Telah tiba musim gejibak-gejibom, bunyi kompang sana sini. Ramai sudah si uda dan dara yang dah bertukar status. Baik dari kawan tadika, sampai kawan kat tempat kerja, dari sepupu hingga ke sedara-mara. Ada sahaja undangan yang tiba setiap minggu. Semuanya berusia sebaya dengan aku. Yelah, aku dah masuk umur yang dikira 'matang' untuk bertukar status. Tiap-tiap minggu aku dengar bunyi kompang. Aku juga tak dapat melarikan diri bila telinga aku di'kompang' dengan soalan-soalan mega, 'Bila nak kawin?', 'Dah ada calon ke?', "orang mana?', 'bila nak bawa jumpa?', 'kerja apa?' dan bermacam-macam lagi, semuanya menyoal siasat mengalahkan FBI dan CIA. Kalau dulu, boleh juga aku jawap dengan senyuman je, Tapi sekarang, lagi aku senyum, lagi tak berhenti mulut makcik-mak cik ni memuntahkan soalan, kalah M-16. Bila aku tak jawab, habis mak aku pun diorang interview, sampai mak aku dah buka mulut, baru diorang puas hati.
Makcik-makcik ni ingat senang ke nak kawin? Mahu-mahu dalam tangan kena ada RM10K, itu pun buat majlis yang paling simple. Kalu ikut hati aku, nak aje aku buat majlis nikah pagi , jemput jiran tetangga yang terdekat dan sedara mara je,lepas tu siap. Tak payah nk buat majlis besar-besaran, nak bersanding segala. Tapi, nak gak merasa kahwin ada kompang, ye tak? Huhu (mcm lalang la aku ni).
Kadang-kadang, bagi mereka yang bernasib baik dan dilahirkan di dalam keluarga yang berada, majlis kenduri kahwin tak menjadi masalah, kerana semestinya mereka majlis mereka akan ditanggung oleh ibu bapa mereka. Tapi, bagi yang lahir dari keluarga yang kurang berada, mereka perlu berfikir cara untuk mengumpul duit, mengikat perut setiap bulan bagi memenuhi tabung ayam di hujung katil. Bukan senang nak kumpul duit, kerana sudah tentu pasti ada sahaja halangannya, hingga satu tahap mahu saja ditanam tabung ayam itu di dalam tanah di tepi hutan di dalam gua di bawah air.
Untuk majlis kenduri, perlukan pendapat dari orang lain, terutamanya dari ibu bapa. Pada pendapat aku, aku nak majlis yang sgt simple dan sederhana, biarlah 60% darinya DIY (Do It Yourself)- dari baju nikah, pelamin nikah/ ambil gambar, cenderahati, hantaran, bunga telur dan sebagainya. Hanya makanan sahaja yang ditempah dari catering. (Sbb tak mampu) Biarlah dibuat di rumah. Namun, pendapat ibu aku pula lain. Hmm..jadi terpaksa la juga ikut pendapat ibu, jika tidak dikuatiri kecil hati. (eh, cara cakap macam la majlisnye minggu depan. Bayang majlis pun tak tahu bila, berangan je lebih. Cubit pipi sikit, bagi sedar ke alam yang nyata)
Bagi sesetengah orang, yang amat mudah diungkapkan mereka adalah " Alaa,nikah je. Buat yang wajib je. Tak payah buat besar-besaran. Tak payah jemput ramai-ramai. 100 org pun dah banyak". Hmm..amat mudah disitu. Tapi lepas tu, mesti ada sahabat yg kecik hati sebab tak jemput, sedara-mara makan dalam sebab tak dapat kad jemputan. jiran tetangga yang bermasam muka sebab tak diundang. Selain itu, mesti ade cakap-cakap belakang " Eh, kenapa nikah je? Perut da ada isi ke?", " Kedekut betul diorang ni buat majlis" dan bermacam-macam lagi. Hmm..mulut orang. Kalau mulut tempayan, dah lama aku simen-simen kan. Geram pun ada.
Untuk itu, kepala bakal-bakal pengantin, persediaan mental dan fizikal tu perlu kuat. Dugaan memang ada disekeliling. Macam aku, dugaannya, hanya Allah je yang tahu. Huhu. Banyak yang perlu diambil kira, banyak yang perlu dibincangkan, banyak yang perlu ditolak ansur. Jika tidak, memang hanyut kelaut semuanya. Huhuuu..
Oleh itu, mari berusaha untuk mengumpul duittttt!!!!!!!!!!

No comments:
Post a Comment