Sekarang ini, teknologi memang canggih. Rata-rata orang sekarang mepunyai blog sendiri. Ada bermacam ragam, bermacam cara penulisan, genre dan juga tujuan blog itu ditulis. Aku suka baca blog yg ada kelainan, yang ada cara tersendiri dalam penulisannya. Namun, ada satu yang aku kurang gemar,
Blog salin dan tampal..
Biarlah blog itu kurang mendapat sambutan sekali pun, namun biarlah isi itu dtg dari idea kita sendiri. Bukannya salin dan tampal dari blog orang lain untuk mendapatkan jumlah pengikut yang mencanak tinggi, lebih-lebih lagi blog yang berkaitan dengan berita semasa dan dunia artis. Biarlah ada sesetengah orang yang merasakan isi yang kita tulis itu merepek dan syok sendiri kerana ia blog kita sendiri, yang mencerminkan gaya pemikiran kita sendiri. Jadi, takkan nak sama gaya pemikiran kita dengan orang lain? Kalau ada orang yang tak suka, satu je ayat yang sesuai untuk dia, "Ada aku kesah????"
Kadang-kadang, aku terbaca satu cerita yang sama, cara penulisan yang sama dan juga ayat yang sama dalam 10 buah blog yang berbeza. Hmm..Kebetulan? Semestinya tidak. Jika penulis itu hanya membuat ulasan, itu tak mengapa, kerana ia masih boleh dianggap datang dari idea mereka sendiri.
Lagi satu, etika berblog. Jika isi itu disedut dari blog lain, sila la bg link blog asal di page anda. Bukan main sedut je mcm la idea tu dtg dari idea sendiri. Kalu masa menulis thesis cara macam ni, dah lama dah kena tending dengan pensyarah..Huhu..
Akhir kata, majulah sukan untuk Negara!
Peringatan kepada diri sendiri: Be original!
No comments:
Post a Comment