Jangan, Haram..
Itu haram, ini haram..
Jangan pakai tudung sebegitu, (isi laa sendiri apa-apa pun pendapat)
Lihat, kat duit kertas ni ada lambang iluminati, eh sama warna macam duit cina mati?
Eh, lagu ni menggambarkan bla bla bla... (isi la sendiri,malas nak letak ape).
Itu antara yang biasa aku dengar sekarang. Dan dengan kecanggihan teknologi, setiap hari ada sahaja perkara yang dihebahkan dijatuhi hukum haram, atau dikaitkan dengan sesuatu perkara yang tidak enak didengar. Hmm, bagaimana sesuatu itu diklasifikasikan sebagai haram ataupun yang sewaktu dengannya?
Facebook kini menjadi wadah bagi 'ustaz' dan 'ustazah' yang tidak dan/atau kurang bertauliah untuk berdakwah dan menjatuhkan hukum terhadap sesuatu perkara. Modus operandi? Hanyalah kata-kata dan hujah yang mampu menyokong fakta-fakta rekaan minda logik mereka. Hujah tersebut seharusnya perlu nampak kukuh dan logik, hingga mampu menarik perhatian orang lain, seterusnya mempercayai hujah tersebut. Bagi mereka yang berpelajaran, mereka mungin akan mengkaji fakta tersebut. Namun jika yang membacanya itu mereka yang bersikap seperti kanak-kanak yang hanya disuap setiap masa, maka tanpa berfikir panjang mereka pun turut terpengaruh untuk menyebarkan fakta-fakta buatan tersebut kepada orang lain.
Aku bukanlah terlalu bersikap skeptikal terhadap isu ni, tapi disebabkan semakin hari bahan bacaan yang terhidang di depan mata kebanyakannya adalah hujah yang menjatuhkan hukum halal haram sesuatu perkara. Jika ia dikeluarkan oleh ustaz-ustaz yang memang sudah bertauliah, mungkin aku boleh terima. Tapi, ia dikeluarkan oleh manusia yang aku tak tahu mana asal usulnya. Ada juga antara mereka yang menjadikan internet sebagai bahan asas rujukan, bukannya dari dalil dan saluran yang sah. Ayat Alquran dan hadis dengan mudah ditafsir mengikut kehendak mereka sendiri. Kesahihan hadis tidak pula dipastikan, yang mereka tahu mereka perlu 'SHARE' dan sebarkannya.
Gejala ustaz-ustazah internet ini amat bahaya. Ia boleh mengundang masalah di masa hadapan kelak. Tanpa guru yang betul, isi dalil alquran dan sunnah pasti akan disalah tafsir, maka wujudlah ajaran-ajaran sesat yang tidak mengikut rukun islam dan rukun iman, malah wujud juga nabi dan rasul jadi-jadian yang menyesatkan pengikutnya.
Islam itu fleksible, islam itu mudah. Ia mengikut peredaran zaman, pakaian juga begitu, tapi dengan syarat intipati menutup aurat itu dilaksanakan. Begitu juga dengan perkara lain, selagi tidak menduakan Allah Taala dan beriman kepada Rasulullah SAW. Jangan hanya berbekalkan tafsir ditangan, sudah merasakan diri bagai lulusan Al-Azhar. Perlu diingatkan bahawa turunnya ayat al-quran itu disebabkan oleh peristiwa yang dilalui ketika zaman Rasulullah. Setiap ayat al-quran menggambarkan situasi ketika itu. Oleh itu, sungguh penting untuk berguru dengan guru yang bertauliah dalam ilmu agama agar kita dapat memahami dengan lebih lanjut mengapa ayat itu diturunkan, dan adakah ia benar-benar dalil yang sesuai digunakan. Jangan kerana terlalu taksub, ayat Alquran disalah tafsir, dan akhirnya mendatngkan dosa.
Oleh itu, sahabat sekelian, jika ingin berdakwah, pastikan diri itu penuh dengan ilmu. Sebelum 'share' sesuatu di internet, pastikan kesahihan perkara tersebut. Jangan dengan mudah terpengaruh dengan fakta-fakta di internet. Jangan dengan mudah diri tertipu dengan 'share' hadis-hadis yang tidak sahih kepada orang lain. Berdakwahlah dengan landasan yang betul, berguru lah dahulu sebelum berdakwah, agar kita sama-sama mendapat keredhaan-Nya, bukan kemurkaan..

No comments:
Post a Comment