuk lipat-lipat 30 lapis pun tak kisah. Asalkan hati gembira, keluarga bahagia...
 
* Aku belum berumahtangga. Nurkilan aku ni 100% berdasarkan pembacaan, pengalaman orang lain dan pendapat aku sendiri. Jadi, mungkin ada yang nampak mcm melampau sikit. Apa pun, ini memang pendapat dan pandangan aku sendiri. Jadi, jangan marah.Hehehe.*

No comments:

Post a Comment